Assalamualaikum,
Fynn Jamal |
Pernah dengar lagu 150 Juta? Nope? Macam aku kisah. Well,the singer of this song is the so called teacher yang mengajar Bahasa Inggeris di Limkokwing University Malaysia sambil mengejar kajian pascasarjananya,Fynn Jamal.
Tapi kat sini bukan nak citer pasal background dia,tapi nak citer tentang kelantangan dia beri pendapat tentang industri hiburan kat Malaysia nie.
Kat bawah nie some of them.
******************************************
Menemui Malaysia,
tolong BERHENTI galakkan budak sekolah masuk industri KETIKA mereka sekolah. Mereka PERLU sekolah; or we'll be flooded with blondes.
Yg benar,
Cikgu yg dah naik muak dgn alasan student "sori, miss, sy ada shooting. And btw, parents sy xmarah pun. Why are you?"
SEBAB BATCH AKU MASUK KELAS LAMBAT PUN BOLEH KENA REPEAT SEMESTER, KAU TAK MASUK KELAS BOLEH DAPAT DEGREE. i wonder how u managed to even pass when we failed you.
*****************************************
Selama ni, artis sampah dpt award merapik-- kita rilek je. Walau pun TERANG2 tak logik, kita xbuat apa. Sebab ye lah-- industry knows best. Tapi sekarang, dengan alasan salah kira derang nak tarik award Yuna, aku rasa itu BEYOND unprofessional. It's like kau dah bagi straight A pada SPM candidate, pastu kau ckp "eh eh, sori2. Salah kira".
Kalau kau betul2 nak ckp salah kira, AKU SEBUT SATU2 ARTIS SAMPAH YG DPT ANUGERAH KANG. setakat lagu pusing radio hari2, tp xde harga, ITU BOLEH PULAK?
Yunalis sayang, i told you before, get defuq out of malaysia. This is not the place for you. You belong in the ocean, love. On behalf of malaysia, we apologize.
Kat dalam kelas. |
*********************************************
Shaheizi Sam sila pulangkan hadiah anda semalam kerna kekeliruan kiraan markah. Setelah diulangkira, pemenang anugerah pelakon lelaki terbaik dalah Bonai.
************************************************
Pergi ke blog orang, kemudian memberi komen yg paling general, dan menyudahkannya dgn "ok. Saya dah follow awak. Follow la saya pulak"-- adalah jijik.
************************************************
Tak paham dgn manusia yg nak kecil hati xdijemput ke majlis perkahwinan. Tak cukupkah dgn sekadar pemberitahuan? Apakah terluak kasih sayang kalau pengantin tak menang tangan dgn tetamu?
Tolonglah. Itu hari pengantin. Pengantin YANG PATUT hepi. Kenapa semua bnda perlu berlegar dgn kehendak kau. Xsemua org minat kawin besar gabak. Small weddings RULE!
Cikgu yang simpler. |
**********************************************
Maaf aku x rasa apa tgk gambar bendera malaysia dibakar indonesia. Celaka. Ye. Tapi sama saja celakanya dgn manusia melayu pergi buat pasal dgn bangsa orang kat negara orang sampai aku ditanya "so, that is malaysia?".
Bukan kata apa. Baca sajalah komen2 respon kita di gambar. Kdg2 aku rasa bakat mencaci kita sahaja dah cukup untuk tumbangkan negara.
Sayang negara ada banyak cara. Flipping out, hack website org dan buat juvinile pranks cuma menambah bodoh sahaja. Please. If you really must, win like a winner.
**********************************************
menyedari hakikat2 berikut setelah menonton muzik2 (after years of not watching):
1) sound system rumah yg beribu2 ringgit takkan bermakna hapa kalau siaran yg ditonton berlangsung dgn bunyi berharga lima sen. Kamon la. Kalau semua artis nyanyi lari tempo, OBVIOUSLY monitor speaker hancai. Kesian artis nampak bodoh, siyot.
2) rupa2nya jauh di sudut hati aku mcm turn off dgn lelaki tembam berambu...t kerinting ikat belakang muka ala2 "pehal lu nak kena hentak dgn wa?" itu. Dik. Kamon la. Adlin puji sekali dua je. Itu pun kat konsert zaman bila. Dan kalau johan xnyanyi lagu kau, org tak de la hype lagu tu sgt. Move on.
3) hazami.....??? Wat. De... It's like kita jemput zaiton sameon. Relevan tak?
4) sound system. sound system. sound system. sound system. sound system. Serious la!!! Dah nak masuk doploh tahun kotttttt!! Dari zaman mak aku idup sampai sekarang. Nama pun muzik2. sound system la nombor satu. Adoiiiiiiii. Sakit hati mcm perasaan kau nak lempang org berbual dlm panggung. Like "hoiiiiii".
5) aku juga menyedari aku adalah antara beribu yg berkompang kat status je. Xkan ada efek. Ok bai.
Dah kawen. |
************************************************
Balik2 tanah melayu, bukak mail, org forward gmbo budak sekolah melayu berpeluk depan cermin sambil cium2. *terdiam* aku potong punai dua2 kang. Aduh. Kau makan lauk apa org xboleh dulik. Jadi TOLONG la mkn sorg2 dlm kelambu.
Adui. Org pompuan terlebih stok dah ni. Bila makin ramai yg jadi sejenis, tinggilah risiko kami para isteri utk memberi izin sang suami menyelamatkan perempuan2 tak berkahwin itu.
Dik, buat jahat sama tuhan sajalah. Jgn saja2 bagi kami hadap dan iyakan.
**********************************************
kita selalu cakap "hanya tuhan boleh judge aku". jadi aku cadangkan "berhenti bagitau judgement kau pada semua orang". kalau semua orang layak dapatkan "rights to speak freely", TAK ADA SESIAPA dihalalkan counter APA JUA status sesiapa. sebab SEMUA ORANG ada hak bercakap apa saja.
ni musim raya haji. dan benda celaka macam ni yang lebih meriah dari keinsafan kita patut dapatkan dari kisah ismail.
kalau fak media tapi percaya SEMUA perkara yang di-share di facebook-- ITU LAGI BODOH.
**********************************************
astaghfirullahalazim. terduduk aku. baru terbaca tentang "seksualiti merdeka". malaysia... apa nak jadi kita ni, dik... ya allah. ya hayyu. ya qayyum. panggillah aku kolot. tapi ada benda-- jahat2 aku ini-- aku takut.
*************************************************
"orang tamak selalu rugi". rugi mendenya? hari2 aku tengok. "orang tamak dapat banyak". buat jahat jangan sekali. buat baik, makan megi.
semua orang tau rugi dunia untung akhirat. tapi kalau hari2 kau kekah megi, member makan nasik yang patutnya kat pinggan engkau, menggigil gak nak kelor tekak dia.
moral: dah rembat nasik orang, makan jauh2. kang kena lempang.
***************************************************
untuk siapa2 yang mencari, perhatian ada dijual di banyak kedai runcit. terpulang untuk menjadi kreatif. pakailah serai sebagai mahkota. atau gunalah penutup botol sebagai baju. nescaya kau akan dapatkan perhatian itu.
cari pasal sama aku-- adalah cara paling susah utk mendapatkannya.
******************************************************
bukan aku tak hargai batu2 yang luruh dari langit kita. tapi.. kadang2 tadah hujan emas ni... seronok juga.
anak2 malaysia, belajar rajin2, kerja kuat2. timba ilmu di tanah orang, baru mengerti perasaan sayang pada yang asalnya. dan hidup di luar negara kerana belajar JAUH rasanya dgn kerana bekerja. apa pun juga-- dua2 memang adventure!!
kejar pesan rasul: belajar hidup sejauh2 dunia.
kerana hanya di sedarnya kita akan besarnya dunia, baru terperasankan kecilnya kita. :)
Dengan students. She is more to puisi. |
0 comments:
Post a Comment