tutor

Well,assalamualaikum!
Keep safe!

Hari yang membosankan. Lagi membosankan dari kebiasaan sebenarnya. Aku duduk atas sofa. Adik aku tengah tonton kartun Hagemaru di astro ceria. Kartun yang mencabar intelektual minda bak kata Chika mungkin. Tapi aku sokong kerana cerita seumpama itu hanya layak di tonton oleh kucing di rumah aku sahaja. Tapi aku tak ada kucing. Oh ya, umur adik aku sama umur dengan kucing di rumah sebelah. Mungkin itu sebabnya adik aku menonton kartun tersebut.

Akibat kebosanan melampau, aku meminta untuk menukar channel lain. Adik aku tak bagi. Ceh. Gedik punya adik. Kecik-kecik dah pandai melawan. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku menggunakan jalan terakhir sebagai seorang abang yang soleh. Iaitu, kelembutan. Selepas beberapa adegan pukul memukul, baling membaling, pijak memijak dan hentak meghentak yang berlarutan hingga ke malam, akhirnya aku menang. Well, aku kan abang. Umur sama dengan kucing rumah sebelah, ada hati nak kalahkan aku.

Price of a remote control. Ya. Setelah kuasa remote control mutlak di tangan aku, aku pun petik-petik (aku lagi suka memetik dari menekan) la ia untuk melihat kalau-kalau ada cerita yang mampu menceriakan hidup aku. Aku petik-petik depan adik aku tu. Sambil menunjuk-nunjuk. Ada sound effect lagi bila ditekan. Gila annoying. Petik, petik, dan terus memetik. Malangnya tak ada langsung channel yang menyiarkan cerita yang mampu memikat hati nurani aku. Jadi, aku akan pulangkan balik remote control ni kepada adik aku yang umurnya sebaya dengan kucing itu? Hell no. Malu la nak bagi balik. Jatuh standard aku. Dalam mimpi dia pun aku tak akan pulangkan remote tu.

I still see.

Aku pun tiba-tiba berpura-pura sakit perut. letak remote control atas meja. Terus aku blah dari situ and pergi ruang tamu. Dari dalam aku boleh nampak kucing jiran aku and terus aku teringat adik aku. Kucing? Adek? Alaaa,lebeh kurang la. Then,aku amik paper BH. Baca headlines,smua pasal PAS. Aku tak minat pembangkang. Terus aku buang jauh-jauh paper tersebut. Aku ternampak sehelai kertas. Aku amik and baca. Kertas kosong. Plain white. A4.

"SERENDIPITY"

Ya,kat kertas tue tertera perkataan tue. Tak pernah aku dengar. Dah la kertas kosong,then just tertulis perkataan tue. What the heck? Then,aku pun selak-selak kamus. Muka baek,cari makna. Lebeh kurang macam nie lah bunyinyea,

"someone finds something that they weren't expecting to find"
 or
"happy accident"
 
Aku pelik. Teramat pelik. Lepas bergaduh ngan adek aku,aku jumpa kertas tue and ada seekor kucing lalu kat tepi tingkap tempat aku jumpa kertas tue. Aiyok! Misteri!

Lalala!

Dan ya. Perkara-perkara tersebut memang membuat aku tension. Dan jangan risau, aku tidak melepaskan ketensionan itu ke adik aku. Entahlah. Seingat aku tidak. Tetapi aku masih ingat lagi dialog antara aku dan adik aku setelah aku membaca kertas tersebut.

Adik aku pernah bertanya “Kenapa U slalu wat camnie kat I” (gedik)

Tanpa segan silunya aku menjawab “Sebab I ni kan abang. HAHA!”

Ada aku pernah crite adek aku pompuan?



0 comments:

Post a Comment