Assalamualaikum
How's your life? I bet yang yours is way much better than mine. Kan? Well, sekarang ni adalah pukul 3 pagi. Aku suka angka 3. Aku pun tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab dulu-dulu aku selalu tunggu pukul 3 pagi untuk tidur. Kat luar hujan renyai-renyai. Walaupun tak ada bau hujan, malam ni aku still rasa tenang, relax dan nyaman. My favourite atmosphere.
Okay fine,let's stop this crap dan terus direct to the point. Kali ni, aku nak cakap sikit kenapa orang selalu kata yang;
"Keemi,awat hang sombong?"
Actually, ini adalah entri nak cerita bab-bab berkaitan sombong. Dan entri ni bukan entri antara agama Islam dan agama lain. Ini adalah entri lebih kepada perihal Islam sesama Islam yang menuduh masing-masing sombong, jumud dan sempit. The issue is, why korang sombong? Dan tak terkecuali kenapa ada dikatakan seseorang itu mengamalkan sikap sombong hanya bila dia tak balas text message?
****
"Sesungguhnya,Allah benci akan orang yang sombong dan bermegah-megah."
Jadi jangan sombong. Simple kan? Senyum saja ok. Baik dengan orang. Jangan dok perasan kita hebat sangat,hebat sana hebat sini. Kadang-kadang kita pakai tie pun kita rasa hebat dah. Padahal pakai tie pukul 1 tengah hari. Tak berapa cerdik la nie. Orang pun nak tergelak tengok. Sampai berpeluh-peluh,dengan blazer full set tengah-tengah hari. Control handsome. Apa sangat la kan? Tak payah sombong-sombong.
Kadang-kadang kita sombong dengan keturunan.
"Saya nie keturunan Raja Bersiung.""Ooooohh*sambil mengangguk,muka memerli*."
So,Ustaz K (Keemi),kalau kita jumpa orang sombong,bagaimana kita nak handle?
Maka dengan orang yang sombong,kita boleh sombong balik. And hukumnya SUNAT. Dia sombong then kita boleh rendahkan sombong dia dengan sombong balik dengan dia.
"Anak aku Alhamdulillah la dapat 9 A's. Tue tak sangka la tue. Cikgu pun tak kata dia boleh dapat 9 A's. Dapat-dapat jer,cikgu terdiam! Lagipun,nama dia pun tak da dalam senarai calon-calon expected. Cikgu tak suspect pun.""Anak hang jahat ker dok suspect tue?""Tidak la. Maksud aku cikgu tak agak pun. Bukan suspect. Suspect tue laen. Tue dapat cikgu terus diam. Baru dorang tau!"
So,orang macam nie kena sombong balik ngan dia.
"Anak hang dapat berapa A?""9 A's.*senyum bangga,angkat kening*""Anak aku dapat 18 A's!"
Nie la yang aku maksudkan. Kita potong cakap dia balik.
"*Dia tanya balik*Ada ker PMR 18 A's?""Ehh ada. Nie sekolah International."
Pastue,diam punya. Kengkadang kita kalau tak da keja suka lepak petang-petang buka cerita.
"Anak aku yang no. 2 tue buat gila pulak! Beli keter besar. Kira jalan kat kampung nie muat ker tak,tak tau la. Keter besar sangat. Aku dah kata toksah dok beli,beli keter kecik sudah la,dok beli jugak yang besar-besar. Nie tak,dok kira dia jer. Tibai Alphard sebijik.""Alhamdulillah la anak hang ada rezeki. Kelmarin anak aku yang no. 3 telepon kata dia beli helikopter pulak. Jadi nak landing kat mana pulak tak tau la. Dok pikir aku semalaman. Jumpa guru besar sekolah la jawabnya. Landing kat padang sekolah."
Confirm memang tak sebuat dah Alphard ker,Gallardo ker then terus shut down balik rumah tutup pintu. So,orang yang sombong macam nie kita boleh sombong balik supaya dia tak cerita dah kesombongan dia. Kadang-kadang orang suka tambah-tambah cerita nak bagi hebat.
"Semalam aku masuk hutan. Ya Allah,aku jumpa ular besar. Tegak pandang aku. Berdiri sama paras dengan kepala aku.""Pastue hang buat apa?""Aku baca-baca ludah-ludah seket terus lari*angkat kening*.""*rolling-eyes*"
See? Dok cerita bohong tue. Dah la bohong,nada sombong pulak tue. Kita yang dengar nie letih telinga. Kita over-take cakap dia. Tue jer cara yang berkesan.
*sambungan kisah ular tadi*"Dulu aku jumpa ular atas jalan. Tak tau kepala yang mana,ekor yang mana! Besar sungguh. Dok melintas jalan tue. Hang kira dekat 10 minit gak aku tunggu. Besar tue tak tau la tunggu dia habis melintas.""Ye ker?*muka tak puas hati,nada perli*""Ye la! Sampai aku tak tau kepala yang mana,ekor yang mana. Tunggu lama. Macam tunggu keretapi lalu kita nak lintas."
Paham kan? So,orang macam nie kena ajar dengan kesombongan. Baru la dia rendah diri balik. Kalau kita dok tambah apa yang dia cakap,lagi haru-biru la.
"Yer la,anak hang kaya. Tue yang boleh beli Alphard 10 bijik.""Haa,memang!*angkat kening,peluk tubuh,muka tengok atas"
See? Lagi dia jadi naek kepala sombong.
"Tue anak aku dok bagi sebulan RM800. Aku dok kata tak payah dok bagi. Dia pun tak cukup. Tapi,ehmm,dok bagi macam tue la sampai sekarang!*bawak kuar tunjuk buku bank,jari dok tunjuk total tapi muka pandang atas sambil angkat kening"
Eiii! Geram dengar kan? Orang macam nie,kita potong jer apa yang dia cakap. Ok! Kita hendaklah menjadi TAWADHU'. Lawan kepada SOMBONG ialah TAWADHU'. Berjalan meninggi diri lawan dia adalah WARAK. Warak maknanya mengelakkan diri dari berbuat jahat. Tawadhu' means merendah diri. Orang kita dok paham warak nie jalan tunduk jer. Naek motor pun tengok meter jer *semangat lesen L*. Tak tengok depan dah. Dok tengok meter. Yer la,warak. Haeh! Bengong! Sedar-sedar kena langgar lori kat depan. Jangan kita paham warak nie jalan tunduk ke bawah jer. Tak der tengok-tengok depan. Straight jer tengok bawah. Tah-tah kat depan ada cermin. Gedegang langgar! Awat langgar cermin? WARAK. Tue tak sehat la. Warak means tak buat and tak mengekalkan dosa. Tawadhu' pulak merendahkan diri.
"Cantik kereta!""Allah,kereta bank jer. 3 bulan tak bayar tue.Esok-esok kena tarik la tue."
"Besar rumah!""Menyesal buat rumah besar-besar. Bukan naek pun tingkat atas. Burung jer berak."
See? This is what Ustaz K kata tawadhu'.
"Cantik anak kamu tue!""Cantik la pakai bedak. Cuba tak pakai bedak!"
So,sama la,kita potong cakap. Tapi,dengan cara bertawadhu'.
"Baguih la kamu dapat jawatan!""Baguih kamu kata? Besok di akhirat aku kena soal dengan jawatan nie tau!"
Boleh nampakkan pro and con?
"Bagus la kamu nie belajar tinggi,ilmu bagus!""Apa sangat ilmu saya nie,pak cik. Ilmu saya nie pun orang bagi. Orang ajarkan pulak tue. Kalau orang tak ajar,saya nothing jer,pak cik."
"Sedap suara kamu,Kimi Kardashian!""Allah,pinjaman Tuhan. Bila-bila masa jer Allah boleh hilangkan suara,pak cik."
So,cam nie la cara nak bagi hilangkan sombong dalam diri kita.
"Keturunan kamu bagus la!""Keturunan jer bagus,saya nie belum tentu bagus."
Guys and girls,waktu lepak-lepak,cuba cakap cam dialog kat atas nie. Kan elok.
"Sedap suara kamu,Kimi Kardashian-Yang-Fake!""Itu baru sikit. Tue baru tarik intro jer. Kalau tarik vocal lagi sedap,pak cik!"
Subhanallah. Tue yang dok jadi sombong kat dunia nie.
"Ilmu kamu banyak. Bagus saya tengok!""Tue baru sikit. Saya tak habis tunjuk lagi. Banyak lagi ilmu nie."
Yang nie la yang ada dalam diri kita. Sombong. Bila orang puji jer,please,cepat-cepat potong cakap ok.
Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
BERUBAH definitely adalah perkara yang paling susah untuk dijayakan. Ianya tak mustahil. Ianya cuma rumit. Rumit bersama kegagalan yang tinggi. So, prepare yourself. And start praying, human.
p/s: Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
0 comments:
Post a Comment