Kawen (ciri-ciri)

Assalamualaikum,



Tadi, aku main PES. Kalah. Bila kalah, stress. Stress macam baru putus cinta. HAHA. Bila stress, aku mandi. Aku suka mandi. 

Bila difikir-fikirkan balik, aku baru perasan yang ada tiga tempat yang mampu buat aku tenang untuk berfikir which is, ketika mandi, atas tikar sejadah dan sebelum tidur. Tapi, aku paling banyak buat keputusan dan berfikir ketika masa tengah mandi.

Sebab, bila mandi, air yang mencurah-curah dari atas kepala hinggalah kaki itu akan membuatkan aku rasa tenang gila. Then, masa tengah feeling layan perasaan tenang tu, aku teringatkan soalan aku yang berbunyi:
 "Keemi,kau tak suka perempuan jenis apa erk?*gelak-gelak manja*"
So,aku pun surf dan search then dapat la seket-seket info yang berkaitan. So,aku listkan di bawah nie haa. Tapi more tue pilihan yang jangan dibuat isteri.

**************************************
Yang pertama,
PEREMPUAN YANG MEMBANYAKKAN KELUH KESAH
iaitu yang sentiasa tak cukup apa saja yang diberikan. Bagi kereta tak cukup,bagi motor tak cukup,bagi rumah tak cukup.

Yang kedua,
PEREMPUAN YANG BANYAK MENGUNGKIT KEPADA SUAMINYA
Aku perasan suatu benda yang kaum hawa suka sangat guna ia itu konsep 'Yu are my only one" atau "Yu adalah future husband ai" atau "Sampai bila-bila pun ai hanya ada yu". Perlukah aku ingatkan pepatah "Sedangkan orang kahwin pun boleh cerai, inikan pula couple"?. So sebelum buat sex tu fikirlah, kau dan lelaki tu bila-bila masa boleh putus. Then bila dah putus tu faham-faham lah. Sebab tak ada siapa tahu samaada kau dan dia betul-betul jodoh atau tak sehinggalah kahwin. And apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal dara atau tak, tapi pasal seks. Pernah kawan aku menyatakan yang "Boys = Love for sex" dan "Girls = Sex for love". And bila keadaan seperti di atas berlaku, you are nothing more than rubbish.

Come on girls. Bila keadaan dah jadi cam ni, jangan dok salahkan lelaki dan pls lah stand up for yourself. Dont be overstupid. Bila lelaki cakap "Apasalahnya kita main, nanti ai akan jadi suami yu juga", sila lah lawan. Hentam lah apa-apa pun sebagai jawapan. Hentam je sebagaimana korang hentam di dalam exam. Macam tak biasa pula.



Yang ketiga,
PEREMPUAN YANG INGINKAN SUAMI LAIN
iaitu yang tertarik dengan laki-laki yang lain. Apa pun, senang cerita kalau kita google dengan keyword "Suami orang", mesti akan bersangkut paut dengan "perempuan suka kacau suami orang". Tak percaya, boleh search sendiri. So, the issue is; WHY? Kenapa banyak sangat isu orang ke-3 dalam rumah tangga?

Adakah perempuan yang salah sebab kacau suami orang? Ataupun lelaki yang salah sebab dah kahwin, tapi still nak menggatal?


Yang keempat,
PEREMPUAN YANG GEMAR AKAN TIAP SESUATU MAKA DIA PAKSA SUAMINYA UNTUK PENUHI

Yang kelima,
PEREMPUAN YANG SETIAP HARI SEBUK BERSOLEK-SOLEK TANPA MEMPEDULIKAN AMALAN-AMALAN YANG LAIN (IBADAH)
So, kalau anda mengharapkan suami or boyfriend(s) yang baik, pastikan anda tak menarik lelaki dengan pemakaian yang seksi. Lagi pun, anda tentu tak suka kan lelaki yang kahwin dengan anda semata-mata kerana seks, kan? Kalau boyfriend(s) yang couple dengan anda semata-mata demi seks lagi teruk. Confirm touch-n-go. Bersanggul pulak? Pada pendapat aku lah kan yang bukan pakar agama ni, kalau sanggul yang dari rambut biasa adalah tak haram melainkan kalau dah tinggi gila. Nak-nak kalau ianya adalah sanggul palsu, memang haram seperti menyambung rambut.

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. Hadith riwayat Muslim

Aku tak berapa pasti apa yang di maksudkan dengan bonggol unta. Adakah yang bermaksud memakai sanggul palsu yang tinggi yang di pakai oleh Wardina yang kat Tv3 tu atau dengan bahasa mudah sanggul rambut yang di tengah kepala? Ya mungkin macam tu. Sebab aku tak pernah pula baca mana-mana article cakap bersanggul (rendah) adalah haram. Sebab kalau seseorang tu nak berambut panjang, tak akan tak perlu pakai anak tudung? Kebanyakkan perempuan bersanggul adalah kerana rambut mereka panjang. Dan dalam mazhab, memakai sanggul adalah di bolehkan (not sure harus atau apa-apa) jika di izinkan oleh suami.



Yang keenam,
PEREMPUAN YANG BANYAK CAKAP
berleter jer siang hari pagi petang siang malam. Aku tak faham kenapa perempuan banyak komplen bila lelaki tak suka basuh baju. Bukannya busuk pun. Lelaki ni wangi-wangi tau. Tak macam perempuan. Sebab tu la perempuan pagi-pagi sebelum pergi ke kelas wajib mandi. Lelaki? Relax je tak mandi pergi kelas. Sebab wangi dah. Perempuan apa tau? Tau complain je.

Perempuan ni  banyak komplain sebenarnya. Contonya di alam perkahwinan. Banyak betul perempuan complain pasal kerja rumah terutama pada perempuan yang bekerja. Orang suruh duduk rumah, sibuk nak pi kerja.


Okay masuk balik bab basuh baju tadi. You all tak ke rasa kalau lelaki basuh baju setiap hari, akan menyusahkan korang? Dah lah membazir air. Air tu anugerah Tuhan, tak elok di bazir-bazirkan. Lagi pun, membazir tu kan amalan syaitan. Tak baik tau...

****************************** 

NIE PULAK 3 CIRI-CIRI YANG TAK BAEK BUAT SUAMI TAPI BAEK BUAT ISTERI

Yang pertama,
KEDEKUT
suami kedekut tak elok,isteri kedekut bagus. Dia (isteri) pergi supermarket bawak 2 Ringgit jer. Kedekut betoi,2 Ringgit jer bawak. Selamat duet suami dia. Tapi kalau suami kedekut,sangat tak elok. 

"Abang,kopi dah habeh!"
"Hang pi tarah la kuali ker apa ker,janji boleh buat kopi. Janji nampak air tue kaler hitam kira kopi la!"

"Abang,anak kita tak ada duet nak pegi sekolah!"
"Haa,kalau camtue jangan hantar pi sekolah. Dah tak der duet kan?"

Ingat,suami kalau kedekut huduh sangat. Isteri kalau kedekut selamat. 



Yang kedua,
MEMBESARKAN DIRI
suami kalau sombong,bongkak and besar diri sangat-sangat tak elok. Balik kampung tak nak bercampur dengan ipar duai. SOMBONG. Balik kampung tak nak tidur rumah mentua,rumah mak. Yer la,SOMBONG. Orang lelaki kalau sombong memang tak elok. Tetapi kalau perempuan sombong,BAGUS. Orang mengurat tak layan. Dia tahu dia dah ada suami. Orang phewitt sebatu dia tetap tak layan. 

"Hai,sorang saja?"
"Ikut suka aku la sorang ker dua ker! Kamu mengurat aku,aku report laki aku!"
"Sombongnya!"
"Mestilah,aku isteri orang!"

Seriously,selamat. Sombong sangat,orang mengurat tak layan. Inilah yang dikatakan dengan sombong. Bukan sombong dia berlagak,tapi dia just tak layan. Satu situation lagi,PHONE CALL.

"Assalamualaikum."
"Wa'alaikumsalam."
"Kak Leha,Abang Din ada?"
"Abang Din tak der. Dia gi masjid dengar ceramah. Ada apa-apa pesan?"
"Tak da apa. saja nak ajak dia makan. Nak tengok Kedah lawan Liverpool nie haa."
"Minta maaf. Dia tak der yea. Assalamualaikum."

This is what we call SOMBONG. Yang tak maunya cam nie.

"Assalamualaikum."
"Wa'alaikumsalam."
"Kak Leha!"
"Yea,Nordin ker?*gelak-gelak manja*"
"Abang Din ada Kak Leha?"
"Takdeeeeee.*ketawa manja pulak*"
Then,terus jadi sexcall..dan seterusnya.

Haa,cam nie yang kita tak nak. Jangan buat cam nie.



Yang ketiga,
PENAKUT
suami kalau penakut huduh sangat. Nak pegi bilik air pun suruh isteri temankan. Huduh tak?

"Pah,teman abang ke dapur. Dahaga."

Kesian dekat isteri. Takut punya pasal. Sanggup kejutkan isteri. Tapi kalau isteri penakut,bagus sangat. 

"Kenapa Pah tak pergi pasar malam? Beli apam balik."
"Eii,Pah tak nak la Abang. Takut. Pendatang tanpa izin ramai. Pah tak berani."

See? Selamat suami dapat isteri yang penakut macam tue. 



Please, untuk certain people, jodoh tak akan datang bergolek. Macam rezeki juga lah. Kadang-kadang, ada orang dilahirkan kaya, dan ada yang dilahirkan miskin. Ada yang kena berusaha untuk dapatkan rezeki. Dan ada yang abis belajar je, terus sambung business keluarga. Jodoh dan rezeki tu kerja Tuhan. Kalau korang kerja keras untuk dapatkan rezeki, then, why the hell korang rasa yang korang boleh relax-relax goyang kaki tunggu jodoh datang bergolek?


p/s: Aku lapar and lapar. Haishh..

0 comments:

Post a Comment