fahaman cinta (sebenarnya)

Assalamualaikum,



Orang selalu bertanya,APA ITU CINTA? Bagi aku,aku akan jawab-CINTA ITU DUA HATI JADI SATU-. Maksudnya,dua orang hatinya satu. Itulah namanya cinta. Cinta nie sapa-sapa pun boleh. Orang tua pun ada perasaan cinta. Sebab tue kita tak heran perempuan umur 107 tahun kawen. Laki-laki 84 tahun pun kawen lagi. Ini semua sebab cinta. 

Jadi,rasa cinta nie sentiasa wujud. Nie bila kita nak halang cinta memang payah la. Sebenarnya,kita kena bimbing cinta tue untuk jadi baek. Sebab tue bila orang tanya kat aku,-CINTA TUE MAKNANYA DUA HATI JADI SATU-. Sebab tue cinta tue mesti bersih. Cinta tue mesti murni. Cinta tue jangan dicemari dengan perbuatan cemar dan dosa. 

Cinta itu berakhir dengan perkahwinan yang baek. TETAPI,cinta juga sebenarnya juga tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. 

"Pah,Abang sayang pada kamu. Abang cinta pada kamu. Tetapi Pah,Abang nak bagitau pada kamu,mak Abang tak suka pada kamu."
"Sebab apa Abang?"
"Entahla,mungkin kamu tak reti masak tomyam. Sebab tue mak Abang tak suka. Mak Abang menentang habis-habisan. Abang dah baca Ya'asin,Abang dah solat Hajat,Abang dah cakap leklok. Abang nak kawen jugak dengan kamu. Tapi,mak bantah jugak. Abang takut kalau kita kawen nanti kamu kena seksa dengan mak,kamu kena pulau dengan mak,kamu jadi menantu yang mak tak suka,hidup kamu tension,silap-silap kena sakit jantung and darah tinggi pulak. Dengan sebab Abang cinta pada kamu,Abang tak nak kamu hidup susah. Tak jadi la kita kawen,Pah!"

See? Itulah cinta. 

"Kenapa kamu tak kawen ngan Pah,Mat?"
"Sebab aku cinta pada dia!"
'Haehh,kalau cinta kena kawen la!"
"Tak. Aku takut kalau aku kawen dengan dia,mak aku seterika dia. Mak aku ragging dia. Aku tak mau!"

Pernah jadi satu kes,dua adek ipar belasah kakak ipar. Pi amek kayu,pukul kat belakang sampai patah. Adakah korang nak tengok isteri yang korang sayang diperlakukan sedemikian? Kalau betul korangu cinta pada dia,bukan setakat korang bagi senang pada dia,mak bapak korang keluarga korang pun bagi senang kat dia. Tapi kalau korang saja yang bagi senang kat dia,mak bapak korangu tak leh terima,seksa jiwa raga dia nanti,so tak payah la kawen. And,inilah cinta sebenarnya.




Sebab ada orang paham yang cinta mesti berakhir di jinjang pelamin. Tak pun di Jinjang,Selangor. Haha. Absolutely not. Cinta tak semstinya berakhir di pelamin. Cinta juga tak semestinya berakhir dengan genggam tangan Tok Khadi. Kadang-kadang kerana cinta kita tak kawen dengan dia. 

"Sebab apa tak kawen ngan dia?"
"Sebab mak saya tak redha la. Saya takut bila mak tak redha,rumah tangga kami tak bahagia."

This is what ANAK YANG SOLEH. Inilah laki-laki dan perempuan yang beriman. Bukan apa,sebab ada orang dok paham,CINTA KENA PERTAHANKAN,WALAUPUN BADAI MELANDA,NAMUN TETAP KU REDAH JUA! Mak tak suka? Lantak la! Bapak tak suka? Pigidaa! Yang nie yang bahaya. Sampai satu hari nanti,mati hang tengah jalan. 

Sebab tue lah cinta yang sebenarnya ialah nak bagi senang pasangan kita hidup. Nak bagi selesa pasangan kita bernafas. Hatinya tenang. Nak tau cam na nak tenang? It comes from keredhaan mak and bapak. Seriously. Mak bapak suka,adek beradek suka so then dorang terima lah sebagai ahli keluarga. Tapi kalau kita kawen jugak,mak bapak pulak tak suka,jadi kera sumbang isteri kita tue.

Adakah kita nak tengok isteri kita berendam air mata? Untuk menantu-menantu yang laen,semua mak bagi kaen batek. Kebetulan,mak baru balik dari Langkawi. Untuk isteri kita pulak tak dapat. Apa kita rasa? Untuk menantu-menantu yang laen bapaknya kasi cokelat Hershey's sorang sepeket. Untuk isteri kita pulak,plastik cokelat pun tak bagi. Sebab apa? Sebab menantu tue (isteri) tak disukai. Ada kita nak tanggung perasaan isteri kita? Kalau kita dah tau boleh jadi macam tue,lebeh baek toksah dok kawen lah. Carilah calon yang mak bapak redha. Insya'allah datang rahmat Allah. 




Jadi,kita kena paham la maksud cinta nie. Pros and cons. Khususnya,budak-budak muda zaman iPad nie. 



p/s: Cinta itu indah dicari,tetapi lebih indah jika datang tanpa dicari. Thanks Fathiah.

3 comments:

Syahirah Huda said...

Yeah. Agree.

nUr fAirUz hAmIeRa said...

emm . skong . betoL-III .

eyzatul afni said...

yup... that's right.. =)

Post a Comment