Aku dah bosan cakap pasal masalah love-love yang memang tak akan kesudah. Dah bosan asyik kritik para gadis yang memang kalau di kritik memang tak akan habis. Juga dah bosan cakap pasal kisah lampau padahal bukan penting sangat pun asal kan seseorang tu dah berubah to a better person.
*****************************************
Aku muhasabah. Aku pandang ke langit. Aku menilai. Kerana suatu hari nanti aku akan dinilai. Aku cuba lontarkan seberapa banyak kisah dosa dan pahala yang aku pernah alami. Aku membanding. Bukan kerana terpaksa,kerana itu yang terbaik. Nak membanding kata Ustazah jangan membanding dengan kawan di sebelah,cuba banding dengan umat-umat terdahulu. Suatu kisah lampau yang jernih,yang membawa kepada seribu pengajaran hidup. Aku terus merenung ke langit. Aku tak nampak bintang. Yang aku nampak hanyalah selautan kegelapan yang berombak. Berombak dengan gelodak jiwa yang parah. Terus bergelodak dan bergelodak. Sampai bila aku nak kusutkan jiwa dengan dosa dan khilaf. Dah tau dosa,tetap buat. Hina? Jangan dihina aku.
Bila kosong melihat ke langit,aku lihat pula ke cermin. Cermin? Ya cermin. Kenapa cermin? Kerana cermin itu sejuta kali lagi jujur daripada kawan baik aku & kau. Aku tenung insan di dalam cermin itu. Aku tenung matanya. Aku cuba sentuh halusinasi itu. Tapi yang aku sentuh cumalah bingkisan kabus basah nafasku. Namun aku tetap tersenyum. Itu aku. Bukan bayang-bayang lagi. Ramai yang aku tengok takut gila dengan bayang-bayang sendiri. Sampai satu tahap bayang-bayang yang orang nampak,bukan diri sendiri. Mungkinkah aku? Please say no.
Aku kini hampir berumur 20 tahun walaupun sebenarnya baru nak menjengah 19. Aku tak sangka yang aku berumur hampir 20 tahun. Umur dah cukup untuk kahwin, tapi calon tak ada lagi. Yup, 20 tahun. Walaupun begitu, jika difikir-fikirkan balik, aku tak pernah dapat apa yang nak. Dan juga tak dinafikan kadang-kadang aku mendapat apa yang lagi baik dari apa yang aku nak. Cuma, aku hanya perasan benda tu bila aku kehilangannya. Well, dah hilang boleh consider tak dapat la kot. Tapi aku ingat satu perkara asas yang sangat penting, "Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui". Lega. Itulah yang sebetulnya. Tak dapat kahwin dengan insan yang diingini? Sabar. The right one will come. Hehheh.
Bila bercakap tentang soal usia,orang selalu definisikannya dalam istilah 'perbezaan'. Orang nampak yang muda ni masih mentah. Tak layak untuk menyuarakan pendapat mahupun kritikan. Katanya belum cukup makan garam. Well,kenalkah kamu pada Fatimah Az-zahra. Waktu dia kecil,dia dah ada kematangan yang tinggi. Dia bantu papanya yakni Rasulullah dalam medan jihad. Sampai satu ketika waktu Rasulullah sedang sujud kat Kaabah,datang seorang kafir Quraisy membaling najis unta kat belakang Rasulullah. Hey,sapa yang pegi tolong cucikan? Anak bongsunya itulah yang datang cuci. Padahal kalau dihitung akan umurnya,masih lagi di taska mungkin lagi masih belum fasih bercakap. Soalnya,bagaimana Fatimah boleh jadi matang sampai macam ni? Matang melebihi orang dewasa. Jawabnya kerana didikan Abi & Umminya. One thing yang kita kena tau,hidup anak-anak tu juga hidup kita sebagai ibubapa. Mereka sangat-sangat memerlukan kata-kata yang membina jati diri,bukan meroboh sempadah diri. Contoh? Mudah. 'Kamu bijak & kamu anak yang baik'. Bila kata-kata ini sering diperdengarkan kepada gegendang telinga kanak-kanak ini,semangatnya akan bertambah. Bukan sedikit,tapi banyak. Banyak sangat. Kena ada strategi. & yang paling penting,kena ada pendekatan harmoni dari hati ke hati. Komunikasi bukan sekadar kita bercakap melalui mulut dan bahasa badan,tapi kita bercakap melalui hati & jiwa. Sejauh mana kita sedar akan semua ini. Aku nampak lebih banyak lompang daripada penambahbaikan. Bisiklah Allah,agar kanak-kanak ini tau sapa Tuhannya & sapa dirinya.
Orang asyik cakap suruh bangkit bangkit bangkit bangkit bangkit dari kegagalan kegagalan kegagalan dan kegagalan serta terus hidup hidup hidup mengharapkan sedikit kejayaan di masa akan datang. Tapi macam mana nak bangkit bila kita asyik jatuh jatuh jatuh. Nak bangun je jatuh nak bangun je jatuh. Dah jatuh tu ada la pula kotoran di muka tu then bila nak sapu susah. And orang semua tengok so gila lah malu semua tengok terus jatuh standard serta terus down tahap down down down down. Tapi yang sebenarnya,bukan kita jatuh tak terbangun. Kita bangun. Kita sedarkan diri. Tapi cumanya kita tak nampak jalan. Ok,kita jatuh longkang sedalam 5 Meter. Ada kita nampak jalan keluar on the spot? Totally nope. Totally. Tapi kalau kita cuba panjat atau ikut laluan air longkang in shaa allah jumpa. Sama situasi dengan hidup kita. Ramai yang merungut bila tak dapat apa yang kita nak. Kena ingat tiga perkara bila kita berhajat. Yang pertamanya,mungkin Tuhan akan perkenankan dengan segera. Yang kedua,mungkin Tuhan akan perkenankan sedikit lambat. Yang ketiga,mungkin Tuhan tak akan perkenankan tapi akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Tapi kita hina. Kita gopoh. Kita cepat mati akal. Kita terlalu angkuh sampai menyalahkan TAKDIR.
Actually, benda-benda
seperti ini adalah agak susah untuk dibualkan. Dan hal-hal seperti
takdir ini bug me like hell. Well, nak tanya segan. Iye lah. Siapa lah
nak layan soalan budak yang bukan dari sekolah agama macam aku ni ye
tak? So, after aku teringat balik pasal isu ni, I do some research. Aku
tanya ayah aku then baca-baca buku, google article dan sebagainya. Dan
ketika aku tengah layan blog sambil cari jodoh,hehheh, aku ada terjumpa
satu article pasal takdir dan aku ada terjumpa sedikit pasal jodoh.
Well, orang selalu kata
"Jodoh tu dah di tetapkan. Apa yang kita perlu buat adalah tunggu. Kalau ada tu adalah.".
Mari kita guna contoh yang mudah. Bayangkan takdir tu adalah sebuah plan untuk rumah 4 tingkat. Arkitek melakarkan plan rumah dengan cantik dan lengkap. Dan kontrektor pula akan membina rumah tu mengikut plan yang dilukis oleh artitek. Dan it is up to kontrektor lah nak bina rumah macam mana asalkan setiap sudut dan bentuk rumah tu mengikut kemahuan si arkitek. Kan? Ini adalah konsep yang sama dengan takdir. Tuhan melakar takdir dan up to kita lah macam mana kita nak laksanakan. Dan, andai kata kontrektor tengok rumah tu ada part yang boleh dia improve, dia akan pergi kepada artitek dan menyuarakan hasratnya tu. Kan? Begitu lah juga dengan kita. Bila kita mahukan sesuatu, kita berdoa beb. Dan tak terlupa juga, berusaha. Kan Humaira'?
*********************************************
Aku harap kamu semua faham erti perjuangan hidup yang sebenar. MATI. Itu destinasi seterusnya.
p/s:"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu.Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."
0 comments:
Post a Comment