Salam ukhuwah fillah buat semua umat manusia. Solat Subuh pukul berapa tadi?
Aku,suatu hari nanti:
"Maaf ambil masa sekejap sebelum kita solat Jumaat. Ni amanah saya sebagai Imam. Sila rapatkan saf dan penuhkan saf. Bahu ke bahu. Tengok tumit orang sebelah biar selari dengan tumit kita. Jangan geli,jangan segan duduk rapat-rapat...saudara seIslam kan? Haa...tu saya tengok saf yang ke-2 dan ke-3 tak betul lagi tu..renggang sangat tu..rapat sikit yea."
Haa. Dapat imagine la kan sikit-sikit? Sebenarnya,tugas Imam bukan sekadar mengimamkan solat. Tapi jadi Imam sebenar bagi makmumnya. Faham yea bakal-bakal Imam sekalian?
Aku nak beratkan beberapa perkara buat bakal-bakal Imam ni pasal isu-isu typical dalam solat yang dianggap remeh walhal sebenarnya penting demi kelangsungan penerimaan solat tersebut.
Firstly,WAQAF & WASOL
This part memang Imam kena faham apa definisi waqaf dan wasol. Terutamanya dalam bacaan Al-Fatihah. Secara kasar,waqof bermakna berhenti manakala wasol memberi makna penyambungan. Duhai Imam sekalian,bacalah Al-fatihah bagi rakaat yang memerlukan bacaan secara kuat dengan waqaf yang sempurna. Lepas satu ayat berhenti. Tarik nafas. Detailkan setiap tajwid dan sebutan. Jangan terlalu laju. Jangan terlalu lambat. Lagi elok,dalam hati tu,translate makna setiap verse al-Fatihah tu. In shaa allah,sedikit membantu untuk mengkhusyukkan solat.
Untuk bab wasol ini lagi penting. Sebab kita dok dengar Imam-imam senior dok pederas ayat first sampai ayat last dengan satu nafas jea. Hok tu salah. Bila salah,solat pun unaccepted la. Rejected bukan untuk diri dia sahaja,tapi satu jemaah terkubur macam tu jea. Tu kalau sembahyang mayat lagi haru la. So,ayat 2 hingga empat kita boleh wasolkan dalam satu nafas. Sebab apa? Sebab those 3 verses adalah ayat yang memuji Allah al Haq so tak da masalah kalau nak gabung. Manakala ayat 6 kita boleh sambung sampai 'an ngam ta'alaihim'.Make sure tau makna ayat dulu and hujung and pangkal setiap ayat tu. Mesti jelas and betul. Boleh naa abang-abang Imam sekalian?
Secondly,BACAAN AL-FATIHAH RAKAAT 3 & 4
Yang ni aku cukup suka tegur. Bukan apa,aku dok perasan Imam-imam ni dah la baca laju,pastu tak amik masa agak-agak makmum mampu sempat habis dengan proper. Abang yang budiman sekalian,take time. Nak pi mana sangat kan? Nama pun Solat. Kalau nak rushing,pikir balik tho'maninah apa semua tu. Complete tak? Imam ni kena faham. Bukan faham untuk dia jea,tapi faham dengan makmum yang lain. Aku nak remind yang Imam ni baca slow but steady,solat ni lama pun tak apa. Tapi biar Makmum tu dapat baca dengan tenang. Bukan tak tau,saf pertama tu orang tua-tua. Tak boleh berdiri lama. Lantak baca surah panjang-panjang tu bagus,tapi kena pikir keadaan makmum sama. Ada yang lutut dah rosak,kaki cepat kebas,tu gout tak kira lagi tu. So,take note wahai bakal Imam sekalian,tak kira la kat surau.masjid,musollah or kat rumah sekalipun,ILMU kena ada. Kan Humaira?
Lastly,SUJUD.
Biarlah sempurna. Know what,moment paling kita dekat dengan Allah waktu sujud tu lah. Panjangkan sikit bacaan tu. Sebelas kali pun tak apa. Berdoa dalam sujud terakhir. Haaa,waktu ni la baguih nak berdoa minta jodoh ker rezeki ker. Ikhlaskan diri. Sucikan jiwa. Menangis dan berteriaklah memohon sesuatu yang dihajatkan. Buat bakal Imam,ajaklah makmum untuk sentiasa bersujud kepada Allah. Istiqomah dalam memperingatkan makmum. Be solehah. Jaga iman. Nasihat untuk aku sama ni. In shaa allah.
********************************
Aku sebenarnya nak post pasal lain tapi sebab teringat conversation aku dengan Imam masjid kat rumah aku ni haaa. Dia dok mengeluh pasal Imam yang tak berapa amik berat hal-hal yang aku sebutkan tu haaa. Mungkin dia nak ingatkan aku sama sebagai bakal Imam untuk makmum aku nanti in shaa allah.
Aku ada la sedikit nasihat untuk aku dan lelaki kat luar sana tu.
Sedar tak yang SEMUA wanita impikan lelaki yang SOLEH?
Tak ada wanita yang nak doakan supaya seseorang lelaki itu jadi sebaliknya.
Jadi kenapa masih tak mampu pergi dengar khutbah Jumaat FREE tak sampai setengah jam pun?
Duduk jea pun bukan kena buat kerja.
Solat pula 2 rakaat sahaja bukannya 20 rakaat.
Kamu tu lelaki.
Jangan lembik-lembik.
Beralasan-alasan.
Sedar tak yang syiah mazhab sesat lagi Iblis sedang menular di sekitar kita?
Wanita perlukan kita.
Ya,kita.
IMAM.
Last word dari aku,aku masih belajar untuk jadi soleh. Sangat perlu tunjuk ajar support & doa daripada kalian.
p/s:Humaira,nanti tolong betulkan serban kat kepala ni sat.