hilang peta (lost)

Wishing this is you-.-

-CONFUSION-
What's next?

-GIVING UP-
Does it worth?

-TURNING BACK-
A way out?

-FACE THE MUSIC-
But till when?

-JUST STAY-
Will it remain the same?

-LEAVE IT-
Urghh,why does it matter?

-RESET IT-
Am I strong for it?

-FORGET IT-
Isn't in too cruel?

-FIGHT AGAIN-
Am I qualified?

-SACRIFICE-
Am I willing to loose?

-PRETENDING-
No,not for me!

-TORTURED ALONE-
Be kept in silence?

Let it be heard.
I'm looking at you from another point of view.

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu."




I'd never wish for anyone to feel the way I feel.

tutor

Well,assalamualaikum!
Keep safe!

Hari yang membosankan. Lagi membosankan dari kebiasaan sebenarnya. Aku duduk atas sofa. Adik aku tengah tonton kartun Hagemaru di astro ceria. Kartun yang mencabar intelektual minda bak kata Chika mungkin. Tapi aku sokong kerana cerita seumpama itu hanya layak di tonton oleh kucing di rumah aku sahaja. Tapi aku tak ada kucing. Oh ya, umur adik aku sama umur dengan kucing di rumah sebelah. Mungkin itu sebabnya adik aku menonton kartun tersebut.

Akibat kebosanan melampau, aku meminta untuk menukar channel lain. Adik aku tak bagi. Ceh. Gedik punya adik. Kecik-kecik dah pandai melawan. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku menggunakan jalan terakhir sebagai seorang abang yang soleh. Iaitu, kelembutan. Selepas beberapa adegan pukul memukul, baling membaling, pijak memijak dan hentak meghentak yang berlarutan hingga ke malam, akhirnya aku menang. Well, aku kan abang. Umur sama dengan kucing rumah sebelah, ada hati nak kalahkan aku.

Price of a remote control. Ya. Setelah kuasa remote control mutlak di tangan aku, aku pun petik-petik (aku lagi suka memetik dari menekan) la ia untuk melihat kalau-kalau ada cerita yang mampu menceriakan hidup aku. Aku petik-petik depan adik aku tu. Sambil menunjuk-nunjuk. Ada sound effect lagi bila ditekan. Gila annoying. Petik, petik, dan terus memetik. Malangnya tak ada langsung channel yang menyiarkan cerita yang mampu memikat hati nurani aku. Jadi, aku akan pulangkan balik remote control ni kepada adik aku yang umurnya sebaya dengan kucing itu? Hell no. Malu la nak bagi balik. Jatuh standard aku. Dalam mimpi dia pun aku tak akan pulangkan remote tu.

I still see.

Aku pun tiba-tiba berpura-pura sakit perut. letak remote control atas meja. Terus aku blah dari situ and pergi ruang tamu. Dari dalam aku boleh nampak kucing jiran aku and terus aku teringat adik aku. Kucing? Adek? Alaaa,lebeh kurang la. Then,aku amik paper BH. Baca headlines,smua pasal PAS. Aku tak minat pembangkang. Terus aku buang jauh-jauh paper tersebut. Aku ternampak sehelai kertas. Aku amik and baca. Kertas kosong. Plain white. A4.

"SERENDIPITY"

Ya,kat kertas tue tertera perkataan tue. Tak pernah aku dengar. Dah la kertas kosong,then just tertulis perkataan tue. What the heck? Then,aku pun selak-selak kamus. Muka baek,cari makna. Lebeh kurang macam nie lah bunyinyea,

"someone finds something that they weren't expecting to find"
 or
"happy accident"
 
Aku pelik. Teramat pelik. Lepas bergaduh ngan adek aku,aku jumpa kertas tue and ada seekor kucing lalu kat tepi tingkap tempat aku jumpa kertas tue. Aiyok! Misteri!

Lalala!

Dan ya. Perkara-perkara tersebut memang membuat aku tension. Dan jangan risau, aku tidak melepaskan ketensionan itu ke adik aku. Entahlah. Seingat aku tidak. Tetapi aku masih ingat lagi dialog antara aku dan adik aku setelah aku membaca kertas tersebut.

Adik aku pernah bertanya “Kenapa U slalu wat camnie kat I” (gedik)

Tanpa segan silunya aku menjawab “Sebab I ni kan abang. HAHA!”

Ada aku pernah crite adek aku pompuan?



Morning kiss

Well,tata assalamualaikum-.-
Hye,holla! What's more? Urghh,tak kisah la. Bait yang first tadi lagi bagus,ASSALAMUALAIKUM. The only best greeting in the whole world. Hipokrit? Mana da!

Hellow strangers and friends,

How are you right now? Damn good? Got problem with your girlfriend(s) and boyfriend(s)? Or some issues with your life? Well relax, they are nothing anyway. Btw, cakap pasal love, life dan macam-macam lagi ni, teringat pula aku kat operation aku and deritanya(buat teruk).

Semalam, 8 Jun. Biasalah, bila bosan, rajin la juga lepak-lepak kat Facebook intai awek-awek comel. *Terjangkit dengan perangai Aji*. Saje buat keja bodo,cari ilham nak mengarang kat blog. (tak da kaitan ilham ngan aweks comel k)

Kalau korang perasan,since minggu lepas aku macam tak active sangat dengan benda-benda alah mcm facebook n bloggy. Ada la juga segelintir yang tanya.

"Weyhh,hang pi mana? Oversea holidays ka?"
"Pak hang kawen laen ka?"
"Laptop masuk mesin basuh ka?
Or
"Hang dah mati ka?"

Pulak dah! Haha. Tarak la. Mana ada bapak aku kawen laen,aku yang nak kawen. Grr. Well,direct to the point,aku kurang sehat. Kurang la sangat. Tak da la,aku sehat,cuma tak sehat. Huh? Cakap keling pa? Haha.

First of all sikit,this post ala-ala nak ucap terima kasih. Ehh,tak da la. Aku budak jahat. Budak jahat mana ucap terim kasih. Haha. Well,last week,hari Khamis(malas nak hengat)aku checked-in KMC. Urghh,tak takut pun. Alaa,doctor cakap bedah seket jer. Kat rumah aku dah practise siat-siat isi aku,so,no problemo lah(walaupun tak).  

Here it goes.
Aku masuk dekat tengah hari jugak la. Rosakkan katil. Tengok tv. Maen air dalam bilik air. Oppss. Sampai la pukul 3.30 p.m.. Haihh,then datang la nurses. Arghh,the old ones la. Psikick jer. 

"Adek,nah pakai baju nie. Tak perlu inner,tak perlu short pants. Kami tak tengok ahh. Kami dah ada laki kat rumah.Taw la kami maen ngan laki kami!"

Haha. Patut la dorang hantar yang senior sket jemput aku. Kalau hantar yang anak dara,mak-mak dara mau sangkut dorang ngan aku. Aku? Aku relaks jer. HHBB mana kejar pompuan,pompuan dok maen kejar-kejar cari aku. Tak caya? Hang pi tanya Tiger Woods tue. Dia macam aku la. Pompuan dok kejar. Last-last orang baek macam kami gak DIPERSALAHKAN.

Aku ingat lagi sebelum nak sampi ke bilik bedah jer,tiga kali (kot) aku tukar katil. Maen passing-passing plak. Then,masuk satu ruang tue,aku ada gak bermanis mulut menjawab dengan bodohnya soklan pakar bius aku.

"Ehh adek,takut tak?"

Malas aku nak menjawab. Takut? What the heck. Nie bekas pengguna jarum tegar la. Cuma dah bertaubat. Haha. Well,then dia bius apa tah kat bahagian atas tapak tangan kiri aku. Suka hati jer. Dah tak natural body aku. Then,dorang pun heret aku ker bilik bedah. Ya Rabbi,banyak gilerrrrr nurses. Sebab tue aku suka. TAK. I mean sebab tue aku suka nak sehat nie. Haha. Well,betul cakap orang. Gurls look beautiful in uniforms. Serious to say la,macam kat sekolah aku hari Selasa pakai uniform. Memang HOTDAY for boys selaen aku la. Aku tak,aku agak baek. Sikit. Haha.


Then,first doctor inject apa tah. Terus aku dibuai mimpi.........

Urghhh!
Tettt,dah-dah la tue bedah aku. Urghhh,3 jam aku tidur. Mana cukup! Ahaks-.-Then,habis jer settle semua terus aku sedar. Laa,ingatkan dah ada kat alam laen. Tak la kena pandang buku teks lagi,modules sejarah,folio bio,bangun awal n so on yang aku taw korang pun sama jer ngan aku. Well,then,critical time! Laa,buat teruk plak. No,actually,aku payah nak inhale. Macam ada orang letak emas dalam throat aku. Haha.

Well,after that,terus hantar aku masuk ICU. Semalaman kat ICU. With nothing to USHA. Haha. Then,habis citer. Esoknya,masuk ward besa and petang tue gak kuar ward. Easy! Gosh! Everything has burned a huge hole in my pocket. Mahal kutt.Cost? Seringgit setengah jer. Murahkan? Haha. Hey,makanan kat situ kan,TERBAEK. Haha. Tak perli. Serious to say lah-.-

Anyway,thanks to my doctor. Owhh,sorry,silap manner. I must thank to myself first sebab macho jer dari awal sampai sekarang. Secondly,my own doctor,Dr. Manisekar and also to my CUN nurses and not more words to say,just a big smile for my parents. Jasamu ku tulis dalam diary. Haha.

This would be mine. Haha.

And,ofc,to the only visitor. Only me know who.



p/s:Tetiba addicted dengan lagu Terra Rossa,bunga angkasa.

sudden case

Hey,hopefully sehat-.-




Well,hari berganti hari. Meninggalkan kelmarin yang dah tak mampu diulang. Sudden,aku teringat something. Story of my dormmates. Haha. Saper? Alaa,should be censored.


Kalau lelaki, tak ada masalah sebab lelaki memang suka share. Even seluar dalam pun boleh share-share. Mesti korang tertanya-tanya macam mana (sebahagian) lelaki share seluar dalam eh. Meh aku cerita sikit. Korang tahu kan seluar dalam atau biasanya boxer? Ada satu boxer, first yang pakai adalah tuan dia. Then bila tuan dia tanggalkan, roomate katil sebelah aku pula akan pakai. Tapi dia tak main pakai je. Dia akan terbalikkan seluar (depan pusingkan ke belakang - butang boxer yang sepatutnya di depan, akan jadi kat belakang). Then bila ada orang ke tiga which is dormmate katil atas aku pakai, dia akan terbalikkan seluar (inside out). Then bila ada orang ke empat which is ketua dorm aku pakai, yang inside out tu, akan di pusingkan belakang ke depan. Sistematik dan caring dan loving kan?

Haha. Terrific. Sorry guys. Aku suka pecah rahsia.

Kecantikan

Holla,assalamualaikum-.-

Day by day,banyak permasalahan yang berlaku kat dunie nie. Kepimpinan,liberty,hak and so on. Kengkadang kita tak mampu menilai something tue. 

Senyum like a good boy,tapi dibelakang menghina like a jerk. Hipokrit. I don't know. Aku just terpikir,dunia nie just sementara jer. Ko cantik? Malaikat pandang ker? Tak kan? Allah lagi la. Allah tak pandang semua. Eventhough,Allah is the greatest tapi still Dia tak pandang tue tapi still aku heran,manusia tergila-gilakan semua tue. Kecantikan.

Ada apa dengan cantik. Perhatian? Oh my god! Baik korang gi tengah-tengah mall then bogel,lagi dapat perhatian. Insya'allah boleh masuk front page. So,what the heck. Look,korang cinta then dah ada boyfriend. Then jugak,kawin. Ya rabbi,waktu kawin CUN giler. Make up 3,4 hari la kot. Tok kadi pown sampai rasa tercabar. Hell,goyah iman orang laen tengok. See,kecantikan kita tak kan nak biar jantan-jantan lain tengok? Murahan la. Then,back for malam pertama. Buka tudung. Ya rabbi,pas cuci make up jer muka like SHHH. Sebab per,sebab make up jadi Tuhan dalam diri. 

Muka original cantik 1% jer,the rest hanya lah penipuan. Look,aku pernah baca tentang kes-kes syariah. And one of the reason perkahwinan tak kekal is tue lah. Obsession towards kecantikan. Hey,laki tak suka la sangat. Original is the best. So,macam kawin ngan orang palsu. Tak rasa per. Malam pertama jer mampu bertahan. The rest laki tue cari pompuan laen la. See,dah jadi masalah laen.


Ini. Ya aku tahu banyak gadis-gadis beautiful di sini. Kalau anda tak beautiful, anggaplah anda semua beautiful. Tapi,beautiful yang neutral k.

Dah la,aku malas nak ulas panjang 'cause I hate perempuan cantik. I mean perempuan yang pura-pura cantik padahal katak pown termuntah tengok korang. Haha.



honesty

Assalamualaikum and hye!
-cantik-

Ada satu rahsia aku nak kongsi! 

Bila seorang gentleman tiba-tiba beri laluan kepada gadis,then dengan sweetnya berkata,

"Ladies first."
Actually sebenarnya ia bermaksud like this,
"(Beautiful) ladies (always my) first (priority)."

Haha. Sorry men 'cause aku terpaksa jujur! Lelaki..korang bukan boleh trusted sangat. Mulut jer manis

p/s: Maaf kerana diri ini telah meragut kepercayaan mu terhadap ku....haha-.-

The past

Hello,Assalamualaikum!

Suratan atau kebetulan. It's simple. Satu tajuk yang tetiba menarik minat aku. It's all 'bout kehidupan kita. Something yang kita kadang-kadang boleh terima and kadang-kadang tak masuk akal. Kalau kita renung betul-betul hayat perjalanan kita,masya'allah,berpa banyak perkara yang kita agak macam lain then jadi macam laen. Kan?

Berapa banyak perkara yang kita rasa kebetulan? Hari ini kita baru perasan yang 'peristiwa' itulah yang causing kita berada kat sini. Sebagai contoh cam nie lah,"Kerana aku jumpa ngan dia,then kebetulan kita kata jumpa kat satu tempat!" Cuba kita recall sebab-sebab kita pi mengaji dan mula belajar benda yang betul and baca benda yang betul ikut Sunnah Rasul'allah. Kebetulan ker? Kadang-kadang bermula dengan sebab yang ringkas saja. 

Kita jumpa 10 orang manusia. Ada orang yang pergi tengok nie,ada yang baca buku ulamak tue,ada yang pergi tengok laman web nie,ada yang bermula dengan bersembang,ada yang bermula dengan kejadian-kejadian tertentu,ada yang mula nak ikut-ikut jer,tapi Allah Subhanahuwataala memilih hamba-hambaNya yang ikhlas saja yang Dia campak keikhlasan atas sebab-sebab tertentu. Maka sebab itu kehidupan bila decide,dia bergantung bila ada hati dia dengan Allah,ada jiwa dengan Allah. Dia akan lihat hidup nie sangat mudah. Maka dia tak monyok selalu. Sebab apa? Sebab dia taw Allah ada.


Sesetengah orang yang tak da hubungan dengan Allah jadi begitu gusar yang amat. "Aku nak pi mana nie?" Hidup nie nak pi sampai tahap mana? Tahap nie jer lah. Yang mana kita ada sekarang nie,nie lah kehidupan selagi mana dunia,PERHIASAN YANG MENIPU. "Tidak la kehidupan kat dunia nie melainkan ia main-main jer". Korang ingat orang politik yang kaya-kaya tue,berjawatan tinggi tue,rumah besar-besar tue lebih bahagia daripada kita? Lately nie lagi ada yang lagi pening dari kita! Walaupun rumah dia buat elok dari rumah kita,susah hati mereka mungkin lagi banyak and mungkin mak cik yang dok tepi bendang tue yang nyamuk dok tampar siang malam tue,dengan rumah ngan makan nasi lauk ikan keli,ikan haruan yang dicodek kat tepi longkang,tepi bendang tue lebih tak susah hati daripada sebahagian yang duduk kat rumah yang besar tue. Bukan suruh dok dalam rumah buruk,tak,tapi soal untuk mendapat kebahagiaan SAKINAH daripada Allah Azzawajalla. 


Allah mencampakkan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakinya,dengan cara yang dikehendakinya. Maka sebab itu kita tak perlu la bersedih sangat dengan hidup. Tengok orang nie dapat lebih,kita just nampak dia dapat lebih tapi kita tak taw tentukah dia dapat lebih daripada kita? Tapi bila kita ada Allah,kita ingat Allah,kita sentiasa ada rasa hubungan dengan Allah dunia nie adalah kecil sahaja. Di kalangan Ulama' Salaf,dia kata,'Orang tengok hang tak berapa nak ada duit tapi sebenarnya hang cukup kaya!'. Hang pun jawab,'Sebab tuan aku yang paling kaya. Sapa tuan hang? Pemilik langit dan bumi. Khazanah langit dan bumi Allah. Aku nak,aku mintak padaNya. Dia kasi kat aku macam mana dia kehendaki'. Tak da lagi kita dengar hamba Allah yang dok kata,Ya Rabb yang sujud padaNya,Allah tinggalkannya mati dalam kelaparan. Tak da. Memang tak da. Tak da lagi orang yang dok teriak,Ya Rabb,Allah dok biar dia malarat dalam derita,tak da aihh! "Maka aku bersama dengan sangkaan hambaKu terhadapKu" Maka bila kita kata,Ya Rabb kita sangka dengan yakin maka Allah terima doa kita.

Berapa banyak yang kita mintak  yang kita rasa Allah tak terima,kita just rasa tapi pada hari kita mintak dengan hari ini yang kita telah duduk,berapa puluh masalah yang kita langkah? Berapa ribu masalah yang kita selesai? Manusia nie gopoh,minta sat gi petang nie dia mai. Satgi kita mintak,esok pagi dia mai. Tapi kadang-kadang Allah didik kita,Allah asuh kita,Allah mau kita mai kat Dia. Kita setakat,'Ya Allah,tolong aku Ya Allah!' Tak yah doa lah,tak jadi. Wuihh,macam bos kat pejabat,mintak kat kuli. Allah lanyak kita supaya kita tawadhu',terus duduk merendah diri sampai kita kata,'Ya Allah,kesian padaku Ya Allah' Bila kita sujud kita menangis,Allah kata,'sekarang hang tunduk kat Aku,Aku nak selamatkan hang daripada takabbur,selamatkan hang daripada kesombongan,nak masukkan hang ke dalam syurga,Aku bagi kat hang!' Sebab tue Hamka kata,'bukan Allah tak beri,Allah mau kita benar-benar tunduk'. Bila kita benar-benar tunduk,kita dapat pahala,Allah sayang kat kita. Allah sayang and sayang kita. Bila Allah cukup sayang kita,dia beri dengan kadar yang Dia tak mau kita pergi lajak terlalu lebih. 

Tapi bila kita tengok hari kita ditimpa musibah,sehingga berapa tahun kemudian,banyak benda ynag merubah hidup kita,diri kita. Cara pikir kita dan hubungan kita dengan Pencipta. Ajaib! Kehidupan adalah ajaib. Life is miracle. Sebab itu mudah-mudahan Allah bimbing kita,insya'allah.



Till then,
-assalamualaikum with love-