Suami & Isteri

Assalamualaikum




one of the most wonderful thing about a woman is how much they ACTUALLY care about making the first impression.
BEING the grand entrance.

untuk itu--
mereka begitu sanggup berhabis segala untuk bercantik2 dan bermolek2. setting rambut beratus ringgit. atau kalau berhijab bukan main kainnya siap kerongsang bagai diselit2. wajah dipalit warna kemas. pakaian rapi digosok keras.

masalahnya--
all they care--
is making that FIRST impression.
or the second.
or third.

masuk tahun kedua perkahwinan--
JAHANAM.

selekeh, serebeh semua tak peduli.
"so what. ai sudah ada laki"

(-____-")

suami adalah lelaki.
dan lelaki adalah selamanya budak kecik.
mereka sentiasa suka mainan baru.
kenapa, agaknya, kau rasa mereka suka main robot2--
dan perempuan suka main mainan yang SAMA--
bertahun2 tak pernah jemu?

budak lelaki--
main robot sampai jahanam,
beli baru tak ada hal.
budak perempuan--
main patung sampai bertahun,
sampai tercabut anggota tetap kawan berbual.

lelaki SUKA benda kemas, bersih.
WALAU dia yang lasak sampai berkecah.
perempuan TIDAK PEDULI buruk serepih.
ASAL dia sayang, semua dia tidak kisah.

learn.
learn to find that point in the middle.
meet each other half way.

marriage is work.

orang tua2 kata,
sebelum kahwin,
lelaki macam orang gila nak pastikan perempuan yang disuka jadi miliknya.
selepas kahwin,
kerja perempuan untuk jadi gila memastikan lelaki dinikahinya terus miliknya.

tak usah sibuk dengan benda "nak aku jadi isteri pandai masak-- kau tu bukannya reti jadi imam" bullshit yang dikongsi2 itu. kenapa kita perlu jadi pasangan tidak ikhlas dan mengharap 'adil' yang terpesong itu?

"kau nak aku sekian sekian sekian, kau kena jadi sekian sekian sekian"
that is BULL.

marriage IS work HARD.
tolong BERHENTI percaya gula2 filem hollywood tentang magik dalam perhubungan.
harap sangat lelaki2 macam aaron aaziz itu wujud.
hadap sangat suami2 macam fakri dalam ayat2 cinta itu hidup.

dik,
dalam filem,
MEMANG lelaki yang sujud dahi menyembah wanitanya.
masalahnya--
perbuatan 'sujud' itu pun sudah tak ada logiknya.

kalau nak suami sempurna--
kita KENA sempurna dulu.
dan KALAU kita sudah sempurna--
dapat suami jauh dari itu--
kenapa naik hantu?

dapat suami jahat?
asiah dapat fir'aun.
dapat suami mulia?
isteri nuh macam mala'on.

tak ada matematik dalam perkahwinan.
kita jadi terbaik, suami macam iblis.
dapat suami terpuji, kita macam najis.

semua taqdir tuhan.
DAN kerja keras.
semua benda dalam hidup ADALAH kerja keras.

make EVERYDAY a new day.
make that every new day something new.
BARU kau rasa karen2nya.

dah 5 tahun kahwin pun, perlu ada malu2.
baru suami seronok hendak usik2 kacau2 malu itu.
kalau jenis baru masuk setahun sudah serebeh tak ada segan--
jangan mengaruk kalau sang laki angkat kaki cari perempuan.

memanglah nasib juga.
rasa dah buat segalanya, tapi tetap dia ke sini-sana.
itu kerja tuhan kita--
setiap rezeki taqdir yang ada.

tapi aku selalu pegang ini--
when we say 'we did everything'--
how SURE are you--
we ACTUALLY did everything?

sebab--
kita cuma pandai kata.
deep inside--
kita tahu kita bagaimana.

:)

apa kata,
hari ini kita buat something EXTRA untuk mereka.
start this game.
doing this SUDDEN cute thing-- apa pun jua--
di hari ini yang bukan apa2.

TAPI--
JANGAN harapkan mereka akan balas perkara sama di bila2.
kalau tidak--
tak jadi.

cuti separuh hari, balik, kemas rumah dan masak makanan kegemaran dia ke.
beli gift voucher untuk brand kegemaran dia ke.
apa sahaja-- yang penting-- BUKAN benda yang KAU suka--
tapi DIA yang suka.
(sebab aku tau banyak perempuan paksa pasangannya suka APA yang dia suka-- macam tengok wayang, atau main bowling, seumpamanya)

do it.
and see how he sparkles.
nak tengok sangat magik, kan?
itu--
dalam mata dia.

:)

selamat bercantik2 untuk suami hari ini.

Bahagiakah?

Assalamualaikum


macammana kita berangan keputusan SPM kita adalah A1 penuh,
begitulah kita berangankan masa depan kita;

kesempurnaan sebagaimana diberitahu buku teks--
mengikut garis panduan ciri2 jalan hidup normal manusia sekeliling kita.

1. result cemerlang.
2. masuk universiti.
3. result cemerlang lagi.
4. kerja gred A.
5. menikahi atau dinikahi.
6. mendapat zuriat.
7. zuriat akan menurut aturan tadi;
8. result cemerlang,
9. masuk universiti,
10. dan seterusnya--
>> terus ke anak cucu cicit sebagainya.

TAPI.
hakikatnya,
tak semua orang mendapat A 1.
tak semua orang berjaya penuhi kesempurnaan buku teks itu.

ada terbengkalai di nombor 4.
ada tersangkut di nombor 2.
ada yang tak sempat merasa pun nombor 1.
hidup ini bukan aturan kita.
kita kena terima itu.

kelakar.
sebab di banyak masa,
kita MEMANG tak ada masalah untuk terima.

(ok. mungkin ada detik2nya yang kita seperti terdudukkan--
terdiamkan dan terpecahkan mengenang ketidakmampuan kita memenuhi kesempurnaan dunia)

tapi kita tidak mati.
CUMA di ada kalanya sahaja.
apa yang pasti--
kita SUNGGUH tak ada masalah untuk terima.

masalahnya,
yang tak mampu terima--
adalah ORANG KIRI KANAN kita.

tak kahwin.
tak ada anak.
tak mau sambung belajar.
tak minat kerja tinggi.

kenapa orang kiri kanan kita yang sibuk dengan 'kenapa'nya?
kalau penanggung dah cakap dia terima--
kenapa disibuk tanggungan orang, ya?

mari kita guna situasi ini sebagai contoh:
bab paling biasa.
bab jodoh.

phow.
aku memang super defensif bila ada yang pergi pada kawan2 aku yang masih belum dimiliki siapa dan bertanya soalan2 celaka seperti:

"bila hendak berumahtangga?"
"apa memang suka fokus pada karier?"
"kenapa memilih sangat pasangannya?"
"siapa dan jenis mana yang layak utk dinikahimu agaknya?"


aku memang lekas2 jawabkan:
"kau sibuk kenapa?"

sibuk sekali dengan taqdir orang, apa kau tau kesudahan hidup kau?
sibuk sangat dengan jodoh orang, apa kau pasti sang suami cuma bercinta dengan engkau?
haaa.. bila kita tanya begitu, reti pula melenting silat kungtau.

apa punya budaya la kita ada.
budaya penyibuk kita gantikan dengan 'kerana sayanglah kita ambil tahu'.
sedangkan pada haknya, mengikut garis agamanya, kita SEMUA patut tau konsep redha dan ikhlas dengan ketentuan tuhan yang satu.

apa kepastian kita yang sudah bersuami ini akan di akhirat nanti bertemu?
setakat janji yang dibina dalam lagu--
tak usahlah.
ziana zain, fauziah latif, spoon, scoin semua bagi janji palsu.
macammana bahagia kita dalam dunia, di dunia kekal itu-- tak siapa yang tahu.

tapi tuhan dah janjikan--
barangsiapa jodohnya tidak di dunia,
di syurga nanti, tersedia malaikat utk dinikahinya sampai bila2.

KAU ADA?

aku tak faham apa yang orang dapat dengan tanya soalan2 yang seumpama itu. apa kau rasa lebih beruntung kerana kau lebih bagus? apa kau rasa lebih bertuah kerana kau ada lebih untuk dimegah? apa? apa kau ada?

tak ada orang memang dari kecil bercita2 "aku hendak kesusahan dan kesedihan SAHAJA"
tak ada orang tak mahu apa yang orang ada.
tapi tak semua mampu terima yang dia bahagia dengan apa yang mereka ada.

sebab itu engkau2 yang ada macam2 patut malu.
sbb tuhan tak beri kau kesusahan dan kesedihan--
sebab tuhan lebih tahu yang kau memang tak mampu.

seharusnya mereka2 yang disusahkan dan disedihkan INI yang disorak--
atas kegagahan mereka,
atas kecekalan mereka.
nak dibandingkan dengan kita?
kita haprak.

malulah.
malulah bermegah dengan APA YANG KITA SANGKA kelebihan.
belajarlah erti harga,
bukan digit2 yang datang bersamanya.

bila orang boleh terima hakikat hidup mereka--
kita SIAPA untuk menidak dan mempersoal tentangnya.

kesempurnaan--
hanya wujud dalam buku teks sekolah kita.
kebahagiaan--
tak semua orang jumpa.

result cemerlang, masuk universiti, result cemerlang lagi, kerja gred A, menikahi atau dinikahi, mendapat zuriat, seumpamanya itu--
pada engkau adalah bahagia.

namun--

berkemungkinan kebahagiaan yang kita jumpa itu--
BUKAN kebahagiaan yang mereka cari di dunia ini.
barangkali mereka ada perjanjian sama tuhan--
untuk berbahagia di dunia azali.

aku minta--
biarkan mereka.

mereka bahagia.