ALERT LA WAHAI IMAM

Assalamualaikum



Salam ukhuwah fillah buat semua umat manusia. Solat Subuh pukul berapa tadi?

Aku,suatu hari nanti:

"Maaf ambil masa sekejap sebelum kita solat Jumaat. Ni amanah saya sebagai Imam. Sila rapatkan saf dan penuhkan saf. Bahu ke bahu. Tengok tumit orang sebelah biar selari dengan tumit kita. Jangan geli,jangan segan duduk rapat-rapat...saudara seIslam kan? Haa...tu saya tengok saf yang ke-2 dan ke-3 tak betul lagi tu..renggang sangat tu..rapat sikit yea."

Haa. Dapat imagine la kan sikit-sikit? Sebenarnya,tugas Imam bukan sekadar mengimamkan solat. Tapi jadi Imam sebenar bagi makmumnya. Faham yea bakal-bakal Imam sekalian?


Aku nak beratkan beberapa perkara buat bakal-bakal Imam ni pasal isu-isu typical dalam solat yang dianggap remeh walhal sebenarnya penting demi kelangsungan penerimaan solat tersebut.

Firstly,WAQAF & WASOL
This part memang Imam kena faham apa definisi waqaf dan wasol. Terutamanya dalam bacaan Al-Fatihah. Secara kasar,waqof bermakna berhenti manakala wasol memberi makna penyambungan. Duhai Imam sekalian,bacalah Al-fatihah bagi rakaat yang memerlukan bacaan secara kuat dengan waqaf yang sempurna. Lepas satu ayat berhenti. Tarik nafas. Detailkan setiap tajwid dan sebutan. Jangan terlalu laju. Jangan terlalu lambat. Lagi elok,dalam hati tu,translate makna setiap verse al-Fatihah tu. In shaa allah,sedikit membantu untuk mengkhusyukkan solat. 

Untuk bab wasol ini lagi penting. Sebab kita dok dengar Imam-imam senior dok pederas ayat first sampai ayat last dengan satu nafas jea. Hok tu salah. Bila salah,solat pun unaccepted la. Rejected bukan untuk diri dia sahaja,tapi satu jemaah terkubur macam tu jea. Tu kalau sembahyang mayat lagi haru la. So,ayat 2 hingga empat kita boleh wasolkan dalam satu nafas. Sebab apa? Sebab those 3 verses adalah ayat yang memuji Allah al Haq so tak da masalah kalau nak gabung. Manakala ayat  6 kita boleh sambung sampai 'an ngam ta'alaihim'.Make sure tau makna ayat dulu and hujung and pangkal setiap ayat tu. Mesti jelas and betul. Boleh naa abang-abang Imam sekalian?

Secondly,BACAAN AL-FATIHAH RAKAAT 3 & 4
Yang ni aku cukup suka tegur. Bukan apa,aku dok perasan Imam-imam ni dah la baca laju,pastu tak amik masa agak-agak makmum mampu sempat habis dengan proper. Abang yang budiman sekalian,take time. Nak pi mana sangat kan? Nama pun Solat. Kalau nak rushing,pikir balik tho'maninah apa semua tu. Complete tak? Imam ni kena faham. Bukan faham untuk dia jea,tapi faham dengan makmum yang lain. Aku nak remind yang Imam ni baca slow but steady,solat ni lama pun tak apa. Tapi biar Makmum tu dapat baca dengan tenang. Bukan tak tau,saf pertama tu orang tua-tua. Tak boleh berdiri lama. Lantak baca surah panjang-panjang tu bagus,tapi kena pikir keadaan makmum sama. Ada yang lutut dah rosak,kaki cepat kebas,tu gout tak kira lagi tu. So,take note wahai bakal Imam sekalian,tak kira la kat surau.masjid,musollah or kat rumah sekalipun,ILMU kena ada. Kan Humaira? 



Lastly,SUJUD.
Biarlah sempurna. Know what,moment paling kita dekat dengan Allah waktu sujud tu lah. Panjangkan sikit bacaan tu. Sebelas kali pun tak apa. Berdoa dalam sujud terakhir. Haaa,waktu ni la baguih nak berdoa minta jodoh ker rezeki ker. Ikhlaskan diri. Sucikan jiwa. Menangis dan berteriaklah memohon sesuatu yang dihajatkan. Buat bakal Imam,ajaklah makmum untuk sentiasa bersujud kepada Allah. Istiqomah dalam memperingatkan makmum. Be solehah. Jaga iman. Nasihat untuk aku sama ni. In shaa allah.

********************************

Aku sebenarnya nak post pasal lain tapi sebab teringat conversation aku dengan Imam masjid kat rumah aku ni haaa. Dia dok mengeluh pasal Imam yang tak berapa amik berat hal-hal yang aku sebutkan tu haaa. Mungkin dia nak ingatkan aku sama sebagai bakal Imam untuk makmum aku nanti in shaa allah.

Aku ada la sedikit nasihat untuk aku dan lelaki kat luar sana tu.

Sedar tak yang SEMUA wanita impikan lelaki yang SOLEH?
Tak ada wanita yang nak doakan supaya seseorang lelaki itu jadi sebaliknya.
Jadi kenapa masih tak mampu pergi dengar khutbah Jumaat FREE tak sampai setengah jam pun?
Duduk jea pun bukan kena buat kerja.
Solat pula 2 rakaat sahaja bukannya 20 rakaat.
Kamu tu lelaki.
Jangan lembik-lembik.
Beralasan-alasan.
Sedar tak yang syiah mazhab sesat lagi Iblis sedang menular di sekitar kita?
Wanita perlukan kita.
Ya,kita. 
IMAM.




Last word dari aku,aku masih belajar untuk jadi soleh. Sangat perlu tunjuk ajar support & doa daripada kalian.




p/s:Humaira,nanti tolong betulkan serban kat kepala ni sat.

Harian,Masa dan Aku

Assalamualaikum


**********************************
 
Mata bertemu masa,
03:15 , 05:36 , 05:46 ,
aku menangis bersama-Mu,
aku ceritakan segalanya,
manusia itu masih tidur,
Kau tiada tidur untukku,
kembali katup, lemas dalam mimpi
07: 30, hati berdetik laju.
Terasa rimas melihat cahaya.
tewas bila fantasi berjanji penuh nafsu,
lebih padu dari hakikat.
jika bangun itu penuh liang dengan udara,
sanggup aku hidup bernafaskan air.



Bangun! Bangun! 
senang kau luah kata berserah?
kenapa cahaya pula dipalit salah?
yang kau cinta itu beban,
sanggup engkau ke dasar?
mana kau campak kuat dan liat? 
pahit atau tidak, 
mata jangan terus jadi hitam. 


Ah! pedulikan .
09:05 , 13:00 , 13:05
mata gelap ini leka,
segenap penjuru sudah buta,
separa menanti,
separa patah hati.
aku si layang putus tali.
hanya dia, dia, dia.
biar selamanya hidup separuh mati.
di sini, tanpa cahaya kita boleh
bersama.
pedulikan deringan getaran panggilan
semua yang bernyawa.
biar otak bodoh.
biar hati kelam.
kisah tiada.

Tapi kalaupun berganti
dua kali dunia ini 
dan dunia seterusnya,
dia masih wujud di tingkat 
infiniti yang mustahil.
Engkau gila?
Lupa fungsi kaki berdiri?
Lupa fungsi tangan untuk gapai harapan?
Bayang bayang sesat kau 
yang sebenarnya kau jilat!
hancurkan mereka, 
bangun dan hancurkan!

Berdekah ketawa sang penglipur lara,
" Mati lah engkau. ", katanya.
Lihat masa yang dicuri .
16:26 , 19:01 , 20:13
Mahal harga hati tanpa nadi,
Indah luka, lembut sakitnya.
Pergilah engkau cahaya,
moga jangan terserempak si gelita.
Aku bukan penghukum dosa,
bukan juga pembinasa cinta,
sekadar bertinta mohon doa,
Ya Rabb,
solatku,
hidupku,
matiku,
ikhlas untukMu,
tikar sejadahku mungkin usang,
namun cintaku tak pernah lekang,
sentiasa tegang,
janji takku buang.
Aku Hakeemi,
aku  insan biasa,
terlalu biasa,
jangan berprasangka,
kelak dipatuk bisa.

***********************************
Aku biasa. Punya jiwa. 





p/s:Ignore those craps,MAWAR BERDURIKU.

Sejarah tanpa darah

Assalamualaikum



Abang-abang yang dok lepak kat Mid Valley dengan kononnya bakal isteri,ada singgah masjid tak tadi?

Students yang amik SPM mesti dah buang buku teks sejarah kan? Entah-entah ada yang dah kasi kat emak suruh buat wrapper nasi lemak. Gamaknya. Harapnya tak de la yang bakor depan cikgu Sejarah.

Sebenarnya Sejarah perit untuk dikenang tapi sejarah sebenarnya wujud untuk dikaji. Bukan hanya dijadikan sebagai tugu peringatan. Diletak di suatu sudut hati, membiar menjadi daging busuk yang tanpa sedar mungkin membawa sakit pada diri sendiri dan mungkin yang berada di sekeliling. Kau tengok kota A Famosa. Salah satu kota bersejarah yang tertinggal di Melaka. Berapa ramai yang rasa seronok bergambar sakan sambil perhati matahari turun dari situ? Berapa ramai yang dah jadikan A Famosa sebagai port untuk merakam segala keindahan Melaka dari ketinggian yang entah aku tak tahu berapa sebab dah puas google tapi tak jumpa-jumpa. :(

Tahu sendiri kan sejarah bagaimana Kota A Famosa dibina? Banyak perit jerih, banyak nyawa terkorban. Mungkin ada yang membina dengan marah-marah. Mungkin juga ada yang menyumpah. Bila semuanya telah berlalu, tahun makan tahun, tanah air berjaya merdeka. Semuanya jadi normal seperti biasa. Tidak pula kota itu diroboh demi meluah rasa benci. Ditinggalkan kota A Famosa untuk dijadi sejarah peringatan untuk anak cucu masa depan. Tapi anak cucu masa depan hanya tahu kota A Famosa port dating paling low bajet, boleh bawak makwe tanpa keluar banyak duit. Haishhh, korang ni…

Sejarah untuk dikaji, bukan untuk dihafal dan lepastu kau boleh lulus periksa. Sejarah untuk diingati bukan untuk dikenang dan buat kau tak mampu untuk berjalan. Sejarah untuk dijadikan pedoman bukan buat kau terusan meroyan. Sejarah untuk kau sedar kebodohan di masa silam dan mengelakkan kau untuk terus tenggelam. Faham sejarah dan kau akan faham erti kehidupan yang sebenar.

 *********************

Post agak ringkas schematic. Tapi ikhlas bertinta.






p/s:Akanku tunaikan segala impian ukhrawimu,Rabbi yassir wala tuassir. In shaa allah.

FRIENDS from MARS

Assalamualaikum



Kakak-kakak dan makcik-makcik yang sedang dok masak bubur Asyura kat masjid tu,keluar rumah minta izin suami tak?

Jadi sebelum Mr. K nak teruskan pengisian kita,Mr. K saja nak bagi sedikit tazkirah. Boleh naa?

************************************

Perjalanan hidup kita tidak pernah mudah. Kita diuji dengan berbagai cara, dan setiap daripada ujian itu sebenarnya untuk menjadikan kita kuat. Lebih kuat dari yang sebelumnya. Perjalanan hidup Mr. K sendiri tak mudah. Koyak rabak punah ranap bersepai-sepai. Pernah. Sampai penat. Sehingga pernah bersumpah untuk kebumikan setiap cebis hati yang bersepai sepai.
Tapi hidup tak seronok pun.
Sepi.

Mr. K mula sedar bahawa penat dan putus asa itu sebenarnya lebih membunuh. Namun untuk bangkit kembali dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat sukar. Barangkali hampir kepada mustahil. Namun sebenarnya tidak ada yang mustahil kalau disandarkan setiap perih dan pedih kepada tuhan.


"Hasbunallah wani'mal wakeel"

Allah (alone) is sufficient for us, and He is the best disposer of affairs (for us) - Al Imran 3:173

Jadi untuk mendapatkan bahagia, minta kepada Dia.
Untuk ditemukan dengan teman hidup, minta kepada Dia.
Untuk diberi kekuatan membina semula jiwa yang ranap, minta kepada Dia.
Jangan minta sekali.
Jangan minta dua kali.
Minta berkali-kali.
Semakin kita minta, semakin kita dekat dengan Dia.
Semakin dekat kita dengan Dia, semakin kita menemukan hikmah dan nikmatnya.






Jangan dikeluhkan sangat akan hati yang bersepai sepai.
Kalau dikongsi dengan seluruh isi dunia sekali pun, tak akan mempu merubah apa apa.
Cari Dia.


*************************************

Haa ni baru nak masuk core business kita.
Mohon bertenang dan senyum baca ini karangan, wahai zombi cinta sekalian.
Pelik kan dunia persahabatan ni? 
 
Dulu, kalau masa single mingle lagi, rilek je hati yang nak kena jaga cuma hati sendiri. Atau kalau kau ni manusia sosialit, beberapa hati yang lain. Itupun, kalau ikut satah pandangan aku, cuma beberapa kerat je yang layak dijaga. Yang jumlahnya boleh dibilang dengan jari sebelah tangan saja. Yang lain? Boleh cari leprechaun dan pergi meninggal.

Itupun, di dalam mod single mingle ni, banyak kali jugaklah hati koyak, rabak dan berdarah sebab kena rodok dengan manusia lain. Yang tahap gilanya memang sudah sampai neraka jahannam. Tapi yang bagusnya, sebab kena rodok tu adalah sebab eksternal, takde kaitan dengan hal-hal internal pun. Jadi, kesannya tak berapa nak deep, bak kata indie boys and girls.

Misalannya, Team Member tugasan yang kerjanya jadi parasit. Kita duk sibuk struggle nak kasi siap tugasan, time tu jugaklah dia dengan alasan sepanjang Tembok Besar China terbentang dengan tema : "Aku tak dapat buat sebab...." Kang kena tarik nama dari muka depan laporan, ternganga kau. Lepas tu mengamuk, duk kabor kat orang lain, aku ni pulak yang parasit, lepas tu hijack dari belakang sampai nama kau kena buang.

Bodoh tak beralas, malas tak berlipat.

Nasib baiklah dia cuma satu lagi manusia dari sekalian 6 biliona manusia dalam dunia ni, yang tak ada signifikasi dalam hidup kita. Cuma habuk yang menempel pada pipi, tinggal kita jentik ke hembusan angin, supaya dia hilang jauh dari hidup kita.
Atau,
Kalau seorang kawan surface, buat taik dengan menghijack dari belakang, mengata mengumpat pumpangpumpang pasal diri kita yang tak betul pun faktanya. Dan dia lakukan semua itu, atas sebab yang kita tak pasti asal usulnya. Maka atas sebab marah tak berpenghujung dia ceritalah semua pasal kita yang tak ada fakta itu. Atau mungkin ada sebab lain. Entah, karanglah sebab dia sendiri. Jadikan karangan ni milik semua. Cewah. Cumanya, slack dia, dia tak berani berdepan.

Kawan surface begini, memang konfem bikin rabak hati jugak. Sudahlah hubungan antara kita-kita cuma ditahap surface je. Yakni tidak rapat dan tidak juga renggang. Cuma bila bersua di tengah jalan, berhentilah kejap borak sikit-sikit lepas tu chalo buat hal masing-masing. Tapi sebab tak puas hati, atau sebab apa pun tak tau, dia canang hal kita yang tak berfakta ittew.

Kawan macam ni pun, sebab sekadar di surface saja, boleh saja jadi habuk macam parasit tadi tu. Kita kasi rilek.

Tapi, kalau best-friend-forever kasi hati rabak?
Peh peh peh.

Rabak tu boleh jadi perca-perca yang takde bekas lagi dah. Dah terabur atas lantai. Nak pungut satu-satu dan tampal balik supaya jadi seperti semula, akan jadi usaha yang memenatkan dan menjerihkan. Dan bila penat dan jerih kuasai jiwa, segala usaha akan jadi tidak relevan, segala fikiran jadi tidak rasional. Dan masa itulah, yang kita nampak cuma ratapan, dan putus asa.

Kita cuma mampu jadi robot. Yakni tetap jalani hidup seperti biasa – ketawa, gembira, senyum, marah, tak puas hati, join Bersih, dukung Adam Adli, kutuk bini Bik Mama, layan Ustaz Don dekat YouTube, atau stalk Facebook Ustaz Aj-har, tapi hakikatnya, dalam hati kita ada lohong hitam. Suram, kelam, dan menyedihkan.

Dia sudah tiup helium persahabatan baik punya dalam hati, tapi bila dah sampai Marikh, dia jugaklah jadi asteroid yang hentam hati tu, dan sekaligus bikin helium-helium persahabatan tu lari jauh dari kita. And god know how painful gravity is. 
 
 

Kemudian, macam aku sebut tadi, kita jadi rabak. Hati jadi perca – terabur tak terpungutkan.
Lalu jadilah kita, manusia bertopeng yang hatinya sudah jadi lohong hitam. Yang orang lain nampak cumalah sesuatu (bukan seseorang) yang kita ingin mereka percaya adalah kita. Andai saja mereka tahu, kita sudah mati. Tapi kita hidup dalam jiwa yang baru.
 
***************************************

Tu lah. Aku bab-bab kawan ni agak sensitif. Kata kawan,tapi dok berlawan. But,indeed,carilah kawan yang baik. Yang boleh bawa kita kembali ke tempat asal kita yakni Jannah. Jangan penat.



Till then,
Assalamualaikum.
 
 
p/s:Yang demam tu,moga ada progress. You know I care about you = )

Rahsia hati (truth)

Bismillahirrahmanirrahim.
*** *** ***
mereka sangka kita sempurna,
tapi hakikatnya kita tidak sempurna.

mereka sangka kita elok,
tapi sangka mereka tidak benar.

mereka pula menyangka kita tidak mahu kebaikan,
tapi sebenarnya kita mahu.

mereka sangka kita suka kejumudan,
tapi sebenarnya bukan sebegitu.

mereka pula menyangka kita benci,
tidak sesekali - kita sentiasa suka.

ah.
sikap judgmental tanpa empathy diri.

ianya bukan sikap yang elok.
semoga hati ini tetap.



**********************************************


Assalamualaikum,






Aku berada di dalam bilik gelap. Termenung memerhatikan pusingan arah lawan jam kipas Panasonic yang tergantung kemas pada siling. Ditemani bunyi-bunyi unggas dan enjin kenderaan yang lalu-lalang. Dan di dalam momen itu aku menyaksikan dosa-dosa silam. In HD.

Bila aku bertinta tentang dosa,maknanya aku nak mengajak korang beristighfar. Lafazkan dalam hati,mungkin di bibir sukar.


Selamat pagi pacar orang dan tukang tukang selingkuh. Eh, salah ni. Waduh waduh. Maksut saya, selamat pagi para pejuang yang masih bertahan memperjuang cinta. Gagah sekali kalian :’) Tanggal sudah menginjak ke bulan November yang menjadi pertanda kalau sudah di penghujung bagian tahun 2013 yang telah kalian lewatkan. Indon gituuuu.

Pagi ini cuaca sedikit undefined. Ku lihat nak hujan,tapi tak. Begitulah juga hidup. Kulihat luarnya tenang,tapi dalam tiada siapa yang tahu. Tada sapa yang tahu? Ada sebenarnya,yakni Allah Al-Haq. Bercakap pasal tahu, pernah korang bagitahu Tuhan tentang isi hati korang?




Apabila sudah menjangkau usia penghujung 20. Nampak gayanya ramai yang seakan sudah tidak percaya dengan declaration. Bahasa geli-gelinya ialah declare untuk jadi pencinta. Atau confess. Mungkin kerana sudah rasa penat dengan pengalaman lalu yang kalau declare; Siap pilih tarikh dan buat ulang tahun anniversary. Geli geli geli euww euww.

Cuma mungkin, ada sedikit sweet untuk yang merasa ia satu perlakuan yang sweet lah. 
Romantik? Sedikitlah. Teruk juga gaya romantik sebegini. Tapi toksah lah.


Baiklah. Aku akui bahawa declaration sudah tidak releven untuk mereka yang mahukan satu hubungan itu nampak lebih terbuka dan simple. Cukup dengan hang out dan mengaplikasi rasa hati dengan senyuman, pandangan dan kata-kata manis antara pasangan pun sudah cukup diterjemahkan begini;

"Aku cintakan kau tapi aku tak nak cakap, tapi aku yakin kau cintakan aku melalui apa yang kita telah lalui.  Lebih baik kita terus begini. Diam. Enjoy the silent kerana aku yakin yang kau yakin satu hari nanti aku bukan ajak kau couple. Tak, aku akan tanya bila kau free kat rumah supaya aku boleh datang dengan mak ayah aku untuk meminang kau. Rumah dah tahu ni."

Declare ni untuk budak-budak.
Bila sudah dewasa. 
Enjoy the silent relationship Allah lah beb.
Till then.



p/s:Nak tomyam,nak paprik,nak sizzling!

Surat untuk bakal isteri

Zaujahku,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.


Humaira',
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.


Zaujahku,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.


Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.


Humaira',
Biasakanlah hidup tanpa saya,

Tapi jangan biasakan sangat yea,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.


Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.


Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.


Zaujahku,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.


Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.


Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.


Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.


Tiba-tiba, saya rasa melankolik,
rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.


Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.


Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.


Salam sayang teramat sayang untuk bakal isteri yang manis tapi kadang kadang bengis.







p/s: ONEFINEDAY.

Random talk ( childhood upbringing )

Assalamualaikum



Aku dah bosan cakap pasal masalah love-love yang memang tak akan kesudah. Dah bosan asyik kritik para gadis yang memang kalau di kritik memang tak akan habis. Juga dah bosan cakap pasal kisah lampau padahal bukan penting sangat pun asal kan seseorang tu dah berubah to a better person.

*****************************************

Aku muhasabah. Aku pandang ke langit. Aku menilai. Kerana suatu hari nanti aku akan dinilai. Aku cuba lontarkan seberapa banyak kisah dosa dan pahala yang aku pernah alami. Aku membanding. Bukan kerana terpaksa,kerana itu yang terbaik. Nak membanding kata Ustazah jangan membanding dengan kawan di sebelah,cuba banding dengan umat-umat terdahulu. Suatu kisah lampau yang jernih,yang membawa kepada seribu pengajaran hidup. Aku terus merenung ke langit. Aku tak nampak bintang. Yang aku nampak hanyalah selautan kegelapan yang berombak. Berombak dengan gelodak jiwa yang parah. Terus bergelodak dan bergelodak. Sampai bila aku nak kusutkan jiwa dengan dosa dan khilaf. Dah tau dosa,tetap buat. Hina? Jangan dihina aku.

Bila kosong melihat ke langit,aku lihat pula ke cermin. Cermin? Ya cermin. Kenapa cermin? Kerana cermin itu sejuta kali lagi jujur daripada kawan baik aku & kau. Aku tenung insan di dalam cermin itu. Aku tenung matanya.  Aku cuba sentuh halusinasi itu. Tapi yang aku sentuh cumalah bingkisan kabus basah nafasku. Namun aku tetap tersenyum. Itu aku. Bukan bayang-bayang lagi. Ramai yang aku tengok takut gila dengan bayang-bayang sendiri. Sampai satu tahap bayang-bayang yang orang nampak,bukan diri sendiri. Mungkinkah aku? Please say no.



Aku kini hampir berumur 20 tahun walaupun sebenarnya baru nak menjengah 19. Aku tak sangka yang aku berumur hampir 20 tahun. Umur dah cukup untuk kahwin, tapi calon tak ada lagi. Yup, 20 tahun. Walaupun begitu, jika difikir-fikirkan balik, aku tak pernah dapat apa yang nak. Dan juga tak dinafikan kadang-kadang aku mendapat apa yang lagi baik dari apa yang aku nak. Cuma, aku hanya perasan benda tu bila aku kehilangannya. Well, dah hilang boleh consider tak dapat la kot. Tapi aku ingat satu perkara asas yang sangat penting, "Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui". Lega. Itulah yang sebetulnya. Tak dapat kahwin dengan insan yang diingini? Sabar. The right one will come. Hehheh.

Bila bercakap tentang soal usia,orang selalu definisikannya dalam istilah 'perbezaan'. Orang nampak yang muda ni masih mentah. Tak layak untuk menyuarakan pendapat mahupun kritikan. Katanya belum cukup makan garam. Well,kenalkah kamu pada Fatimah Az-zahra. Waktu dia kecil,dia dah ada kematangan yang tinggi. Dia bantu papanya yakni Rasulullah dalam medan jihad. Sampai satu ketika waktu Rasulullah sedang sujud kat Kaabah,datang seorang kafir Quraisy membaling najis unta kat belakang Rasulullah. Hey,sapa yang pegi tolong cucikan? Anak bongsunya itulah yang datang cuci. Padahal kalau dihitung akan umurnya,masih lagi di taska mungkin lagi masih belum fasih bercakap. Soalnya,bagaimana Fatimah boleh jadi matang sampai macam ni? Matang melebihi orang dewasa. Jawabnya kerana didikan Abi & Umminya. One thing yang kita kena tau,hidup anak-anak tu juga hidup kita sebagai ibubapa. Mereka sangat-sangat memerlukan kata-kata yang membina jati diri,bukan meroboh sempadah diri. Contoh? Mudah. 'Kamu bijak & kamu anak yang baik'. Bila kata-kata ini sering diperdengarkan kepada gegendang telinga kanak-kanak ini,semangatnya akan bertambah. Bukan sedikit,tapi banyak. Banyak sangat. Kena ada strategi. & yang paling penting,kena ada pendekatan harmoni dari hati ke hati. Komunikasi bukan sekadar kita bercakap melalui mulut dan bahasa badan,tapi kita bercakap melalui hati & jiwa. Sejauh mana kita sedar akan semua ini. Aku nampak lebih banyak lompang daripada penambahbaikan. Bisiklah Allah,agar kanak-kanak ini tau sapa Tuhannya & sapa dirinya.



Orang asyik cakap suruh bangkit bangkit bangkit bangkit bangkit dari kegagalan kegagalan kegagalan dan kegagalan serta terus hidup hidup hidup mengharapkan sedikit kejayaan di masa akan datang. Tapi macam mana nak bangkit bila kita asyik jatuh jatuh jatuh. Nak bangun je jatuh nak bangun je jatuh. Dah jatuh tu ada la pula kotoran di muka tu then bila nak sapu susah. And orang semua tengok so gila lah malu semua tengok terus jatuh standard serta terus down tahap down down down down. Tapi yang sebenarnya,bukan kita jatuh tak terbangun. Kita bangun. Kita sedarkan diri. Tapi cumanya kita tak nampak jalan. Ok,kita jatuh longkang sedalam 5 Meter. Ada kita nampak jalan keluar on the spot? Totally nope. Totally. Tapi kalau kita cuba panjat atau ikut laluan air longkang in shaa allah jumpa. Sama situasi dengan hidup kita. Ramai yang merungut bila tak dapat apa yang kita nak. Kena ingat tiga perkara bila kita berhajat. Yang pertamanya,mungkin Tuhan akan perkenankan dengan segera. Yang kedua,mungkin Tuhan akan perkenankan sedikit lambat. Yang ketiga,mungkin Tuhan tak akan perkenankan tapi akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Tapi kita hina. Kita gopoh. Kita cepat mati akal. Kita terlalu angkuh sampai menyalahkan TAKDIR.

Actually, benda-benda seperti ini adalah agak susah untuk dibualkan. Dan hal-hal seperti takdir ini bug me like hell. Well, nak tanya segan. Iye lah. Siapa lah nak layan soalan budak yang bukan dari sekolah agama macam aku ni ye tak? So, after aku teringat balik pasal isu ni, I do some research. Aku tanya ayah aku then baca-baca buku, google article dan sebagainya. Dan ketika aku tengah layan blog sambil cari jodoh,hehheh, aku ada terjumpa satu article pasal takdir dan aku ada terjumpa sedikit pasal jodoh. Well, orang selalu kata 

"Jodoh tu dah di tetapkan. Apa yang kita perlu buat adalah tunggu. Kalau ada tu adalah."

And that is so wrong. Wrong. Wrong. Wrong and damn wrong. Tunggu jodoh tu betul. Tapi kalau dah bab tak nak berusaha langsung baik tak payah. Why? Sebab jodoh adalah satu takdir yang kita perlu usaha untuk melaksakannya.

Mari kita guna contoh yang mudah. Bayangkan takdir tu adalah sebuah plan untuk rumah 4 tingkat. Arkitek melakarkan plan rumah dengan cantik dan lengkap. Dan kontrektor pula akan membina rumah tu mengikut plan yang dilukis oleh artitek. Dan it is up to kontrektor lah nak bina rumah macam mana asalkan setiap sudut dan bentuk rumah tu mengikut kemahuan si arkitek. Kan? Ini adalah konsep yang sama dengan takdir. Tuhan melakar takdir dan up to kita lah macam mana kita nak laksanakan. Dan, andai kata kontrektor tengok rumah tu ada part yang boleh dia improve, dia akan pergi kepada artitek dan menyuarakan hasratnya tu. Kan? Begitu lah juga dengan kita. Bila kita mahukan sesuatu, kita berdoa beb. Dan tak terlupa juga, berusaha. Kan Humaira'?



*********************************************

Aku harap kamu semua faham erti perjuangan hidup yang sebenar. MATI. Itu destinasi seterusnya.




p/s:"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu.Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."

Random is awesome (Raya Haji)

Assalamualaikum,




Hello kepada kakak-kakak yang tengah masak daging korban tu. Amboi,dah solat ker?

Lembu dah korban. Kerbau dah korban. Tapi kita? Berapa banyak pengorbanan yang kita rasa kita dah lakukan? Audit diri balik. The topic here is random.

Dah lama tak menulis,namun keghairahan masih terserlah. Aku masih dengan prinsip aku,biar sedikit asal berterusan. Masing-masing punya prinsip,yang bertujuan untuk memotivasikan diri sendiri. Aku akui aku manusia yang random. Bukan mudah berubah,namun berubah mengikut ketetapan. Hari ini dah dikira minggu kedua aku di rumah. Di sini sedikit tenang berbanding di Universiti. Aku punyai pengalaman yang berliku di sekolah dulu,which affected my study. Tapi aku kena beralih kepada prinsip,'let by gones,be by gones'. Aku kena bangkit semula. Aku kena buktikan yang aku masih ada potensi untuk berjaya. Niat aku hanya satu,mahu menjadi insan yang memberi manfaat. Semalam adalah peristiwa. Dan peristiwa tak akan pernah mampu untuk terpadam dengan sendirinya melainkan kita mencuba. Peristiwa seperti mimpi. Mudah hilang dan mudah muncul. Tapi setiap kali muncul,tahanlah air mata. Soal cinta,aku pernah gagal. Mungkin takdir dan mungkin baru permulaan kepada sesuatu yang hakiki.

            Aku tidak suka bersosial. Tapi aku suka Jemaah. Mungkin Jemaah Nampak agak cliché tapi it sounds better than socializing as well. Aku mungkin dilabel sebagai unpontential guy,but who cares? Kenapa nak dengar cakap orang. Mungkin ada nasihat,dan malangnya manusia lagi suka mencaci daripada menasihati. Dan kalau menasihati,tekniknya selalu bercanggah. Terlalu bercanggah.

       Soal kawan,aku pernah jatuh terjelepok dengan sakitnya kerana kawan. Itu lumrah. Mungkin kewajipan bagi setiap manusia untuk bangkit dari kegagalan. Aku bangga untuk jadi diri aku. Biar putih tulang jangan putih mata. 

Aku suka memerhati manusia. Namun aku bukan stalker. Aku sekadar memanfaatkan mata aku. Pancaindera yang hebat kurniaan Tuhan. Aku melihat kepada perubahan. Mak aku ada tunjuk foto lama zaman childhod dulu. I was cute yet adorable. Tapi itulah kita. Kenapa kecomelan,kecantikan dan segala yang baik waktu zaman kecil dulu tak kekal sampai ke hari ini? Aku yakin manusia akan jawab itulah perubahan. Tapi persoalannya disini,burukkah untuk menjadi comel? Burukkah untuk disukai oleh semua manusia? 



Aku renung ke langit. Sangat cantik. Terlalu cantik. Tapi sebenarnya kita lagi cantik sekiranya kita punyai akhlak yang baik. Apa yang kita maksudkan dengan baik di sini? Terlalu banyak perdebatan yang kita dengar tentang soal akhlak,jiwa dan roh. Dan dah terlalu banyak ceramah yang disampaikan oleh manusia-manusia di luar sana yang mengajak kita ke arah yang lebih baik. Dan sebenarnya kita dah hadam makna sebenar akhlah mahmudah ni.

Aku suka muzik. Memang tak dapat dinafikan. Tapi aku tertarik dengan satu lagu yang bertajuk 'TOLONG INGATKAN AKU'. Well,generally this song is all about love. Tapi in my philosophy,I love to see things differently. Ok cuba pejamka mata dan hayati sebentar dunia ini. Cuba kita bayangkan suatu hari nanti manusia dah tak peduli lagi dah untuk saling memperingati akan hal-hal yang  berkaitan kehidupan. Kita memang suka menyanyi. Tapi kenapa kita tak nyanyikan sesuatu yang bermanfaat? Kenapa nak lalaikan manusia dengan cinta dunia,cinta yang tak halal. I've been through a lot of obstacles. Aku pernah lemas. Dan aku pernah dilemaskan. Tapi sampai ke hari ini aku tak karam. Sebab apa? Haaaa,sebab apa? Sebab Allah masih menghantar orang-orang di sekeliling aku untuk motivate aku. Untuk selamatkan aku walaupun aku lemas dalam lautan yang penuh dengan jerung. Siapa kita nak nafikan penceritaan dalam Qoran? Siapa kita? Kita hina. Kita sangat hina. Dah la kerdil,lemah dan sebenarnya tak bermaya pun. Kan?

Aku mula mendekati hidup dengan cara yang positif. Dulu aku dibutakan dengan 'hubbundunya'. Apa itu 'hubbun dunya'? Inilah cinta dunia. And bagi aku penyakit ni lagi teruk daripada segala penyakit. Tapi tuan-tuan dan kakak-kakak kena ingat satu perkara,Allah al-Syifa'. Syifa' merujuk kepada yang menyembuhkan. Kita ada penyakit apa pun,perkara pertama jangan mengeluh. Jangan takut. Dan please cari Tuhan. Tapi apa yang aku nak sampaikan tentang penyakit ni? Mari kita bercakap berdasarkan pengalaman. Sebab apa? Sebab itu guru yang terbaik. Sapa cakap? Ada la aku baca. Haha. Look,aku punya mata yang cantik. Yang menawan. Lawa dan seksi. Tapi dulu aku buta. Tersangat buta. Cantik macam mana pun,aku tetap buta. Aku dibutakan dengan keindahan dunia. Aku Lalai dan hanyut dengan cinta manusia sampai aku sesat. Aku terhumban. Aku terjelepok. Aku dihinakan dalam satu keadaan yang mengerikan. Mungkin ini natijah. Dan mungkin ini nasihat. Mungkin juga peringatan. Aku dambakan sesuatu yang indah tapi aku lupa satu ayat Qoran,"mungkin satu perkara itu baik bagi mu tapi ia akan mendatangkan keburukan kepadamu". Benar. Sangat-sangat benar dan selamanya benar. Ya Rabb,ampunilah aku.

Aku bersyukur. Aku semakin pulih. Pulih dari segi rohani. Mungkin aku baru tersedar. It's better than never right? Ingatlah. Perubahan tak mungkin berlaku dalam masa seminit. Tapi perubahan berlaku sepanjang hayat. Pandanglah Qoran. Pandanglah diri. Analyse. Audit. Wake up. 

Semakin aku dewasa,aku dah semakin mengerti definisi korban dan perubahan. 'Lose something,win something'. Yup. Nak berubah,memang kena berkorban. It's like kita nak kurus. Apa pengorbanan yang kita akan buat? Kita akan berhenti makan makanan yang kita suka. Berhenti pergi Secret Recipe. Berhenti pergi KFC. Berhenti makan meggi tengah-tengah malam sambil buat calculus. Right? Itulah pengorbanan. Dan kisah-kisah tentang pengorbanan ni berlambak untuk diceritakan. Buat apa sekadar membaca? Kan?

Tapi apa yang lagi penting,emosi dan roh. Aku pernah sesat dalam mencari roh yang sebenar. Aku jumpa kompas. Di mana aku jumpa? Di dalam diri. Di dalam Qoran. Di dalam Hadith. Mudah dan akan sentiasa mudah. U get lost,U have to find your way back home. U have to. U ought to.



Secara realitinya,kita bukan seorang pelukis. Tapi sebenarnya kita sedang melukis. Apa yang kita lukis? Lukisan kehidupan. Dan banyak kanvas dan warna yang kita tukar. Ada yang comot. Ada yang kosong. Dan ada yang lawa. Kita mungkin tak mahir dalam 'melukis' tapi kenapa kita tak rujuk kepada yang mahir? Aku tak mahir. Tapi aku nak berkongsi berus warna dengan sesiapa yang rela hati dan sanggup. Aku tak suka melukis sorang-sorang. Aku sukakan lukisan yang dilukis oleh banyak tangan. Yang nak di nilai bukan berapa tangan yang melukis,tapi berapa banyak kita usaha untuk mencantikkan lukisan kehidupan kita. Kan? Mungkin suatu hari nanti,Tuhan akan kurniakan kepada satu tangan yang mulus untuk melukis bersamaku. Aku sukakan corak. Tapi aku mahu kurangkan abstract. Aku mahu menyentuh hati-hati manusia dengan lukisan kehidupan aku. Riak? Bukan. Ini soal saling melengkapi. I sketch,you draw then we color. In shaa Allah.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Moga yang baik itu milik kita selamanya. Till then,people.



p/s: Selamat Hari Raya Haji. Nak pergi Haji dengan awak,si tangan mulus.

Soal hidup

Assalamualaikum,




Heloooo ahli-ahli SPM yang tension dengan study sekalian. Dah ready nak fail SPM?

Dekat Twitter, aku tengok ramai gila post tweet pasal SPM. Ada yang post tentang motivasi tentang SPM, ada yang post tentang tips untuk berjaya dalam SPM dan ada yang post troll cara untuk fail dalam SPM.


Tapi sekarang aku bukan dalam mood nak bercakap pasal isu SPM.

...........................................

Well by the way,hellow gedik-gedik sekalian. What's up?

Pernah tak korang ingat zaman kanak-kanak ketika kita dok main dalam bendang tangkap ikan dulu? Well, itu zaman dulu. Zaman  tu banyak benda yang berlaku di sekeliling kita. Zaman tu, Neelofa pun masih di tadika lagi. Zaman tu, Melayu Minimalis pun masih gempak. Zaman tu, Hans Isaac pun masih tak reti membaca lagi. Zaman tu, korang belum dengar lagi perkataan-perkataan pelik macam crush,couple,break up,porno and twitter. Zaman tu, bercakap pasal future adalah sesuatu yang ewww. But now, it becomes crazily crucial bila kita dah besar. Kan?





Basically,kita dah lalui a few zaman dalam hidup kita. As for me,I'm currently 18,single. Haha. 

ZAMAN SEKOLAH RENDAH
Kalau korang belek-belek balik album lama korang,dalam sehari mesti ada orang yang cakap dia rindu sangat zaman sekolah. Sama macam aku. Kadang-kadang masa lepak,aku mesti teringat sekolah aku kat Bayas,Langkawi tu. It was great to be there. Aku rindu most of the people yang involve in my memories,either directly or indirectly. Crush? Zaman ni tak tau lagi. Haha. Dan bila aku nak contact dengan those people,aku rasa segan. Aku rasa malu. Mungkin sebab aku kurang berjaya,TAK HANDSOME and TAK HOT. Tsk,tsk.

UPSR. This is a point where kawan-kawan dah mula berpisah dengan kita. Ada yang pergi ke SBP sebab sambung belajar. Ada yang tak nak masuk MRSM sebab tak sanggup carry on subjects. Ada yang berhenti sebab tak mampu nak bayar yuran. And some of them ada sebab dan pendapat yang they kept on themself. And we, everytime we in this type of situation, I bet there is nothing we can do than just let them walk away. Sedih sedaih. 

But that is not the hardest part. The hardest part is bila kita terfikir yang suatu hari kita pun tak boleh carry on the subjects dan menjadi just like them. Yup, just like them. Sebab tak semua orang bernasib baik dalam pelajaran. Ada tu, belajar sampai separuh and then berhenti sebab tak mampu nak bayar yuran . Now, look at yourself how lucky you are. So, if you are good in study, then study.

Tapi,luck for me,aku masuk SAINA. Tak pernah dengar? I don't give a damn kalau u'all tak tau. Haha. SBP ker? Tak lah. Haha. Sekolah pondok ni.

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH
As for the girls, zaman ni, adalah zaman boleh dikatakan nightmare untuk korang and the geng. Ini adalah zaman di mana bila kita pandang je sekeliling kita, kita nampak kawan-kawan kita yang dah or nak berkahwin. And then, korang akan perasan yang kawan-kawan korang dah start bercakap pasal tunang masing-masing, pasal baju pengantin, pasal cicin pengantin, pasal majlis pengantin dan macam-macam lagi lah. Ye lah,dah malas nak belajar,terus kahwin la noeeeee.

And at this point, you girls akan start berfikir tentang yourself. Tentang your face. Tentang tayar on your belly. Tentang lemak di bawah dagu. Tentang singleliness. Tentang lelaki yang tak pernah try mengurat anda. And anda juga akan start to wonder "Kalau aku nak suruh mak aku carikan calon suami, ada ke lelaki yang sudi." Ehhh,asal aku cakap pasal kawen ni? Grrr.



Well, zaman ni semua, money is not much a problem. Kita semua happy go lucky je pergi ke kelas. But now, most of you guys dah berada di zaman pengajian tinggi and money is just like your psycho exes yang tak reti-reti nak move on. Sikit-sikit, datang. Sikit-sikit datang.

Sometime, we just need to admit it yang most of our problem adalah datang dari duit. I did not, and will not say money can bring happiness, but indeed, money can settle off most of our major problems.

Bila aku kat SAINA,aku kenal MANUSIA. Ada yang jadi kawan,ada yang mau lawan and ada jugak yang kalau aku nampak aku rasa macam nak jerit "HEY,GET A LIFE YOU DOUCHE BAG". Zaman ni korang akan mula kenal dengan perkataan-perkataan yang bakal korang menyesal nanti. Buli? Tak de la obvious sangat buli kat SAINA,but it did happen. STUPIDITY is everywhere. COUPLE? Haaaa,yang ni best issue. Ada yang perjuangkan cinta islamik,ada yang menegakkan cinta monyet and tak kurang jugak yang bermati-matian nak yang sejenis. Tak paham aku. 

Korang mungkin akan kata "Friends are forever" or "Friends until death". But here is the thing, bayangkan anda hangout or berkelah bersama-sama pada hari minggu ditepi tasik dengan kawan-kawan anda. Masing-masing riuh rendah borak sesama sendiri. Ada yang catching ups, ada yang bergurau senda, ada yang main permainan kanak-kanak yang boleh mendatangkan nostalgia. Tapi korang analyze balik this situation kalau lepas SPM. Ada yang still berkawan,and ada yang dah mula melupakan. I got these experiences. Kan?

Tapi as for me yang baru bergelar adult,ZAMAN SECONDARY SCHOOL is the best zaman. U'll know how to cry,how to shed the tears,how to adapt dengan stress and crush and so on. Haha. 



Aku hidup di dalam kancah ‘sbp life’. Kehidupan yang berpegang kepada konsep ‘last minute work always works’. Haha. Well, its quite working actually. Tapi tak puas. Homeworks, lab reports, presentation semua buat last minute. Sampaikan nak exam pun study last minute. Well, lelaki, biasalah. Oh, dan aku ingat lagi ketika aku rela dalam paksa memberi kawan-kawan aku meniru homeworks aku disebabkan mereka tak cukup minit-minit last untuk membuatnya ketika last minute. Satu perasaan yang bercampur baur samaada kelakuan aku yang tak nak bagi pinjam akan membuatkan kawan-kawan aku merasakan aku ni kerex. Tapi hakikatnya, aku bangga sebab dapat tolong kawan-kawan aku. Siapa nak kan tengok kawan sendiri failed dan terkandas. Tapi apa yang aku belajar, meniru homeworks dan meniru ketika exam/test tak akan membawa keberkatan serta tidak akan memberikan result yang baik. 

Walaupun begitu, result exam aku tidak lah memberansangkan. Jauh sekali untuk membuatkan para gadis teransang. Teruk. Kecewa. Tu je yang mampu aku cakap ketika ini. S**t dah berulang-ulang kali aku sebut memandangkan aku tak berapa gemar menyebut perkataan lucah lain. Dan aku tak pernah sebut perkataan lucah lain.

Kalau dulu, aku tak langgar peraturan. Langgar je peraturan, muka terus gelabah. Memang orang tau-tau je lah aku dah buat salah. Tapi kini tak. Kini aku lebih banyak berpegang kepada ‘all rules made to be broken’. Buat salah. Tapi muka memang macam tak pernah buat salah. Yang ni aku creditkan ke Mat Ikan. Bab-bab hati kering ni memang dia mengajar aku. Aku ingat lagi waktu aku ikut dia keluar kelas,ponteng. Aku cuak gila. Tapi dia buat muka macam tak ada kelas je hari tu. Mesti dia tengah berlagak gila masa baca apa yang aku tulis ni. Well, nasib baik dia tak ajar aku merokok.

TAPI KAN,TAPI KAN...

"kalau di beri peluang untuk pulang ke masa silam / lampau, zaman mana kau akan pilih?"

Ramai orang kata yang mereka nak balik ke zaman kanak-kanak. Zaman sekolah rendah. Zaman untuk berseronok. Ya, kalau korang nak balik ke zaman kanak-kanak pun, for what? Untuk kekal jadi kanak-kanak selamanya? Then?

We need to grow up. Stop dreaming nak jadi CHILDREN balik. If u jadi children pun,children sekarang tak nak la kawan ngan korang. Korang main batu seremban,main congkak,main masak-masak,terjun dalam sawah and main kawen-kawen. Kalau korang bergaul dengan budak sekarang memang jenuh kena buli and bash. Zaman sekarang nie semua guna teknologi. Main congkak pun dalam iPad. Korang ada? Tak da kan? Then,shut up and start creating your future.

Kawen? Ni satu lagi masalah. Dah malas belajar,then nak kawen. Aku tak nampak kaitan kalau malas belajar boleh kawen. Tapi nak buat camna,dah jadi budaya orang Melayu di kawasan luar bandar. No offence naa.

......................................................................................

Kalau tak ada SBP. Korang memang tak akan kenal aku. Sebab dari SBP lah aku berminat untuk buat blog.


Ini jalan hidup aku.

Kadang-kadang aku mengalamai situasi yang confusing untuk memilih jalan dalam hidup aku. Dan jalan yang ada dihadapanku, bukan jalan yang aku tak nak harungi. Tetapi jalan yang aku tau yang aku tak mampu mencapai hujungnya. Orang cakap, belum cuba belum tahu. Tetapi aku cakap, kadang-kadang kita tak perlu cuba untuk tahu jawapannya.



p/s:ONE FINE DAY.