nasihat vs wanita


Assalamualaikum,



Girls adalah satu creature yang paling pelik di dunia. Combinasi sel-sel di dalam diri mereka termasuk kandungan hormon mereka yang selalu tak tentu arah amat menakutkan para lelaki. Serious shhhht menakutkan. Setiap bulan, bila bulan mengambang, mereka seolah-olah di kurniakan 'Immunity' untuk memarah sesiapa sahaja. 

Tapi bukan itu yang aku nak cakapkan dalam entri ni. Aku nak cakap pasal sesuatu yang lagi besar. Aku nak bercerita tentang satu nasihat. *DRUM PLEASE!*

***************************************************
Malam pasangannya siang, 
Jaga pasangannya tidur, 
Rajin pasangannya malas, 
Dan lelaki pasangannya perempuan. 

Kerana perempuan adalah 
pasangan kepada lelaki
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita 
itu dapat memikat hati lelaki

Bila berkata tentang terpikat, 
Maka ia ada hubung kait dengan nafsu
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, 
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan



Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal 
dengan iman
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah 
Allah dan RasulNya dan menjauhi 
laranganNya. 


The best part starts here.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. 
Simbol apa, semua orang tahu
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika 
tidak dikawal dengan iman
Maka mata lelaki ini selalu menjalar 
apabila terlihat seorang perempuan. 

Setiap bentuk badan seorang 
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki 
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu


Apabila seorang lelaki terlihat seorang 
perempuan, Maka perkara pertama yang akan 
dilihatnya ialah 
rambut wanita berkenaan
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh 
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup 
rambutnya

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka 
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat 
bentuk lehernya
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi 
melihat bentuk dadanya
Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk 
dada dengan melabuhkan tudungnya

Setelah itu mata lelaki akan 
turun lagi melihat 
bentuk ramping pinggangnya
Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak 
bentuk pinggangnya,

Mata lelaki itu akan melihat pula akan 
bentuk belakangnya
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya 
agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,



Dan 
lelaki itu akan pula melihat 
bentuk pehanya
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain 
yang ketat sehingga terlihat bentuk 
pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan 
bentuk kakinya pula
Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana 
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau 
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, 
jika beliau meMakai seluar,walau nampak besar 
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara 
sepontan, entah tak tahu Kenapa? 

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak 
akan bentuk kakinya, 
Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu 
kepada kakinya
Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki 
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan 
melabuhkan kain, atau meMakai stokinyg warnanya 
jangan sesekali berwarna kulit perempuan, 
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, 
akan melihat pula 
bentuk tangan wanita itu, 
Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan 
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. 

Maka wahai lelaki, 
janganlah pula kamu melihat mukanya
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika 
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang 
cantik akan menimbulkan fitnah, 
Maka berpurdahlah kamu
jika itu lebih baik untuk kamu. 

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis 
penyakit,iaitu mata 
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika 
ia terlihat 
warna yang menyerlah atau terang 
jika ianya berada pada perempuan. 

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan 
meMakai pakaian yang warnanya terang-terangan 
sangat. 
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu 
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu 
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, 
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah 
pula kita menjaga kehormatan diri masing2, 
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan 
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar 
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula 
janganlah menjalar langsung kepada muslimah, 
walau muslimah itu telah menutup aurat, 
insyaAllah selamat dunia akhirat. 



Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, 
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung 
umpama tidak menutup aurat, dan pada kaum 
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak 
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia 
dilarangi oleh Allah SWT. 

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. 
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. 
Seindah-indah ciptaan Allah yang paling sukar untuk dijaga adalah wanita solehah… 

*********************

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias,kita tak terlepas dari terkena tempias. Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas. Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks dalam disleksia cuba kekal dalam konteks. Bila dunia seolah tak memahami,kau sudi selami, dalami dan mengalami.



p/s: I'll be back.

Hebatnya wanita

Assalamualaikum,


Hello bakal isteri solehah dan bakal imam sekalian. 

Tahukan korang yang setiap benda di dunia ni, Allah dah ciptakan dengan perfect? Which is, ada keseimbangan dalam cycle dan putaran masing-masing? Cer korang tengok, malam akan cycle jadi siang. Hidup pula akan cycle jadi mati. Dan begitu juga dengan musim di dunia nih. Kalau kemarau, cycle dia adalah tengkujuh. Tu belum masuk lagi winter, autumn, summer dan spring. Dan bermacam-macam lagi lah.

But now,jom kita selidik tentang kePERFECTan seorang wanita bergelar perempuan.

*********************

Orang perempuan nie berapa banyak ujian yang Allah bagi. Mengandung salah,tak mengandung pun salah. Kahwin salah,tak kawin pun salah. Itulah nasib orang perempuan.

Kahwin
Kahwin cepat pun salah. 

Mak cik A: Anak dia yang mana yang kawen tue?Mak cik B: Anak dia yang amek SPM tue. *suara bisik ngumpat*Mak cik A: Yang baru habis periksa tue?Mak cik B: Ha'ah. *suara bisik muka jahat*Mak cik A: Muda gilerrrrr!Mak cik B: Tak tau la. Gatai gamaknyer.

Kawen awal pun salah. Dikata gatai pulak budak tue. Kan? Kawen lambat lagi orang kata. 

Mak cik C: Tak kawen lagi ker? *muka perli*Andartu D: Mana ada. Dah dekat 50 dah nie.Mak cik C: Agak-agak memilih gamaknya yer?Andartu D: WTF? 

Hantaran
Kalau kawen hantaran murah pun orang kata. 

Mak cik E: Berapa hantaran anak dia?Mak cik F: Seribu!Mak cik E: Haa! *tangan di mulut,muka terkejut*murah giler! Takkan seribu jer? Mesti ada pape kan?Mak cik F: Ha'ah. *muka innocent*

Bila letak mahal pun orang kata jugak. 



Mak cik G: Berapa hantaran dia? *muka perli*Mak cik H: 20k!Mak cik G: Wahh,mahal giler! *muka terkejut plus perli* Macam jual anak pulak yer?

Mengandung
Bila beranak pun orang kata jugak. 

Mak cik I: Isteri dia pi mana?Mak cik J: Isteri dia sarat,tunggu hari nak bersalin.Mak cik I: Ya Allah,rasanya baru jer bersalin kan? *suara perli mata jeling*Mak cik J: Ha'ah. *suara kuat plus ngutuk*

Bila tak ngandung langsung pun orang kata jugak. 

Mak cik K: Tak der anak ker? *tengok kiri kanan*Mak cik L: Tak der. Dah 15 tahun kawen. Mak cik K: Mandul gamaknya. *cakap dalam hati,tapi muka senyum*

Itulah nasib orang pompuan. Kesian benar aku tengok. Sebab tue orang pompuan pahala besar. Masuk syurga pun senang. Sembahyang,puasa,jaga faraj dan taat pada suami,then pilihla mana-mana pintu syurga nak masuk. Senang kan? Sebab apa senang? Sebab pahala yang Allah bagi tue banyak. Tapi benda 4 yang nak buat tue yang segan. 

Sembahyang senang. Orang pompuan kalau sembahyang kat masjid sampai bergesel ngan dinding. Orang pompuan sembahyang boleh buat. Mereka walau bertelekung,anak telekung,mak telekung,bapak telekung tapi tetap mereka sembahyang. Orang laki kopiah tak pakai. Baju pagoda jer pakai. 

Bab puasa pulak,orang pompuan paling kuat puasa. Hari raya posa pun posa. 

Kak Nab: Kak Leha makan la lemang!Kak Leha: Kak Leha puasa.Kak Nab: Haeh! Hari raya pertama pun posa?Kak Leha: Ha'ah. Cari pahala lebeh. *face palm*Kak Nab: Tak sehat ker orang tua nie? Hari raya pertama pun posa. *bisik dalam hati*

Kita tengok posa 6 orang pompuan habis dulu. Orang laki tak habes lagi. Open sana,house sini. Bab jaga kemaluan,insya'allah orang pompuan tak curang tak zina. Dia taat pada suami dia. Segak ker tak segak ker,tue la suami dia. Halus ker besar ker,tue la suami dia. Suami dia kecik jer. 5 kaki jer. Isteri pulak 6 kaki. Tue la suami dia. Bila naek motor,kita dok follow belakang,tengok isteri dia,macam isteri dia sorang jer. Bila kita overtake baru kita tau ada suami kat depan. 



Kadang-kadang orang laki tak tentu. Kadang-kadang isteri dah cantik kat rumah,udah nampak yang laen dah. Isteri punya setia kat rumah,udah nampak yang laen. Panjang jer matanya. Kadang-kadang suami dia mati,dah kita ngorat bini dia. *bukan aku la* Kadang-kadang baru cerai 30 hari,dah kawen laen. *xder kena mengena ngan sapa ok* Sebab tue akak-akak kalau suami mati jangan nanges sangat. Kadang-kadang bila mayat suami dikapankan,"Abang,sapa nak jaga kita? Sobsob. Kata janji sehidup semati,tapi abang mati dulu." Tok Imam sambil dok urus kain kapan,"Saya ada,tak per!" 

Jadi Allah Ta'ala bagi kat kita seorang ibu,seorang isteri bilamana Allah uji kepadanya,susahnya jadi isteri bila dia tengok anak-anak dia makan,hasil masak dia,hasil air tangan dia,bila dia tengok anak dia hirup sup sampai habis,terus keletihan dia masak hilang. Dia tengok suami dia makan sampai habis licin,terus leteh isteri hilang. Indahnya nikmatnya jadi seorang wanita.

"Saya bangun sahur pukul 3,Ustaz K. Saya masak,saya tumbuk sambal. Rumah saya rumah flat,Ustaz K. Tingkat 14 nun atas sana tue,Ustaz K. Bergegar rumah saya tumbuk sambal,Ustaz K. Tiba-tiba suami saya makan sampai licin. Alhamdulillah,Ustaz K. "

Nie la yang aku maksudkan dengan nikmat. Allah bagi rezeki,anak-anak dapat makan. Inilah yang dipanggil sebagai indahnya hidup.

"Tapi macam saya,Ustaz K,tak der rasa la. Anak tak der,isteri tak der.*muka tunduk*""Laaa,apa susah? Cari baru la. Gi kawen.""Udah tua,Ustaz K. Buat apa pun kalau deme kawen. Buat nyemak katil jer,Ustaz K.""Laa,abang Aji,kawen la dulu. Nanti tau la nak buat apa lepas tue. Kawen dulu. Jangan susah hati."

Macam orang pompuan ngandung pulak,susahnya orang pompuan mengandung which is susah atas susah. Paham tak? Macam bandingan setengah bata diikat diperut dan ditambah setiap bulan sampai bersalin. Bayangkan 9 bulan dok bawak setengah bata dikumpulkan menjadi macam budak 9 bulan. Tapi bila seorang ibu melahirkan anak,hilang kesusahan dan kesakitan dia. 

Nurse: Sakit ker bersalin? Mak cik A: Udah la,udah la. Tak nak la.

Let's bet,tahun depan tunggu la,beranak sorang lagi. Seriously,kan? Guess why? Sebab fitrah. Hilang sakit lepas tengok anak dia gelak,anak dia senyum. Dia perati jari anak dia. Anak dia sengih sorang-sorang. Terus,"Eishh,nak anak lagi la!". Nikmat. Kadang-kadang senang jer bersalin. 

Kadang-kadang keluar ambulans,atas troli dah bersalin. Depan orang ramai. Pakat amek gambar,snap atas bawah. *hehe* 

"Kenapa la mudah sangat bersalin. Tak nyempat-nyempat. Depan orang ramai pulak tue. Malu mak cik,nurse oii!""Biasalah mak cik. Yang taon lepas lagi teruk. Depan pintu pagar dia bersalin,mak cik.""Yang taon lepas tue pun mak cik jugak. Dah dua kali dah nie. Itu yang mak cik rasa ralat bebenor nie."
Nie la hebatnya jadi perempuan. Sebab tue sampai ada jantan nak jadi betina jugak. Tak paham aku. Nvm. Salam lebaran.



p/s: I was dumped. Sekian.





Sifat buruk

Assalamualaikum,



Hellow semua gadis yang tak reti jaga kekasih dan suami, amacam, sehat?

Lawak-lawak basi biasanya bila perempuan tanya " Kenapa lelaki suka sangat pandang perempuan lawa?" Dan lelaki akan reply "Kiteorang bukan suka. Kitaorang just nak melihat keindahan ciptaan Tuhan."

Well, entri kali ni, aku tak akan bercakap pasal lelaki dan perempuan. In fact, dah bosan la dah asyik kutuk perempuan. Tu dalam storage aku ada lagi 3-4 entries pasal perempuan yang belum aku siapkan. Nak post 3-4 entries mengata perempuan sekali gus, kesian pula. Lagipun, perempuan ni kaum favorite aku. Tak akan nak sakitkan hati nurani mereka setiap masa, kan? ;p


**************************

So,mari bercakap tentang pendapat aku on sifat buruk yang at least semua orang ada.

1995

Aku teringat lagi zaman dulu-dulu iaitu zaman aku masa kecil.

Ianya bermula apabila aku baru dilahirkan. Aku disambut oleh seorang doctor dan diberikan kepada seorang nurse comel yang berpakaian lengkap. Aku suka nurse. Amat comel lebih-lebih lagi yang kat Klinik Pergigian kat Pekan Kuah. Petite nurse.




Aku kemudian di bawa berjalan melalui koridor dan diletakkan di sebuah katil kecil di dalam wad bayi. Agak bising pada masa tu. Ramai sangat bayi menangis. Kebanyakkannya adalah perempuan. Biasalah.. girlsss, suka sangat menangis.

Walaupun bising dan terasing di dalam dunia baru, aku tak germuruh langsung. Nangis pun tak. Senyum sepanjang masa. Biasalah, lelaki.

Di luar tingkap, aku nampak ayah aku yang sedang mendukung kakakku yang memakai baju Catwoman yang baju tu dibuat lap kaki aku pada keesokan harinya, seperti mana aku buat terhadap baju Man U. Aku tak pernah suka Catwoman. Ubah style rambut, tanggal spek mata then orang dah tak kenal? Heh.

Dari luar tingkap itu juga, mereka melambai-lambai sambil senyum ke arahku. Aku mengangkat tangan kanan, melipat ibu jari, jari kelingking dan jari manis. Sambil itu aku menegakkan jari telunjuk serta jari tengah. Aku tak pasti apa sign ni, tapi orang kata ini adalah... ‘Peace’.


Aku memandang ke sebelah kiri, ada awek manis. Menangis je dari tadi. Tak henti-henti. Masa besar mesti jadi anak manja. Gadis manja kadang-kadang best juga. Tapi kalau selalu sangat manja agak tak best ah.



Selepas saling menukar no tel, aku dibawa keluar wad. Esoknya aku dah boleh baik. Jalan sendiri.

Setiap pagi aku akan di hantar ke rumah Tokki aku dan petangnnya aku diambil kembali. Sehinggalah aku masuk ke sekolah tadika.

2000


Dan aku tak sangka, awek yang aku tukar no phone itu juga bersekolah tadika di tempat sama dengan ku. Aku tahu. Sebab kita orang ada kimisteri.

First day di sekolah tadika, aku tak menangis pun. Parents pelajar lain semua pelik melihat aku. Tak kurang juga yang ingin tukarkan aku dengan anak mereka. Tak banyak kerenah katanya. Setiap hari aku akan dapat Ais Kerim cap Itik bersama sebatang ChupaChups kerana berkelakuan baik dan senonoh. Tapi aku tak bangga diri langsung.

Dan masa tu, aku kenal dengan seorang awek yang bernama Kim Kardashian. Agak iras-iras nama aku tapi nama aku lagi lelaki. Dan dari saat tu hingga sekarang, aku dan dia masih berkontek.

(Years skipped)

Present – 2012 (17 years old Ehem ehem)
  


Kim Kardashian bagi tahu aku, dalam hidup dia, dia pernah ada lebih 20 best friends atau dalam bahasa gediknya adalah BBF atau apa-apa je lah. Tapi sekarang, sorang pun tak ada. Bila aku tanya kenapa, dia cakap semakin rapat kau dengan seseorang, semakin teruk keadaan bila korang bergaduh suatu hari nanti.

Kebiasaannya, korang akan rapat dengan kawan baik korang. Tapi bila terlampau rapat, makin banyak keburukan kawan yang korang akan nampak.




Dan apa yang aku perhatikan, semakin susah nak nampak keburukan seseorang, semakin besar pula keburukan itu. Contohnya, kau ada kawan yang alim gila. Pakai tudung litup. Dan korang tak nampak langsung apa perangai buruk dia. Nak kata annoying, tak. Nak kata kedekut ilmu, tak. Nak kata gedik pun tak. Tapi percayalah, sekali korang jumpa sifat buruk dia, pasti korang akan kecewa gila dan akan mengambil masa untuk menerima keburukan tu. Umpama kita boleh terima banyak keburukan buruk dari seseorang, tetapi tak boleh terima satu keburukan buruk dari orang lain sebab yang 1 keburukan tu terlampau besar. Mostly, macam tu lah yang terjadi kat aku.


So, sebab tu kadang-kadang aku lebih selesa berkawan dengan orang yang perangai jahat-jahat nakal comel yang at least kebanyakkan sifat buruk dia aku boleh nampak dan boleh terima depan-depan. Dan sebab tu juga aku suka berkawan dengan gadis-gadis keras. Termasuklah dengan yang suka sebut f*** f*** f***. Jangan risau, lelaki tak akan terpengaruh dengan gadis. Gadis keras, mulut boleh tahan. Tapi tak semestinya jahat.

Imagine. Korang suka kat someone yang dari pandangan luarnya baik, alim, lemah lembut dan sebagainya. Tapi bila dah kenal dari dekat, ianya amat memeritkan bila korang sedar yang dia jauh dari apa yang korang fikirkan setelah tahu sikap buruk dia. *sedar-sedarlah*




p/s:Setiap orang paling baik pun mesti akan ada satu sikap buruk, at least. Ini pendapat aku.