Kedudukan kelas (Evolution 2012)

Assalamualaikum,



PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR EVOLUTION 0812 2011-2012. MAKLUMAT TERKINI YANG TELAH AKU DAPAT DARIPADA TEACHER MAIZURAH WHICH IS SENARAI NAMA PELAJAR KELAS 5P DAN 5S 2012.

SENARAI NAMA PELAJAR 5 PROACTIVE:

  1. FATINI SHAARI
  2. SITI NUR AMIRAH
  3. NOOR ADILAH SYAZWANI
  4. AUFA AMRI
  5. IZZAT IRFAN
  6. SITI NURAZWEEN
  7. NUR ARIFF
  8. HUSNA IZZATI
  9. NIK RAIHAN
  10. ALIF SOFI 
  11. NASHRUR FAIZI 
  12. IZHAM IZZAT
  13. ALIFF ASYRAFF
  14. ZARITH AZLIN
  15. IZZATI ROSIDI
  16. SARIFAH SALWA
  17. AHMAD SYUHAIL
  18. CHE T
  19. IZATUL AFNI
  20. HARRIS MAJDI
  21. NAFIZ NADZRI
  22. ALIA SAFFA
  23. ZAID SABIQ
  24. SYAHRIL ZAKARIA
  25. SITI KHODIJAH
  26. FARAH HANIM
  27. KHARUL AMIR
  28. NOOR AISYAH
  29. SITI AINI NABILAH
  30. AMIRAH MAHFUZAH

SENARAI PELAJAR KELAS 5 SMART:

  1. AHMAD NAIM NOOR
  2. SHAZRUL FIZRI
  3. ASYRAF AHMAD
  4. DANIAL FITRI
  5. ADAM AFIQ
  6. MOHD FAUZEE
  7. NUR AMIZA
  8. NABILA ALIYA
  9. HANANI MUNIR
  10. ANNAZATUL ZAIMAH
  11. AMALINA BASHIR
  12. HAZEEM HAKEEMI
  13. SYED
  14. SITI NABILAH
  15. SYAZWAN KASFUL
  16. AZHAR
  17. WAN PAU
  18. ZULKARNAIN
  19. AMIRUL HAKIM
  20. NUR NAJIHAH
  21. AUZAI'E
  22. NORNAZIHAH
  23. NUR NABILAH
  24. AMIN
  25. NAJIHAH HUSIN
  26. IZZUL FAIZ
  27. ASYROF WAJDI
  28. AMIRUL IRWAN
  29. NORSHUHADA ALI
  30. HARISFADHILAH

So,guys and girls,aku harap korang mampu buat perubahan next year. Exzeava dah buktikan. Capital E,Evolution pulak ok. Kalau ada perubahan,maybe tak banyak. Insya'allah.


p/s: What goes around,comes around.

Jangan sombong (Ustaz K)

Assalamualaikum



How's your life? I bet yang yours is way much better than mine. Kan? Well, sekarang ni adalah pukul 3 pagi. Aku suka angka 3. Aku pun tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab dulu-dulu aku selalu tunggu pukul 3 pagi untuk tidur. Kat luar hujan renyai-renyai. Walaupun tak ada bau hujan, malam ni aku still rasa tenang, relax dan nyaman. My favourite atmosphere.

Okay fine,let's stop this crap dan terus direct to the point. Kali ni, aku nak cakap sikit kenapa orang selalu kata yang;


"Keemi,awat hang sombong?"

Actually, ini adalah entri nak cerita bab-bab berkaitan sombong. Dan entri ni bukan entri antara agama Islam dan agama lain. Ini adalah entri lebih kepada perihal Islam sesama Islam yang menuduh masing-masing sombong, jumud dan sempit. The issue is, why korang sombong? Dan tak terkecuali kenapa ada dikatakan seseorang itu mengamalkan sikap sombong hanya bila dia tak balas text message?

****
"Sesungguhnya,Allah benci akan orang yang sombong dan bermegah-megah."

Jadi jangan sombong. Simple kan? Senyum saja ok. Baik dengan orang. Jangan dok perasan kita hebat sangat,hebat sana hebat sini. Kadang-kadang kita pakai tie pun kita rasa hebat dah. Padahal pakai tie pukul 1 tengah hari. Tak berapa cerdik la nie. Orang pun nak tergelak tengok. Sampai berpeluh-peluh,dengan blazer full set tengah-tengah hari. Control handsome. Apa sangat la kan? Tak payah sombong-sombong. 


Kadang-kadang kita sombong dengan keturunan. 

"Saya nie keturunan Raja Bersiung."
"Ooooohh*sambil mengangguk,muka memerli*."

So,Ustaz K (Keemi),kalau kita jumpa orang sombong,bagaimana kita nak handle?
Maka dengan orang yang sombong,kita boleh sombong balik. And hukumnya SUNAT. Dia sombong then kita boleh rendahkan sombong dia dengan sombong balik dengan dia. 

"Anak aku Alhamdulillah la dapat 9 A's. Tue tak sangka la tue. Cikgu pun tak kata dia boleh dapat 9 A's. Dapat-dapat jer,cikgu terdiam! Lagipun,nama dia pun tak da dalam senarai calon-calon expected. Cikgu tak suspect pun."
"Anak hang jahat ker dok suspect tue?"
"Tidak la. Maksud aku cikgu tak agak pun. Bukan suspect. Suspect tue laen. Tue dapat cikgu terus diam. Baru dorang tau!"

So,orang macam nie kena sombong balik ngan dia.

"Anak hang dapat berapa A?"
"9 A's.*senyum bangga,angkat kening*"
"Anak aku dapat 18 A's!"

Nie la yang aku maksudkan. Kita potong cakap dia balik. 

"*Dia tanya balik*Ada ker PMR 18 A's?"
"Ehh ada. Nie sekolah International."

Pastue,diam punya. Kengkadang kita kalau tak da keja suka lepak petang-petang buka cerita. 

"Anak aku yang no. 2 tue buat gila pulak! Beli keter besar. Kira jalan kat kampung nie muat ker tak,tak tau la. Keter besar sangat. Aku dah kata toksah dok beli,beli keter kecik sudah la,dok beli jugak yang besar-besar. Nie tak,dok kira dia jer. Tibai Alphard sebijik."
"Alhamdulillah la anak hang ada rezeki. Kelmarin anak aku yang no. 3 telepon kata dia beli helikopter pulak. Jadi nak landing kat mana pulak tak tau la. Dok pikir aku semalaman. Jumpa guru besar sekolah la jawabnya. Landing kat padang sekolah."




Confirm memang tak sebuat dah Alphard ker,Gallardo ker then terus shut down balik rumah tutup pintu. So,orang yang sombong macam nie kita boleh sombong balik supaya dia tak cerita dah kesombongan dia. Kadang-kadang orang suka tambah-tambah cerita nak bagi hebat. 

"Semalam aku masuk hutan. Ya Allah,aku jumpa ular besar. Tegak pandang aku. Berdiri sama paras dengan kepala aku."
"Pastue hang buat apa?"
"Aku baca-baca ludah-ludah seket terus lari*angkat kening*."
"*rolling-eyes*"

See? Dok cerita bohong tue. Dah la bohong,nada sombong pulak tue. Kita yang dengar nie letih telinga. Kita over-take cakap dia. Tue jer cara yang berkesan. 

*sambungan kisah ular tadi*
"Dulu aku jumpa ular atas jalan. Tak tau kepala yang mana,ekor yang mana! Besar sungguh. Dok melintas jalan tue. Hang kira dekat 10 minit gak aku tunggu. Besar tue tak tau la tunggu dia habis melintas."
"Ye ker?*muka tak puas hati,nada perli*"
"Ye la! Sampai aku tak tau kepala yang mana,ekor yang mana. Tunggu lama. Macam tunggu keretapi lalu kita nak lintas."

Paham kan? So,orang macam nie kena ajar dengan kesombongan. Baru la dia rendah diri balik. Kalau kita dok tambah apa yang dia cakap,lagi haru-biru la.

"Yer la,anak hang kaya. Tue yang boleh beli Alphard 10 bijik."
"Haa,memang!*angkat kening,peluk tubuh,muka tengok atas"

See? Lagi dia jadi naek kepala sombong. 

"Tue anak aku dok bagi sebulan RM800. Aku dok kata tak payah dok bagi. Dia pun tak cukup. Tapi,ehmm,dok bagi macam tue la sampai sekarang!*bawak kuar tunjuk buku bank,jari dok tunjuk total tapi muka pandang atas sambil angkat kening"


Eiii! Geram dengar kan? Orang macam nie,kita potong jer apa yang dia cakap. Ok! Kita hendaklah menjadi TAWADHU'. Lawan kepada SOMBONG ialah TAWADHU'. Berjalan meninggi diri lawan dia adalah WARAK. Warak maknanya mengelakkan diri dari berbuat jahat. Tawadhu' means merendah diri. Orang kita dok paham warak nie jalan tunduk jer. Naek motor pun tengok meter jer *semangat lesen L*. Tak tengok depan dah. Dok tengok meter. Yer la,warak. Haeh! Bengong! Sedar-sedar kena langgar lori kat depan. Jangan kita paham warak nie jalan tunduk ke bawah jer. Tak der tengok-tengok depan. Straight jer tengok bawah. Tah-tah kat depan ada cermin. Gedegang langgar! Awat langgar cermin? WARAK. Tue tak sehat la. Warak means tak buat and tak mengekalkan dosa. Tawadhu' pulak merendahkan diri. 

"Cantik kereta!"
"Allah,kereta bank jer. 3 bulan tak bayar tue.Esok-esok kena tarik la tue."
"Besar rumah!"
"Menyesal buat rumah besar-besar. Bukan naek pun tingkat atas. Burung jer berak."

See? This is what Ustaz K kata tawadhu'. 

"Cantik anak kamu tue!"
"Cantik la pakai bedak. Cuba tak pakai bedak!"

So,sama la,kita potong cakap. Tapi,dengan cara bertawadhu'. 

"Baguih la kamu dapat jawatan!"
"Baguih kamu kata? Besok di akhirat aku kena soal dengan jawatan nie tau!"

Boleh nampakkan pro and con? 

"Bagus la kamu nie belajar tinggi,ilmu bagus!"
"Apa sangat ilmu saya nie,pak cik. Ilmu saya nie pun orang bagi. Orang ajarkan pulak tue. Kalau orang tak ajar,saya nothing jer,pak cik."

"Sedap suara kamu,Kimi Kardashian!"
"Allah,pinjaman Tuhan. Bila-bila masa jer Allah boleh hilangkan suara,pak cik."

So,cam nie la cara nak bagi hilangkan sombong dalam diri kita. 

"Keturunan kamu bagus la!"
"Keturunan jer bagus,saya nie belum tentu bagus."

Guys and girls,waktu lepak-lepak,cuba cakap cam dialog kat atas nie. Kan elok.

"Sedap suara kamu,Kimi Kardashian-Yang-Fake!"
"Itu baru sikit. Tue baru tarik intro  jer. Kalau tarik vocal lagi sedap,pak cik!"

Subhanallah. Tue yang dok jadi sombong kat dunia nie.

"Ilmu kamu banyak. Bagus saya tengok!"
"Tue baru sikit. Saya tak habis tunjuk lagi. Banyak lagi ilmu nie."

Yang nie la yang ada dalam diri kita. Sombong. Bila orang puji jer,please,cepat-cepat potong cakap ok.

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”


BERUBAH definitely adalah perkara yang paling susah untuk dijayakan. Ianya tak mustahil. Ianya cuma rumit. Rumit bersama kegagalan yang tinggi. So, prepare yourself. And start praying, human. 




p/s: Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

fahaman cinta (sebenarnya)

Assalamualaikum,



Orang selalu bertanya,APA ITU CINTA? Bagi aku,aku akan jawab-CINTA ITU DUA HATI JADI SATU-. Maksudnya,dua orang hatinya satu. Itulah namanya cinta. Cinta nie sapa-sapa pun boleh. Orang tua pun ada perasaan cinta. Sebab tue kita tak heran perempuan umur 107 tahun kawen. Laki-laki 84 tahun pun kawen lagi. Ini semua sebab cinta. 

Jadi,rasa cinta nie sentiasa wujud. Nie bila kita nak halang cinta memang payah la. Sebenarnya,kita kena bimbing cinta tue untuk jadi baek. Sebab tue bila orang tanya kat aku,-CINTA TUE MAKNANYA DUA HATI JADI SATU-. Sebab tue cinta tue mesti bersih. Cinta tue mesti murni. Cinta tue jangan dicemari dengan perbuatan cemar dan dosa. 

Cinta itu berakhir dengan perkahwinan yang baek. TETAPI,cinta juga sebenarnya juga tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. 

"Pah,Abang sayang pada kamu. Abang cinta pada kamu. Tetapi Pah,Abang nak bagitau pada kamu,mak Abang tak suka pada kamu."
"Sebab apa Abang?"
"Entahla,mungkin kamu tak reti masak tomyam. Sebab tue mak Abang tak suka. Mak Abang menentang habis-habisan. Abang dah baca Ya'asin,Abang dah solat Hajat,Abang dah cakap leklok. Abang nak kawen jugak dengan kamu. Tapi,mak bantah jugak. Abang takut kalau kita kawen nanti kamu kena seksa dengan mak,kamu kena pulau dengan mak,kamu jadi menantu yang mak tak suka,hidup kamu tension,silap-silap kena sakit jantung and darah tinggi pulak. Dengan sebab Abang cinta pada kamu,Abang tak nak kamu hidup susah. Tak jadi la kita kawen,Pah!"

See? Itulah cinta. 

"Kenapa kamu tak kawen ngan Pah,Mat?"
"Sebab aku cinta pada dia!"
'Haehh,kalau cinta kena kawen la!"
"Tak. Aku takut kalau aku kawen dengan dia,mak aku seterika dia. Mak aku ragging dia. Aku tak mau!"

Pernah jadi satu kes,dua adek ipar belasah kakak ipar. Pi amek kayu,pukul kat belakang sampai patah. Adakah korang nak tengok isteri yang korang sayang diperlakukan sedemikian? Kalau betul korangu cinta pada dia,bukan setakat korang bagi senang pada dia,mak bapak korang keluarga korang pun bagi senang kat dia. Tapi kalau korang saja yang bagi senang kat dia,mak bapak korangu tak leh terima,seksa jiwa raga dia nanti,so tak payah la kawen. And,inilah cinta sebenarnya.




Sebab ada orang paham yang cinta mesti berakhir di jinjang pelamin. Tak pun di Jinjang,Selangor. Haha. Absolutely not. Cinta tak semstinya berakhir di pelamin. Cinta juga tak semestinya berakhir dengan genggam tangan Tok Khadi. Kadang-kadang kerana cinta kita tak kawen dengan dia. 

"Sebab apa tak kawen ngan dia?"
"Sebab mak saya tak redha la. Saya takut bila mak tak redha,rumah tangga kami tak bahagia."

This is what ANAK YANG SOLEH. Inilah laki-laki dan perempuan yang beriman. Bukan apa,sebab ada orang dok paham,CINTA KENA PERTAHANKAN,WALAUPUN BADAI MELANDA,NAMUN TETAP KU REDAH JUA! Mak tak suka? Lantak la! Bapak tak suka? Pigidaa! Yang nie yang bahaya. Sampai satu hari nanti,mati hang tengah jalan. 

Sebab tue lah cinta yang sebenarnya ialah nak bagi senang pasangan kita hidup. Nak bagi selesa pasangan kita bernafas. Hatinya tenang. Nak tau cam na nak tenang? It comes from keredhaan mak and bapak. Seriously. Mak bapak suka,adek beradek suka so then dorang terima lah sebagai ahli keluarga. Tapi kalau kita kawen jugak,mak bapak pulak tak suka,jadi kera sumbang isteri kita tue.

Adakah kita nak tengok isteri kita berendam air mata? Untuk menantu-menantu yang laen,semua mak bagi kaen batek. Kebetulan,mak baru balik dari Langkawi. Untuk isteri kita pulak tak dapat. Apa kita rasa? Untuk menantu-menantu yang laen bapaknya kasi cokelat Hershey's sorang sepeket. Untuk isteri kita pulak,plastik cokelat pun tak bagi. Sebab apa? Sebab menantu tue (isteri) tak disukai. Ada kita nak tanggung perasaan isteri kita? Kalau kita dah tau boleh jadi macam tue,lebeh baek toksah dok kawen lah. Carilah calon yang mak bapak redha. Insya'allah datang rahmat Allah. 




Jadi,kita kena paham la maksud cinta nie. Pros and cons. Khususnya,budak-budak muda zaman iPad nie. 



p/s: Cinta itu indah dicari,tetapi lebih indah jika datang tanpa dicari. Thanks Fathiah.

Kawen (ciri-ciri)

Assalamualaikum,



Tadi, aku main PES. Kalah. Bila kalah, stress. Stress macam baru putus cinta. HAHA. Bila stress, aku mandi. Aku suka mandi. 

Bila difikir-fikirkan balik, aku baru perasan yang ada tiga tempat yang mampu buat aku tenang untuk berfikir which is, ketika mandi, atas tikar sejadah dan sebelum tidur. Tapi, aku paling banyak buat keputusan dan berfikir ketika masa tengah mandi.

Sebab, bila mandi, air yang mencurah-curah dari atas kepala hinggalah kaki itu akan membuatkan aku rasa tenang gila. Then, masa tengah feeling layan perasaan tenang tu, aku teringatkan soalan aku yang berbunyi:
 "Keemi,kau tak suka perempuan jenis apa erk?*gelak-gelak manja*"
So,aku pun surf dan search then dapat la seket-seket info yang berkaitan. So,aku listkan di bawah nie haa. Tapi more tue pilihan yang jangan dibuat isteri.

**************************************
Yang pertama,
PEREMPUAN YANG MEMBANYAKKAN KELUH KESAH
iaitu yang sentiasa tak cukup apa saja yang diberikan. Bagi kereta tak cukup,bagi motor tak cukup,bagi rumah tak cukup.

Yang kedua,
PEREMPUAN YANG BANYAK MENGUNGKIT KEPADA SUAMINYA
Aku perasan suatu benda yang kaum hawa suka sangat guna ia itu konsep 'Yu are my only one" atau "Yu adalah future husband ai" atau "Sampai bila-bila pun ai hanya ada yu". Perlukah aku ingatkan pepatah "Sedangkan orang kahwin pun boleh cerai, inikan pula couple"?. So sebelum buat sex tu fikirlah, kau dan lelaki tu bila-bila masa boleh putus. Then bila dah putus tu faham-faham lah. Sebab tak ada siapa tahu samaada kau dan dia betul-betul jodoh atau tak sehinggalah kahwin. And apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal dara atau tak, tapi pasal seks. Pernah kawan aku menyatakan yang "Boys = Love for sex" dan "Girls = Sex for love". And bila keadaan seperti di atas berlaku, you are nothing more than rubbish.

Come on girls. Bila keadaan dah jadi cam ni, jangan dok salahkan lelaki dan pls lah stand up for yourself. Dont be overstupid. Bila lelaki cakap "Apasalahnya kita main, nanti ai akan jadi suami yu juga", sila lah lawan. Hentam lah apa-apa pun sebagai jawapan. Hentam je sebagaimana korang hentam di dalam exam. Macam tak biasa pula.



Yang ketiga,
PEREMPUAN YANG INGINKAN SUAMI LAIN
iaitu yang tertarik dengan laki-laki yang lain. Apa pun, senang cerita kalau kita google dengan keyword "Suami orang", mesti akan bersangkut paut dengan "perempuan suka kacau suami orang". Tak percaya, boleh search sendiri. So, the issue is; WHY? Kenapa banyak sangat isu orang ke-3 dalam rumah tangga?

Adakah perempuan yang salah sebab kacau suami orang? Ataupun lelaki yang salah sebab dah kahwin, tapi still nak menggatal?


Yang keempat,
PEREMPUAN YANG GEMAR AKAN TIAP SESUATU MAKA DIA PAKSA SUAMINYA UNTUK PENUHI

Yang kelima,
PEREMPUAN YANG SETIAP HARI SEBUK BERSOLEK-SOLEK TANPA MEMPEDULIKAN AMALAN-AMALAN YANG LAIN (IBADAH)
So, kalau anda mengharapkan suami or boyfriend(s) yang baik, pastikan anda tak menarik lelaki dengan pemakaian yang seksi. Lagi pun, anda tentu tak suka kan lelaki yang kahwin dengan anda semata-mata kerana seks, kan? Kalau boyfriend(s) yang couple dengan anda semata-mata demi seks lagi teruk. Confirm touch-n-go. Bersanggul pulak? Pada pendapat aku lah kan yang bukan pakar agama ni, kalau sanggul yang dari rambut biasa adalah tak haram melainkan kalau dah tinggi gila. Nak-nak kalau ianya adalah sanggul palsu, memang haram seperti menyambung rambut.

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. Hadith riwayat Muslim

Aku tak berapa pasti apa yang di maksudkan dengan bonggol unta. Adakah yang bermaksud memakai sanggul palsu yang tinggi yang di pakai oleh Wardina yang kat Tv3 tu atau dengan bahasa mudah sanggul rambut yang di tengah kepala? Ya mungkin macam tu. Sebab aku tak pernah pula baca mana-mana article cakap bersanggul (rendah) adalah haram. Sebab kalau seseorang tu nak berambut panjang, tak akan tak perlu pakai anak tudung? Kebanyakkan perempuan bersanggul adalah kerana rambut mereka panjang. Dan dalam mazhab, memakai sanggul adalah di bolehkan (not sure harus atau apa-apa) jika di izinkan oleh suami.



Yang keenam,
PEREMPUAN YANG BANYAK CAKAP
berleter jer siang hari pagi petang siang malam. Aku tak faham kenapa perempuan banyak komplen bila lelaki tak suka basuh baju. Bukannya busuk pun. Lelaki ni wangi-wangi tau. Tak macam perempuan. Sebab tu la perempuan pagi-pagi sebelum pergi ke kelas wajib mandi. Lelaki? Relax je tak mandi pergi kelas. Sebab wangi dah. Perempuan apa tau? Tau complain je.

Perempuan ni  banyak komplain sebenarnya. Contonya di alam perkahwinan. Banyak betul perempuan complain pasal kerja rumah terutama pada perempuan yang bekerja. Orang suruh duduk rumah, sibuk nak pi kerja.


Okay masuk balik bab basuh baju tadi. You all tak ke rasa kalau lelaki basuh baju setiap hari, akan menyusahkan korang? Dah lah membazir air. Air tu anugerah Tuhan, tak elok di bazir-bazirkan. Lagi pun, membazir tu kan amalan syaitan. Tak baik tau...

****************************** 

NIE PULAK 3 CIRI-CIRI YANG TAK BAEK BUAT SUAMI TAPI BAEK BUAT ISTERI

Yang pertama,
KEDEKUT
suami kedekut tak elok,isteri kedekut bagus. Dia (isteri) pergi supermarket bawak 2 Ringgit jer. Kedekut betoi,2 Ringgit jer bawak. Selamat duet suami dia. Tapi kalau suami kedekut,sangat tak elok. 

"Abang,kopi dah habeh!"
"Hang pi tarah la kuali ker apa ker,janji boleh buat kopi. Janji nampak air tue kaler hitam kira kopi la!"

"Abang,anak kita tak ada duet nak pegi sekolah!"
"Haa,kalau camtue jangan hantar pi sekolah. Dah tak der duet kan?"

Ingat,suami kalau kedekut huduh sangat. Isteri kalau kedekut selamat. 



Yang kedua,
MEMBESARKAN DIRI
suami kalau sombong,bongkak and besar diri sangat-sangat tak elok. Balik kampung tak nak bercampur dengan ipar duai. SOMBONG. Balik kampung tak nak tidur rumah mentua,rumah mak. Yer la,SOMBONG. Orang lelaki kalau sombong memang tak elok. Tetapi kalau perempuan sombong,BAGUS. Orang mengurat tak layan. Dia tahu dia dah ada suami. Orang phewitt sebatu dia tetap tak layan. 

"Hai,sorang saja?"
"Ikut suka aku la sorang ker dua ker! Kamu mengurat aku,aku report laki aku!"
"Sombongnya!"
"Mestilah,aku isteri orang!"

Seriously,selamat. Sombong sangat,orang mengurat tak layan. Inilah yang dikatakan dengan sombong. Bukan sombong dia berlagak,tapi dia just tak layan. Satu situation lagi,PHONE CALL.

"Assalamualaikum."
"Wa'alaikumsalam."
"Kak Leha,Abang Din ada?"
"Abang Din tak der. Dia gi masjid dengar ceramah. Ada apa-apa pesan?"
"Tak da apa. saja nak ajak dia makan. Nak tengok Kedah lawan Liverpool nie haa."
"Minta maaf. Dia tak der yea. Assalamualaikum."

This is what we call SOMBONG. Yang tak maunya cam nie.

"Assalamualaikum."
"Wa'alaikumsalam."
"Kak Leha!"
"Yea,Nordin ker?*gelak-gelak manja*"
"Abang Din ada Kak Leha?"
"Takdeeeeee.*ketawa manja pulak*"
Then,terus jadi sexcall..dan seterusnya.

Haa,cam nie yang kita tak nak. Jangan buat cam nie.



Yang ketiga,
PENAKUT
suami kalau penakut huduh sangat. Nak pegi bilik air pun suruh isteri temankan. Huduh tak?

"Pah,teman abang ke dapur. Dahaga."

Kesian dekat isteri. Takut punya pasal. Sanggup kejutkan isteri. Tapi kalau isteri penakut,bagus sangat. 

"Kenapa Pah tak pergi pasar malam? Beli apam balik."
"Eii,Pah tak nak la Abang. Takut. Pendatang tanpa izin ramai. Pah tak berani."

See? Selamat suami dapat isteri yang penakut macam tue. 



Please, untuk certain people, jodoh tak akan datang bergolek. Macam rezeki juga lah. Kadang-kadang, ada orang dilahirkan kaya, dan ada yang dilahirkan miskin. Ada yang kena berusaha untuk dapatkan rezeki. Dan ada yang abis belajar je, terus sambung business keluarga. Jodoh dan rezeki tu kerja Tuhan. Kalau korang kerja keras untuk dapatkan rezeki, then, why the hell korang rasa yang korang boleh relax-relax goyang kaki tunggu jodoh datang bergolek?


p/s: Aku lapar and lapar. Haishh..

Dendam (masak)

Assalamualaikum,



Cantik luar, cantik dalam cantik dengar sini. Kalau cantik,suka cantik boleh datang sini. 

Aku ada 2 orang adik dan seorang kakak dan semuanya perempuan. Memang tak best langsung tak ada adik lelaki. Nak pukul pun susah. Semuanya lembik-lembik.

Kakak aku memang tak reti masak. Aku tak faham la kenapa anak-anak gadis zaman sekarang tak reti masak. Aku pernah suruh kakak aku tu belajar masak. Tapi dia tak nak. Mak aku pun tak kasi. Mak aku cakap dia kecil lagi. See? Gadis-gadis zaman sekarang memang sentiasa kecil. Umur lima puluh lima tahun tu dah kira besar kot.

Actually,aku dok kutuk dia sebab dia tak nak masak kat aku. Aku lapar. Sekian. 


p/s: Nie kes bulan lepas. Sapa suruh tak masak!

Sedar diri (SPM)

Assalamualaikum,



Beberapa bulan lepas (bulan terakhir sebelum cuti sekolah), aku gerak dari Langkawi menuju ke Pokok Sena tempat dimana aku belajar sekarang. Naik bas la semestinya. Bertolak dari pukul 12 tengah hari then sampai ke Pekan Rabu dalam 3.15 petang. Hanya 3 jam perjalanan. Dalam perjalanan yang singkat tu, macam-macam aku nampak. Aku nampak macam mana seorang nenek tua yang pada waktu tengah tengah hari buta sibuk bekerja mengutip tin-tin di tepi jalan. Aku nampak pekerja Bandaran mengangkat sampah dan memasukkan ke dalam lorinya. Aku nampak macam mana pemandu teksi bersekang mata mencari pelanggan tanpa kenal rasa mengantuk. Aku nampak macam mana seorang pemuda 20-an cuba mengurat dan bermain mata dengan gadis -gadis Alor Star. Aku nampak macam mana kehidupan tanpa arah tujuan macam itu. 

Tiba-tiba,aku tertanya-tanya, apa yang akan aku jadi bila aku keluar dari university . Adakah aku akan menganggur seperti kebanyakkan? Bekerja di kilang-kilang yang tak pernah aku fikirkan. Merempat di tepi jalan sambil mencari kerja-kerja kosong yang langsung tak berkait dengan apa yang aku belajar? Atau membuka kedai burger di tepi jalan tanpa sebarang pengalaman yang aku ada? Aku bukan pandang rendah pada pekerjaan yang aku nyatakan. Just aku terfikir, berbaloi ke aku belajar jauh-jauh, tinggi-tinggi dan susah-susah jika hanya mendapat kerja seperti itu. Mungkin ya, dan mungkin tidak. 

Liku-liku dan perjalanan hidup membuktikan, menara gading itu (kadang-kadang) tidak ada gunanya dalam hidup. Rezeki itu ada di mana-mana. Pilihlah jalan terbaik yang patut dipilih semua anak-anak Malaysia zaman sekarang.




Anyway kan,KALAU BERPELUANG,BETUL KER NAK KEMBAI KE MASA SILAM?

Ramai orang kata yang mereka nak balik ke zaman kanak-kanak. Zaman sekolah rendah. Zaman untuk berseronok. Aku pun macam tu. Tapi, bila di fikirkan dengan lagi mendalam, orang lebih prefer untuk jawab:

"Aku nak balik ke zaman selepas SPM. Sebab zaman tu lah dimana hala tuju hidup korang bermula".

Faham tak maksud quote tue?Faham kan? Haha.





p/s: Aku tak habis SPM lagi tapi dah mula bersemangat.

Wordless Sunday

Hey,Charming. I hope you take a look at this video.





p/s: I hope you remember something.