Assalamualaikum,
Beberapa bulan lepas (bulan terakhir sebelum cuti sekolah), aku gerak dari Langkawi menuju ke Pokok Sena tempat dimana aku belajar sekarang. Naik bas la semestinya. Bertolak dari pukul 12 tengah hari then sampai ke Pekan Rabu dalam 3.15 petang. Hanya 3 jam perjalanan. Dalam perjalanan yang singkat tu, macam-macam aku nampak. Aku nampak macam mana seorang nenek tua yang pada waktu tengah tengah hari buta sibuk bekerja mengutip tin-tin di tepi jalan. Aku nampak pekerja Bandaran mengangkat sampah dan memasukkan ke dalam lorinya. Aku nampak macam mana pemandu teksi bersekang mata mencari pelanggan tanpa kenal rasa mengantuk. Aku nampak macam mana seorang pemuda 20-an cuba mengurat dan bermain mata dengan gadis -gadis Alor Star. Aku nampak macam mana kehidupan tanpa arah tujuan macam itu.
Tiba-tiba,aku tertanya-tanya, apa yang akan aku jadi bila aku keluar dari university . Adakah aku akan menganggur seperti kebanyakkan? Bekerja di kilang-kilang yang tak pernah aku fikirkan. Merempat di tepi jalan sambil mencari kerja-kerja kosong yang langsung tak berkait dengan apa yang aku belajar? Atau membuka kedai burger di tepi jalan tanpa sebarang pengalaman yang aku ada? Aku bukan pandang rendah pada pekerjaan yang aku nyatakan. Just aku terfikir, berbaloi ke aku belajar jauh-jauh, tinggi-tinggi dan susah-susah jika hanya mendapat kerja seperti itu. Mungkin ya, dan mungkin tidak.
Liku-liku dan perjalanan hidup membuktikan, menara gading itu (kadang-kadang) tidak ada gunanya dalam hidup. Rezeki itu ada di mana-mana. Pilihlah jalan terbaik yang patut dipilih semua anak-anak Malaysia zaman sekarang.
Anyway kan,KALAU BERPELUANG,BETUL KER NAK KEMBAI KE MASA SILAM?
Ramai orang kata yang mereka nak balik ke zaman kanak-kanak. Zaman sekolah rendah. Zaman untuk berseronok. Aku pun macam tu. Tapi, bila di fikirkan dengan lagi mendalam, orang lebih prefer untuk jawab:
"Aku nak balik ke zaman selepas SPM. Sebab zaman tu lah dimana hala tuju hidup korang bermula".
Faham tak maksud quote tue?Faham kan? Haha.
p/s: Aku tak habis SPM lagi tapi dah mula bersemangat.
0 comments:
Post a Comment