Rahsia hati (truth)

Bismillahirrahmanirrahim.
*** *** ***
mereka sangka kita sempurna,
tapi hakikatnya kita tidak sempurna.

mereka sangka kita elok,
tapi sangka mereka tidak benar.

mereka pula menyangka kita tidak mahu kebaikan,
tapi sebenarnya kita mahu.

mereka sangka kita suka kejumudan,
tapi sebenarnya bukan sebegitu.

mereka pula menyangka kita benci,
tidak sesekali - kita sentiasa suka.

ah.
sikap judgmental tanpa empathy diri.

ianya bukan sikap yang elok.
semoga hati ini tetap.



**********************************************


Assalamualaikum,






Aku berada di dalam bilik gelap. Termenung memerhatikan pusingan arah lawan jam kipas Panasonic yang tergantung kemas pada siling. Ditemani bunyi-bunyi unggas dan enjin kenderaan yang lalu-lalang. Dan di dalam momen itu aku menyaksikan dosa-dosa silam. In HD.

Bila aku bertinta tentang dosa,maknanya aku nak mengajak korang beristighfar. Lafazkan dalam hati,mungkin di bibir sukar.


Selamat pagi pacar orang dan tukang tukang selingkuh. Eh, salah ni. Waduh waduh. Maksut saya, selamat pagi para pejuang yang masih bertahan memperjuang cinta. Gagah sekali kalian :’) Tanggal sudah menginjak ke bulan November yang menjadi pertanda kalau sudah di penghujung bagian tahun 2013 yang telah kalian lewatkan. Indon gituuuu.

Pagi ini cuaca sedikit undefined. Ku lihat nak hujan,tapi tak. Begitulah juga hidup. Kulihat luarnya tenang,tapi dalam tiada siapa yang tahu. Tada sapa yang tahu? Ada sebenarnya,yakni Allah Al-Haq. Bercakap pasal tahu, pernah korang bagitahu Tuhan tentang isi hati korang?




Apabila sudah menjangkau usia penghujung 20. Nampak gayanya ramai yang seakan sudah tidak percaya dengan declaration. Bahasa geli-gelinya ialah declare untuk jadi pencinta. Atau confess. Mungkin kerana sudah rasa penat dengan pengalaman lalu yang kalau declare; Siap pilih tarikh dan buat ulang tahun anniversary. Geli geli geli euww euww.

Cuma mungkin, ada sedikit sweet untuk yang merasa ia satu perlakuan yang sweet lah. 
Romantik? Sedikitlah. Teruk juga gaya romantik sebegini. Tapi toksah lah.


Baiklah. Aku akui bahawa declaration sudah tidak releven untuk mereka yang mahukan satu hubungan itu nampak lebih terbuka dan simple. Cukup dengan hang out dan mengaplikasi rasa hati dengan senyuman, pandangan dan kata-kata manis antara pasangan pun sudah cukup diterjemahkan begini;

"Aku cintakan kau tapi aku tak nak cakap, tapi aku yakin kau cintakan aku melalui apa yang kita telah lalui.  Lebih baik kita terus begini. Diam. Enjoy the silent kerana aku yakin yang kau yakin satu hari nanti aku bukan ajak kau couple. Tak, aku akan tanya bila kau free kat rumah supaya aku boleh datang dengan mak ayah aku untuk meminang kau. Rumah dah tahu ni."

Declare ni untuk budak-budak.
Bila sudah dewasa. 
Enjoy the silent relationship Allah lah beb.
Till then.



p/s:Nak tomyam,nak paprik,nak sizzling!

0 comments:

Post a Comment