Sifat buruk

Assalamualaikum,



Hellow semua gadis yang tak reti jaga kekasih dan suami, amacam, sehat?

Lawak-lawak basi biasanya bila perempuan tanya " Kenapa lelaki suka sangat pandang perempuan lawa?" Dan lelaki akan reply "Kiteorang bukan suka. Kitaorang just nak melihat keindahan ciptaan Tuhan."

Well, entri kali ni, aku tak akan bercakap pasal lelaki dan perempuan. In fact, dah bosan la dah asyik kutuk perempuan. Tu dalam storage aku ada lagi 3-4 entries pasal perempuan yang belum aku siapkan. Nak post 3-4 entries mengata perempuan sekali gus, kesian pula. Lagipun, perempuan ni kaum favorite aku. Tak akan nak sakitkan hati nurani mereka setiap masa, kan? ;p


**************************

So,mari bercakap tentang pendapat aku on sifat buruk yang at least semua orang ada.

1995

Aku teringat lagi zaman dulu-dulu iaitu zaman aku masa kecil.

Ianya bermula apabila aku baru dilahirkan. Aku disambut oleh seorang doctor dan diberikan kepada seorang nurse comel yang berpakaian lengkap. Aku suka nurse. Amat comel lebih-lebih lagi yang kat Klinik Pergigian kat Pekan Kuah. Petite nurse.




Aku kemudian di bawa berjalan melalui koridor dan diletakkan di sebuah katil kecil di dalam wad bayi. Agak bising pada masa tu. Ramai sangat bayi menangis. Kebanyakkannya adalah perempuan. Biasalah.. girlsss, suka sangat menangis.

Walaupun bising dan terasing di dalam dunia baru, aku tak germuruh langsung. Nangis pun tak. Senyum sepanjang masa. Biasalah, lelaki.

Di luar tingkap, aku nampak ayah aku yang sedang mendukung kakakku yang memakai baju Catwoman yang baju tu dibuat lap kaki aku pada keesokan harinya, seperti mana aku buat terhadap baju Man U. Aku tak pernah suka Catwoman. Ubah style rambut, tanggal spek mata then orang dah tak kenal? Heh.

Dari luar tingkap itu juga, mereka melambai-lambai sambil senyum ke arahku. Aku mengangkat tangan kanan, melipat ibu jari, jari kelingking dan jari manis. Sambil itu aku menegakkan jari telunjuk serta jari tengah. Aku tak pasti apa sign ni, tapi orang kata ini adalah... ‘Peace’.


Aku memandang ke sebelah kiri, ada awek manis. Menangis je dari tadi. Tak henti-henti. Masa besar mesti jadi anak manja. Gadis manja kadang-kadang best juga. Tapi kalau selalu sangat manja agak tak best ah.



Selepas saling menukar no tel, aku dibawa keluar wad. Esoknya aku dah boleh baik. Jalan sendiri.

Setiap pagi aku akan di hantar ke rumah Tokki aku dan petangnnya aku diambil kembali. Sehinggalah aku masuk ke sekolah tadika.

2000


Dan aku tak sangka, awek yang aku tukar no phone itu juga bersekolah tadika di tempat sama dengan ku. Aku tahu. Sebab kita orang ada kimisteri.

First day di sekolah tadika, aku tak menangis pun. Parents pelajar lain semua pelik melihat aku. Tak kurang juga yang ingin tukarkan aku dengan anak mereka. Tak banyak kerenah katanya. Setiap hari aku akan dapat Ais Kerim cap Itik bersama sebatang ChupaChups kerana berkelakuan baik dan senonoh. Tapi aku tak bangga diri langsung.

Dan masa tu, aku kenal dengan seorang awek yang bernama Kim Kardashian. Agak iras-iras nama aku tapi nama aku lagi lelaki. Dan dari saat tu hingga sekarang, aku dan dia masih berkontek.

(Years skipped)

Present – 2012 (17 years old Ehem ehem)
  


Kim Kardashian bagi tahu aku, dalam hidup dia, dia pernah ada lebih 20 best friends atau dalam bahasa gediknya adalah BBF atau apa-apa je lah. Tapi sekarang, sorang pun tak ada. Bila aku tanya kenapa, dia cakap semakin rapat kau dengan seseorang, semakin teruk keadaan bila korang bergaduh suatu hari nanti.

Kebiasaannya, korang akan rapat dengan kawan baik korang. Tapi bila terlampau rapat, makin banyak keburukan kawan yang korang akan nampak.




Dan apa yang aku perhatikan, semakin susah nak nampak keburukan seseorang, semakin besar pula keburukan itu. Contohnya, kau ada kawan yang alim gila. Pakai tudung litup. Dan korang tak nampak langsung apa perangai buruk dia. Nak kata annoying, tak. Nak kata kedekut ilmu, tak. Nak kata gedik pun tak. Tapi percayalah, sekali korang jumpa sifat buruk dia, pasti korang akan kecewa gila dan akan mengambil masa untuk menerima keburukan tu. Umpama kita boleh terima banyak keburukan buruk dari seseorang, tetapi tak boleh terima satu keburukan buruk dari orang lain sebab yang 1 keburukan tu terlampau besar. Mostly, macam tu lah yang terjadi kat aku.


So, sebab tu kadang-kadang aku lebih selesa berkawan dengan orang yang perangai jahat-jahat nakal comel yang at least kebanyakkan sifat buruk dia aku boleh nampak dan boleh terima depan-depan. Dan sebab tu juga aku suka berkawan dengan gadis-gadis keras. Termasuklah dengan yang suka sebut f*** f*** f***. Jangan risau, lelaki tak akan terpengaruh dengan gadis. Gadis keras, mulut boleh tahan. Tapi tak semestinya jahat.

Imagine. Korang suka kat someone yang dari pandangan luarnya baik, alim, lemah lembut dan sebagainya. Tapi bila dah kenal dari dekat, ianya amat memeritkan bila korang sedar yang dia jauh dari apa yang korang fikirkan setelah tahu sikap buruk dia. *sedar-sedarlah*




p/s:Setiap orang paling baik pun mesti akan ada satu sikap buruk, at least. Ini pendapat aku.

0 comments:

Post a Comment