rejection (buka otak)

Assalamualaikum,


 
Well,pernah dengar peribahasa 'bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor'? Aku tanya nie? Pernah tak? Tak kisah la,memang cari dalam majalah Playboy sekolah memang la tak jumpa. Cuba cover mannner tue sikit.*pointing to ladies*

Khabarnya peribahasa-yang-tak-diapprovekan-oleh-kerajaan nie selalunya wujud bila berlaku rejection,clash or some kind of break-up. Digunakan dan digemparkan untuk men-coverkan kesedihan dan kemaluan di hati mereka. Tapi semua orang tahu yang orang yang baru break-up sedang bersedih sebab kena reject.

Aku sebenarnya tak berapa gemarkan peribahasa bunga bukan sekuntum tersebut. Sebabnya, ia menunjukkan seolah-olah cinta itu boleh datang pada masa yang kita tentukan tanpa kita sedari bahawa ia bukan cinta, tetapi nafsu. Nafsu terhadap mana-mana perempuan yang ada didepan mata. Nafsu terhadap perempuan cantik dan comel. Comel macam followers aku. Well, orang yang mencipta peribahahasa ni seolah-oleh mengatakan bahawa ada banyak gadis dan jejaka di dunia ini yang boleh kita pilih dengan senang lenang padahal hendak mencari cinta sejati amatlah susah. So,tanpa segan silunya aku berani mengatakan bahawa orang yang cipta peribahasa ni mesti tak romantic macam aku.*jangan salahkan parents aku*

Ok,kita study lagu Grenade-Bruno Mars kejap. Pernah dengar? Well,ada satu phrase.


Is I'd catch a grenade for ya,throw my hand on a blade for ya,
I'd jump in front of a train for ya,
You know I'd do anything for ya,
Oh-oh I'd go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes I would die for ya baby, but you won't do the same.

Si GF tue dah bagi signal yang dia dah tak suka kat korang tapi korang dok merayu meroyan macam orang hilang kasih sayang. Nagngis tiap-tiap malam,makan tak basah,mandi tak kenyang. Yang paling teruk,ada yang bunuh diri. Stupid lame love story. Kau tue looser sangat,GF tue dah tak nak kat kau dah,kau dok kejar dia per lagi? Awat? Tak leh terima hakikat?

"Kau nak tau tak? Aku tangkap bomb untuk kau!"
"Aku buat tangan aku kena potong-potong semua nie untuk kau!"
"Aku terjun atas landasan kereta api,train  lenyek aku semata-mata untuk kau!"
"Aku buat semua untuk kau!"

Tapi,kalau pikir-pikir balik,GF korang tue dok rilek jer kat rumah. Tak da sapa pun dok kacau baling bomb ker apa ker kat dia. Korang berkorban or korang BODOH? Korang perati pulak lirik lagu nie. Berdua bersama-Fourteen.
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Kononnya yang si BF nie sanggup buat apa sahaja untuk GF dia though dia sendiri,BF,yang kena dump. Macam aku cakap tadi la,ada beza PENGORBANAN dan KEBODOHAN.  Seriously.


Apa yang aku nak nyatakan disini, lelaki dan reject adalah dua benda yang berkait rapat. Umpama aur dan tebing, umpama mee segara dan Maggie, serta umpama Siti Nurhaliza dan Dato` K (Keemi). Well, semua jejaka pernah direject. Normal lah tu kan? Tapi aku terkecuali dalam hal ni.*don't judge me,ladies*

Let's pray and cuba renung kembali. Kita obses dengan cinta dunia,MANUSIA. Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.
 Ya Allah, jadikanlah diri kami mencintai keimanan dan hiaskanlah iman itu (jadikanlah iman itu indah) dalam hati kami. Jadikanlah diri kami membenci kekufuran, fasiq dan maksiat serta jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.




p/s: Vampires Suck sangat best.

0 comments:

Post a Comment