Random is awesome (Raya Haji)

Assalamualaikum,




Hello kepada kakak-kakak yang tengah masak daging korban tu. Amboi,dah solat ker?

Lembu dah korban. Kerbau dah korban. Tapi kita? Berapa banyak pengorbanan yang kita rasa kita dah lakukan? Audit diri balik. The topic here is random.

Dah lama tak menulis,namun keghairahan masih terserlah. Aku masih dengan prinsip aku,biar sedikit asal berterusan. Masing-masing punya prinsip,yang bertujuan untuk memotivasikan diri sendiri. Aku akui aku manusia yang random. Bukan mudah berubah,namun berubah mengikut ketetapan. Hari ini dah dikira minggu kedua aku di rumah. Di sini sedikit tenang berbanding di Universiti. Aku punyai pengalaman yang berliku di sekolah dulu,which affected my study. Tapi aku kena beralih kepada prinsip,'let by gones,be by gones'. Aku kena bangkit semula. Aku kena buktikan yang aku masih ada potensi untuk berjaya. Niat aku hanya satu,mahu menjadi insan yang memberi manfaat. Semalam adalah peristiwa. Dan peristiwa tak akan pernah mampu untuk terpadam dengan sendirinya melainkan kita mencuba. Peristiwa seperti mimpi. Mudah hilang dan mudah muncul. Tapi setiap kali muncul,tahanlah air mata. Soal cinta,aku pernah gagal. Mungkin takdir dan mungkin baru permulaan kepada sesuatu yang hakiki.

            Aku tidak suka bersosial. Tapi aku suka Jemaah. Mungkin Jemaah Nampak agak cliché tapi it sounds better than socializing as well. Aku mungkin dilabel sebagai unpontential guy,but who cares? Kenapa nak dengar cakap orang. Mungkin ada nasihat,dan malangnya manusia lagi suka mencaci daripada menasihati. Dan kalau menasihati,tekniknya selalu bercanggah. Terlalu bercanggah.

       Soal kawan,aku pernah jatuh terjelepok dengan sakitnya kerana kawan. Itu lumrah. Mungkin kewajipan bagi setiap manusia untuk bangkit dari kegagalan. Aku bangga untuk jadi diri aku. Biar putih tulang jangan putih mata. 

Aku suka memerhati manusia. Namun aku bukan stalker. Aku sekadar memanfaatkan mata aku. Pancaindera yang hebat kurniaan Tuhan. Aku melihat kepada perubahan. Mak aku ada tunjuk foto lama zaman childhod dulu. I was cute yet adorable. Tapi itulah kita. Kenapa kecomelan,kecantikan dan segala yang baik waktu zaman kecil dulu tak kekal sampai ke hari ini? Aku yakin manusia akan jawab itulah perubahan. Tapi persoalannya disini,burukkah untuk menjadi comel? Burukkah untuk disukai oleh semua manusia? 



Aku renung ke langit. Sangat cantik. Terlalu cantik. Tapi sebenarnya kita lagi cantik sekiranya kita punyai akhlak yang baik. Apa yang kita maksudkan dengan baik di sini? Terlalu banyak perdebatan yang kita dengar tentang soal akhlak,jiwa dan roh. Dan dah terlalu banyak ceramah yang disampaikan oleh manusia-manusia di luar sana yang mengajak kita ke arah yang lebih baik. Dan sebenarnya kita dah hadam makna sebenar akhlah mahmudah ni.

Aku suka muzik. Memang tak dapat dinafikan. Tapi aku tertarik dengan satu lagu yang bertajuk 'TOLONG INGATKAN AKU'. Well,generally this song is all about love. Tapi in my philosophy,I love to see things differently. Ok cuba pejamka mata dan hayati sebentar dunia ini. Cuba kita bayangkan suatu hari nanti manusia dah tak peduli lagi dah untuk saling memperingati akan hal-hal yang  berkaitan kehidupan. Kita memang suka menyanyi. Tapi kenapa kita tak nyanyikan sesuatu yang bermanfaat? Kenapa nak lalaikan manusia dengan cinta dunia,cinta yang tak halal. I've been through a lot of obstacles. Aku pernah lemas. Dan aku pernah dilemaskan. Tapi sampai ke hari ini aku tak karam. Sebab apa? Haaaa,sebab apa? Sebab Allah masih menghantar orang-orang di sekeliling aku untuk motivate aku. Untuk selamatkan aku walaupun aku lemas dalam lautan yang penuh dengan jerung. Siapa kita nak nafikan penceritaan dalam Qoran? Siapa kita? Kita hina. Kita sangat hina. Dah la kerdil,lemah dan sebenarnya tak bermaya pun. Kan?

Aku mula mendekati hidup dengan cara yang positif. Dulu aku dibutakan dengan 'hubbundunya'. Apa itu 'hubbun dunya'? Inilah cinta dunia. And bagi aku penyakit ni lagi teruk daripada segala penyakit. Tapi tuan-tuan dan kakak-kakak kena ingat satu perkara,Allah al-Syifa'. Syifa' merujuk kepada yang menyembuhkan. Kita ada penyakit apa pun,perkara pertama jangan mengeluh. Jangan takut. Dan please cari Tuhan. Tapi apa yang aku nak sampaikan tentang penyakit ni? Mari kita bercakap berdasarkan pengalaman. Sebab apa? Sebab itu guru yang terbaik. Sapa cakap? Ada la aku baca. Haha. Look,aku punya mata yang cantik. Yang menawan. Lawa dan seksi. Tapi dulu aku buta. Tersangat buta. Cantik macam mana pun,aku tetap buta. Aku dibutakan dengan keindahan dunia. Aku Lalai dan hanyut dengan cinta manusia sampai aku sesat. Aku terhumban. Aku terjelepok. Aku dihinakan dalam satu keadaan yang mengerikan. Mungkin ini natijah. Dan mungkin ini nasihat. Mungkin juga peringatan. Aku dambakan sesuatu yang indah tapi aku lupa satu ayat Qoran,"mungkin satu perkara itu baik bagi mu tapi ia akan mendatangkan keburukan kepadamu". Benar. Sangat-sangat benar dan selamanya benar. Ya Rabb,ampunilah aku.

Aku bersyukur. Aku semakin pulih. Pulih dari segi rohani. Mungkin aku baru tersedar. It's better than never right? Ingatlah. Perubahan tak mungkin berlaku dalam masa seminit. Tapi perubahan berlaku sepanjang hayat. Pandanglah Qoran. Pandanglah diri. Analyse. Audit. Wake up. 

Semakin aku dewasa,aku dah semakin mengerti definisi korban dan perubahan. 'Lose something,win something'. Yup. Nak berubah,memang kena berkorban. It's like kita nak kurus. Apa pengorbanan yang kita akan buat? Kita akan berhenti makan makanan yang kita suka. Berhenti pergi Secret Recipe. Berhenti pergi KFC. Berhenti makan meggi tengah-tengah malam sambil buat calculus. Right? Itulah pengorbanan. Dan kisah-kisah tentang pengorbanan ni berlambak untuk diceritakan. Buat apa sekadar membaca? Kan?

Tapi apa yang lagi penting,emosi dan roh. Aku pernah sesat dalam mencari roh yang sebenar. Aku jumpa kompas. Di mana aku jumpa? Di dalam diri. Di dalam Qoran. Di dalam Hadith. Mudah dan akan sentiasa mudah. U get lost,U have to find your way back home. U have to. U ought to.



Secara realitinya,kita bukan seorang pelukis. Tapi sebenarnya kita sedang melukis. Apa yang kita lukis? Lukisan kehidupan. Dan banyak kanvas dan warna yang kita tukar. Ada yang comot. Ada yang kosong. Dan ada yang lawa. Kita mungkin tak mahir dalam 'melukis' tapi kenapa kita tak rujuk kepada yang mahir? Aku tak mahir. Tapi aku nak berkongsi berus warna dengan sesiapa yang rela hati dan sanggup. Aku tak suka melukis sorang-sorang. Aku sukakan lukisan yang dilukis oleh banyak tangan. Yang nak di nilai bukan berapa tangan yang melukis,tapi berapa banyak kita usaha untuk mencantikkan lukisan kehidupan kita. Kan? Mungkin suatu hari nanti,Tuhan akan kurniakan kepada satu tangan yang mulus untuk melukis bersamaku. Aku sukakan corak. Tapi aku mahu kurangkan abstract. Aku mahu menyentuh hati-hati manusia dengan lukisan kehidupan aku. Riak? Bukan. Ini soal saling melengkapi. I sketch,you draw then we color. In shaa Allah.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Moga yang baik itu milik kita selamanya. Till then,people.



p/s: Selamat Hari Raya Haji. Nak pergi Haji dengan awak,si tangan mulus.

0 comments:

Post a Comment