pedophile

Assalamualaikum,

Kita masih dijajah.

Hello lads and gents sekalian. Selamat hari Isnin yang indah. Well,hari nie hari yang mendung. Tak la indah sangat,tapi biarlah aku nak cakap indah pun. Tak da sapa yang kisah pun. *rolling-eyes*

Tadi aku ada buat walking seket cari hotnews. Aku sukakan kontroversi,sebab dari itu aku akan dapat populariti. And from that jugak my Lisa Surihani akan kenal aku and ajak aku untuk join Ombak Rindu The Reunion. Dream on,boy.*rolling-eyes again*

Then today,kita sembang seket pasal manusia PEDOPHILIA.

*******************************************************

PEDOPHILE?

Pernah dengar tentang pedophilia?
Rasanya, ada yang tahu bahawa pedophilia bermaksud mental illness di mana orang dewasa yang tertarik terhadap kanak-kanak bawah umur. Ya. But that is not the scary part. The scary part is, they are interested to the kids, in sexual-manner-thingy-so-bad-bad-way.Tak paham? Rogol. Rape. Raba. Paham?

Pedophile is always watching you.


Ada beza tau psycopath dengan pedophile. Psycopath nie adalah sejenis personality disorder which is termasuk dalam masalah mental. Psychopath adalah sejenis mental problem yang boleh di kata amat susah nak di kesan di kalangan kita kerana mereka umpama monster yang berada di dalam manusia yang bermuka baik. Dan lebih-lebih lagi, mereka biasanya terdiri dari orang yang mempunya otak yang amat bijak. Korang jangan tuding aku. Aku tak bijak.

Korang baca story nie.

.:BAYI BERUMUR SEBULAN PATAH SEMUA TULANG BERJUANG UNTUK HIDUP:.

Britain:Seorang bayi dirogol and dipukul sangat teruk sampai almost causing his heart to stop beating. Facebooker semua dok busy preparing for a vigil dekat ngan rumah baby tue,which dorang consider sebagai kes child abuse yang paling teruk dalam sejarah Britain. Injuries baby tue teruk sangat including patah lengan,broken collarbone and luka-luka yang severe gila.

Lokasi kejadian.


 Ada juga yang cakap ada sexual attack and luka-luka kat bahagian kemaluan which leads to RAPE. Sorang lelaki and sorang pompuan dari Gravesend, Kent ditahan dan dijangka bertanggungjawab dengan kejadian tersebut. 

Satu group Facebook bernama,"Jail the scum who raped and beat a one-month-old baby in Gravesend",ada buat panggilan kepada parents baby tersebut untuk maklumat details 'cause dorang bengang gila dengan apa yag berlaku.

Ada dorang post,"These people need to be locked up not given bail. They are scum." Bagi aku,totally scum,yer la dorang dibebaskan dengan jaminan polis. What the heck?

Tempat rawatan first.


Baby tue dalam keadaan yang kritikal sewaktu dorang bawak dia pergi hospital terdekat Khamis lepas. Tapi semalam,dia ada tunjuk tanda-tanda improvement selepas dorang tranferred dia pergi London Hospital. Polis pun dah pergi wat siasatan kat rumah kejadian kat Gravesend.

Ok,for me,this is syaitanness gila. Pedophile and penderaan. Nak yang lebih awesome,baca nie.

********************************************


 TANGKAK: Dia pandai agama hingga dilantik menjadi guru mengajar al-Quran, malah turut diamanahkan sebagai imam.

Malangnya, di sebalik sifat warak itu, ustaz berkenaan rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia apabila disyaki mencabul lapan murid kelas agama di sebuah sekolah dekat Taman Lagenda di sini. 

Lelaki berusia 30-an itu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan kelas membaca al-Quran di sebuah sekolah rendah berhampiran taman berkenaan dan mangsa kerakusan nafsu syahwatnya adalah kanak-kanak berusia 10 tahun iaitu murid tahun empat di sekolah rendah berkenaan.  

Tembelang ustaz syaitan yang dikatakan meraba buah dada dan kemaluan anak murid ketika mengajar al-Quran itu akhirnya pecah apabila seorang bapa mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku terhadap anak perempuannya yang lewat pulang dari sekolah, kelmarin.  

Bapa seorang daripada lapan mangsa, berkata apabila ditanya mengenai kelewatan murid itu pulang ke rumah, anaknya hanya menjadikan alasan terpaksa berjumpa dengan guru kaunseling kerana didenda akibat tidak menghantar kerja sekolah.  

“Selepas didesak beberapa kali, barulah dia menceritakan hal sebenar. Terkejut saya apabila dimaklumkan dia antara lapan rakannya yang sering diraba ustaz ketika belajar mengaji di sekolah.  

Jangan cuba sebelum kawen.

“Saya marah kerana ustaz sepatutnya mendidik ilmu agama tergamak menjadikan anak didiknya alat untuk melampiaskan nafsunya,” kata bapa berusia 41 tahun itu ketika mendapatkan pemeriksaan anaknya di Hospital Tangkak di sini, semalam.  

Bapa berkenaan melahirkan kekesalannya terhadap pendidik yang disifatkan sebagai sukar dipercayai tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan pada masa sama mengajar anaknya membaca al-Quran.  

Difahamkan, ustaz itu sudah mengajar lebih dua tahun di sekolah itu dan bapa berkenaan bimbang lebih ramai murid yang menjadi mangsa lelaki itu sebelum ini.  

“Menurut cerita anak saya, ustaz itu akan mengusap badan anak saya setiap kali duduk bersebelahan, malah ada di antara murid yang diramas buah dada dan disentuh kemaluannya setiap kali kelas itu berlangsung pada setiap Isnin,” katanya.  

Ibu seorang lagi mangsa, berkata dia mula menyedari perubahan sikap anak bongsunya itu sejak minggu lalu lagi apabila dia sering tidak mahu pergi ke sekolah dengan menjadikan alasan sakit perut dan demam.  

Tetapi apabila mangsa dibawa ke klinik, doktor mengesahkan anaknya itu tidak sakit seperti didakwanya.  

“Apabila sebut saja pasal sekolah dia terus menangis seakan-akan terdapat sesuatu perkara yang ditakutkannya.  

“Selepas didesak beberapa kali akhirnya dia mengaku menjadi mangsa raba ustaz itu sejak awal sesi persekolahan tahun ini,” katanya.  

Wanita itu turut kesal tindakan pihak sekolah yang enggan memberi kerjasama, malah menangguhkan pertemuan ibu bapa bersama lelaki terbabit.  

Sehubungan itu, dia bersama tujuh lagi ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sagil supaya tindakan segera boleh diambil. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kes terbabit masih lagi dalam siasatan. 

See? Alimness pun bukan jadi penghalang. Ustaz pun kalah dengan nafsu. So,jagalah ustaz korang.
*************************************************

So,aku ada buat research. Cari-cari la sket pasal punca-punca semua nie.

Sebab-sebab yang seseorang itu berkemungkinan dan berpotensi untuk menjadi pengidap pidophilia.
  • Di dera semasa kecil.
  • Hubungan dengan parents semasa zaman kanak-kanak
  • Some kajian menunjukkan yang pengidap pedophilia ni tertarik dengan kanak-kanak sebab psycologinya tidak berkembang. Masa umur 13 tahun, suka budak umur 12 tahun. But then, masa dia umur 18 tahun, still suka budak yang umur 12 tahun. Something like that.
  • Ingin kan so-called-kuasa. Contohnya kes rogol. Ada certain kes, perogol bersiri bukan tak handsome dan tak mampu cari perempuan untuk check in hotel. Tetapi dia suka merogol. Mostly, dia yang suka bila tengok perempuan sakit dan melawan tapi tak mampu buat apa-apa. Hardcore punya style.
Tapi kan, kalau nak di ikutkan, ada tau 'pedophilia' jenis 'tak underage'. kalau ikut law, pedophilia biasanya orang kata 'Tertarik dari segi seksual terhadap kanak-kanak yang umurnya bawah 14-16 tahun (atau sebelum baligh). Tapi kan, aku rasa belas-belas tu adalah angka je. Andai kata kalau lelaki tu umur 45 tahun. Then dia tertarik dengan awek berumur 14 tahun, then it will be super scarier kan? But since lelaki umur 45 tu kebanyakkan dah kaya. Rasanya perempuan lagi suka ye tak? Apa barang bagi gula-gula. Bagi duit lah baru boleh tutup mulut ye tak? Maklum lah. Banyak duit, masa depan pun terjamin. Realistik. Kan? 



These babies perlukan perhatian.


Kalau tak silap aku, dalam psykologi, pedo ni di kira mental illness. Tapi yea ke? Kalau pedo tu mental illness, kenapa gay bukan tergolong dalam mental illness? Ada budak yang ambil law dan belajar psokologi tahu pasal ni?


Oh, oh. Memandangkan korang yang baca blog aku ni ramai perempuan. Meh sini aku nak kasi sikit hadiah.



اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

Dalam sebutan rumi :
Allahumma In Kunta Ta'lamu Unni Aamantu Bika, Wa Birasulika Wa Ahsontu Firji Illa 'Ala Zawji Fala Tusallit 'Alayya Al-Kafir Wa Az-Zalim.

Ertinya :
Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Doa khas untuk kaum perempuan. Bagus untuk mencegah dari di rogol dan yang seangkatan dengannya.

Semakin muda kanak-kanak tu, semakin mahal lah harganya. Especially girls. So,jagalah diri wahai kaum Hawa. Aku sayang korang. Haha.
p/s: Nak tukar phone baru. Tapi poket dah rabak.

0 comments:

Post a Comment