Raye?

Assalamualaikum


Happy weekend gentlemen and gedik girls sekalian.

Hari ni, erm. Bosan gila ah. Bangun-bangun, aku terus rasa macam sakit perut gila. Terus pergi tandas. Tak tau la sebab makan kat Warung Aidilfitri Jai semalam atau apa. Tapi perut memang sakit. Masa aku lepak-lepak dalam tandas tu, aku terus teringat yang esok raya.


So, aku terfikir untuk buat entri yang based on tomorrow event. Dan YA. Semuanya berkisar tentang raya and apa manusia kat dunie nie buat untuk sambut raya. 

Okay,let's start!

Lelaki Sekarang Vs Perempuan Sekarang


 Lelaki Sekarang- Paling cepat beli baju raya adalah semasa bulan Ramadhan. Kadang-kadang satu hari sebelum raya (Eid eve) baru nak jenguk-jenguk kedai baju. Tak kurang juga yang pakai baju tahun lepas punye. Berkilat lagi baju tu. Lelaki bab jaga baju memang pandai. Tak membazir. Baju pun, satu baju Melayu, satu pasang baju untuk jalan-jalan. Eksesori hanyalah butang baju melayu, selipar, songkok dan senyuman menggoda yang menawan.

Perempuan Sekarang - Paling lambat beli baju raya adalah dua bulan sebelum Ramadhan. Confirm nak tempah baju tu. Kalau beli yang dah siap, mesti dalam hati makan banyak-banyak. Raya pun rasa tak macam raya. Sepasang? Sorry la babe. Paling kurang pun 8 pasang. Satu hari 3 pasang. Sampai hari raya ke 4 pun bertukar-tukar baju baru.

Movie dan rancangan di Hari Raya.
Aku perasan lah kan, dari dulu sampai sekarang, time raya je, mesti ada movie-movie best. Ingat masa time raya orang dok nak tengok TV ke? Dan, tahukah anda, movie-movie ni lah juga yang menyebabkan adik-adik aku tak nak pergi beraya kat rumah kawan dia. Cohtohnya, adik perempuan aku yang form 1 ni. Dia ada seorang kawan perempuan. Comel. Aku cakap lah kat dia yang aku sudi temankan dia pergi beraya kat rumah kawan dia yang tu. Tapi dia tak nak. Aku tanya kenapa. Dia bebel-bebel. Last-last, dia cakap nak tengok TV. Then, dia cakap yang kalau aku ikut, mungkin akan memalukan dia. Perh, sepatutnya dia berbangga ada abang yang baik macam aku yang sudi temankan dia. Lagi pun, aku bukan nak mengurat kawan dia. Aku nak berkenalan je. Haha. Gurau-gurau.



Kenapa orang dewasa tak dapat duit raya?
Yes. Kenapa? Kenapa orang dewasa tak dapat duit raya? Apa? Sebab dah besar so tak boleh dapat duit raya? Hey, you tahu tak yang bila dah besar lah duit semakin penting. Tanpa duit, boleh ke nak belanja awek. Ya nak belanja awek. Budak kecik ada awek? Tak ada. So nak duit buat apa? Duit tu penting tau. Makin dewasa, makin penting. Tu, tabung kahwin aku tu. Entah bila lah nak penuh. Macam mana aku nak penuhkan kalau pak cik dan makcik sekalian tak nak kasi duit raya. Lagi pun, jangan salahkan saya dan kaum lelaki kalau anak-anak dara anda tak kahwin sampai ke tua.

See! Banyak yang berlaku waku Raya. Tapi,tak kisah la. Yang penting,puasa mesti ikhlas. Nie tak,Raya ikhlas tak mau-mau tapi puasa hampeh. So,conclusionnyer,SELAMATKAN HARI RAYA ANDA.

-I love you-
Hati-hati,Ya Ramadhan. Datang lagi tau.

Das Auto

Raya dah dekat. Teringin nak buat wish. 

Tapi,segan la 'cause tau memang akan tinggal wish jer. 

But,who cares right? 

Aku nak keter. Sebuah pun jadi la. 

Jadi aku dah survey. Penat punya survey terjumpa dengan sebijik keter nie. 

Elegan gilak. Taw tak boleh beli tapi what the heck kan kalau kita idamkannya?


This is Cadillac Ciel. Latest product. Tetiba bulan-bulan puasa nie ngidam nak beraya naek keter nie!

Cost? Entah la. Waktu aku survey dorang still rahsiakan pricing dia. Korang pun boleh estimate right?

But,nevermind. So,SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR+BATIN.

kasut

Korang nak shoppe kasut yea?
Survey nie dulu!



p/s: Hati-hati shoppe.

secretos

Assalamualaikum

To my wife-to-be,rumah nie ok tak?
 Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Dan selamat Hari Raya.

Hello guys. Baju raya dah beli? Kalau perempuan tu, aku bet la yang korang dah beli. Silap-silap sebelum puasa lagi dah beli. Kan? Kan? Kan? Tengok lelaki. Relax je. Baju raya dah nak-nak raya baru la beli. Nak kata lawa, memang lawa pun.


As for today,aku nak cakap sikit about KENAPA GIRLS LETAK WANG HANTARAN TINGGI TAHAP GAYAT. And you guys should muhabasah,jangan muhasabah. Guys kena macho. Jangan terpengaruh sangat. Nie just manifestasi girls jer. Kiranya nie macam luahan hati si gedik girls la.
 
*********************************************************


besok lepas kahwin
bini hangpa kena masak pagi pagi subuh gajah walhal sama sama nak pi keja jugak.


besok lepas kahwin.
bini hangpa kena kutip baju hangpa yang hangpa treban(campak) tepi katil nuh (mlm panas.tido tak pakai baju la kan,,takde unsur 18 kat sini)


besok lepas kahwin
bini hangpa hegeh hegeh dok bawak turun bakul penuh baju kotoq( rumah 2 tingkat) nak pi letak lam mesin basuh,sambil hangpa dok jerit jerit "sayangg cepat skit,jap g kang jalan jem"
 
 
besok lepas kawin.
bini hangpa hegeh hegeh turun kereta sama hangpa dok masuk rumah cepat cepat ambil baju dalam mesin pi sidai walau jam pukul 5 petang sambil hangpa dok merengek manja "sayangg,,lapar laa.."
dengan penuh kasih sayang,,"jap taw,habis sidai baju nih,sayangg masak untuk abangg ye"


besok lepas kahwin.
bini hangpa hegeh hegeh dok sapu rumah pagi pagi sambil hangpa baca Paper sambil online sambil tengok tb.


besok lepas kahwin.
bini hangpa kena masak tengahari sambil hangpa dok jerit jerit "sayangg awat ada bau dok cucuk cucuk hidung nihhhh"(masak cabai kebiasaannya)
kemudian hangpa sambung balik tengok tb dan beronline.
'sadis isk isk.'


besok lepas kahwin.
bini hangpa dok hegeh hegeh la menyusukan anak tengah malam buta sambil hangpa berdengkur
 krohhh krohhh ~ ~
 
 

besok lepas kahwin.
bini hangpa la yang kalut dok mandikan anak sambil hangpa bersiul siul cuci kereta kesayangan hangpa tue


besok lepas kahwin.
bini hangpa balik kerja sama hangpa hari jumaat dok kalut amek anak bawak pi mandi,lepas siap mandi suma,,hangpa dok main dengan anak hangpa sambil bini hangpa dok kalut pulak pi kemas baju nak balik kampung mak pak hangpa.sambil hangpa jerit manja ''sayangg,cepat skit,nanti hari gelap,,bahaya nak drive''


besok lepas kahwin.
bini hangpa sibuk la dok kutip baju yang hangpa dok londeh merata kat rumah makpak hangpa nuh.sambil hangpa dok panas enjin kereta.


besok lepas kahwin.

bini hangpa dok kalut la.................

 ********************************************

Ololololololo. Kesiannya bini aku kalau macam ni. Tu lah. Orang offer bibik dan share holder(madu) tak nak. Kan dah susah. HAHA. Sekarang bila dah susah mula lah bising-bising ye? *gurau-gurau*

So,the main thing is,aku still tak paham la. Most of the benda yang dikeluhkan tue semua memang dah jadi tanggungjawab korang wahai isteri-isteri tercinta oii. So,the solution is cooperate la dengan si suami. 
Nie tak terus pergi pejabat agama report suami dera la,tak layan elok la,ape la. Padahal... See?

Aku bagi satu contoh,pasal cuci kereta tue. Laa,ok la tue daripada dia spend time ngan janda-janda kedai kopi tue. Haa,korang yang gigit jari nanti. Urghh!


p/s: Aku nak bini yang simple.

Ubi


Semalam waktu tengah-tengah walking across the Net sorang-sorang di tengah-tengah malam semalam,aku terjumpa this one.

EDIT : Thanks to Anonymous pasal bagi sumber asal.

Ezul Faiz the killer!
Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?" 


Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."


p/s:Hati-hati bawak ubi.

Birthday?

Assalamualaikum
Nerd is cool what!

Hello confused girls and steady boys sekalian-.-

Aku bet yang korang rindu kat aku kan? Rindu aku mengata-ngata korang. Rindu aku perli-perli korang. Dan tak terkecuali korang mesti rindu aku yang asyik puji lelaki kan? Okay fine korang tak rindu.

Dari dulu sampai sekarang, blog aku ni selalu gak la dikatakan sebagai blog Dr Love. Well, Dr Love? What the hell is that? Eww, sounds disgusting. Actually, aku tak tahu entah dari mana la aku boleh dapat gelaran yang menggelikan tu. Padahal, aku rajin je update benda-benda lain yang selain dari bab love eww-eww kan? Kan? KAN?
So this time, instead dari mendengar korang, apa kata kalau kita dengar pendapat aku nie? Ya, termasuk korang. Why? Sebab aku ada satu isu yang amat menarik untuk korang jawab.


Lately nie aku perasan something. Banyak sangat individu-individu yang penting dalm hidup aku having their birthdays. Banyak sangat la,malas nak list. So.this time aku nak cerita,discussing something 'bout hadiah yang  kureng sesuai untuk golongan-golongan nie.

Berikut, adalah 4 (+1) benda yang paling aku anti bila cakap pasal hadiah. Tak adalah anti sebenarnya, tetapi kurang gemari.

Teddy Bear
Homaigosh! Pernah tak korang dapat teddy bear or something ynag macam patung or what nie? Musti pernah right? Dan pernah tak korang rasa benda tu annoying gila? Yes it’s annoying. Bayangkan,setiap kali korang nak tidow korang akan nampak that patung macam tersenyum kat korang. Menyeramkan. Aku pun naik seram kalau ada patung kat rumah. Macam hantu. Haha. So, ianya amat annoying.
Tak ada sesiapa yang berminat nak simpan benda-benda macam tue. Entah-entah,lepas dapat terus buang. Seram.


Barang kesayangan
Ada yang bagi sebab nak buktikan keikhlasan or nak dapatkan pujian. Well.itu tak boleh dinafikan sebab lumrah manusia bersifat begitu. Kan kan? Tapi amat-amat tak tahan si pemberi pergi buka cerita kononnya dia kasi hadiah yang paling special kat orang laen. Rasa amat annoying. Nak-nak macam burfday dia pulak. 

Yang paling tak tahan and double annoying selepas bagi jer barang kesayangan tue terus rasa menyesal. Haa,baru nak sedar. Beli mahal-mahal,then sebab nak tunjuk romantik kononnya pergi kasi. Last-last sendiri yang kena. Perh. Agak-agak la nak menunjuk pun. Mana ada orang yang baik nak kasi benda-benda macam tue. Kalau ada pun, mesti niat dia songsang. Then mesti nak mengurat or what. Macam aku tak tau.

Novel jiwang tahap karat
Ini amat tipikal. Even dulu aku pun pernah buat *rolling-eyes*. 
Kalau boleh dulu aku nak kasi semua novel baru. Then kalau boleh lagi aku nak kasi semua novel baru bajet aku sorang la yang tahu pasal novel baru ni. Tetapi bila aku sedar yang novel tu hanya membuatkan penerima aku rasa tergangu and ingat yang aku nak ngurat dia 'cause of the novel yang jiwang eww-eww tue. Tak nak la aku. Ingat aku species crocs ker? 

So fine la kalau korang nak jugak kasi that kind of novel. But please jangan jawab yang korang nie ulat buku jika si penerima tue tanya reasons why korang kasi that particular things. Geram and sakit hati aku bila tengok orang-orang yang pura-pura ulat buku nie.

Baju
Okay first, yes, ianya amat-amat annoying bila seseorang itu show off kat orang macamlah dia sorang ada duit. Okay fine aku tak ada duit dan aku tak jelous. 

Tak masuk akal langsung!


Teknik ni dah ramai yang guna. Balik-balik, belikan baju yang sama dua helai. Satu untuk si penerima,satu korang amik. Kononnya nak satu jiwa la,apa la.Nie birthday la,bukan Valentine or what. Tukar otak seket! Hey guys,selalunya korang kasi kat si burfday girls jer. Mana pernah kasi kat burfday boys. Alaa,aku tau la perangai korang. Sembang jer lebeh. Haha.

Jam,calendar mahal and so on
Duh. What the heck kita kasi jam kalau kat laptop dah ada jam? Why the heck kita kasi kalendar kalau ianya sebijik sama dengan yang ada di handphone dan laptop korang? Dan yea, calendar pun tak perlu melainkan anda menggunakan calendar Islam. Serta, benda yang lagi-lagi korang tak perlukan adalah ramalan cuaca. Yang aku tahu, si pemberi kasi jam or what mesti sebab dia adalah seorang friendly kan. Ada peluang jer, mesti dia akan tegur dengan ayat “Hey, sekarang pukul berapa?” What the heck. This is life. Its fantasy, not real life. Who cares about time?

So, sila ambil tahu pasal diri korang. Sila ambil tahu apa yang korang suka dan apa yang korang tak suka. Juga, sila ambil tahu tentang apa yang korang mampu buat dan apa yang korang tak mampu buat. Dan dari situ lah korang boleh merancang hala tuju korang. Or else, korang akan buat banyak kesilapan dalam hidup korang. *Terasa*

Kerusi boleh jadi hadiah tak?

Dan yang terakhir, kalau anda nak tahu pasal this annoying-and-jerk creature (pemberi), mereka adalah umpama iklan di TV. Mereka suka sangat cakap gempak-gempak. Masing-masing mengaku yang dia kasi tu lah benda yang paling special just for you. Mengaku yang dia tu lah sahaja yang sanggup bagi apa sahaja yang diminta. Konon romantik lah tu bila cakap "hepi burfday,awak sangat special" atau "burfday awak saja taw yang saya ingat di hati ini" atau apa-apa lah. Well, pernah tak tengok iklan minyak pelincir di TV yang cakap gampak yang berkata "This minyak pelincir is APPROVED BY NASA or APPROVED BY F1 EXPERT or APPROVED BY NASCAR BLA BLA BLA". But, hey could you believe that? Hell no. So yeah, people are like the advertisements. You shouldn't simply believe them, even a word from their mouth.*Weyy Kimi,ko cakap pasal burfday then apsal keluar something yang macam nak perli kaum lelaki jer?* 

Hepi burfady!


p/s: Selamat ulang tahun kelahiran and semoga segalanya diberkati tuhan. 030211.

guessing again

Assalamualaikum,
Apa yang lelaki nak tapi perempuan tak nak?


mood:durian

Durian? No lah. Then,what is should be? 

Jawapannya ialah: berkepak
 
Kepak atau wing kepada sang arjuna bermaksud, bahagian upper body di belakang yang berotot. Nama saintifik baginya ialah Latissimus Dorsi (Faris Zahir educated me on this), dan lagi berotot bahagian ini, lagi tegap dan gagah rupa bentuknya. Makna sebenar kepada nama saintifik ini ialah: Latissimus = Paling lebar dan Dorsi = Belakang, betul-betul nak mengexplain yang ia adalah otot paling lebar di bahagian belakang badan.

physically
 Penat cari gambar, ini sahaja yang paling terang lagi bersuluh akan apa yang aku cuba sampaikan dengan Kepak/Wing 101 kita pada hari ini. Okay, tengok eh sendiri, bayangkan kalau lelaki ada kepak/wing bila pakai t-shirt, kan nampak smart. Sebab itu diorang suka. Tapi perempuan suka ke kalau diri sendiri yang ada kepak/wing?
See!

Kepak/wing kepada sang gadis pula ialah flabby arm a.k.a chicken wing. Seronok kan?
Apa? Tak paham lagi?!
yucks

Haa,nak ker camnie?
I've finally reached the age where I no longer save the chicken skin to be savoured last. LOL. Sungguh batak makan KFC tinggalkan kulit ayam untuk makan last sekali. Sekarang dah tua, tak hadap dah. Buang tepi je. Kurangkan makanan berlemak.

Till then,c ya.