Anda tidak berseorangan (lihat sebelah anda)

(Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)

Assalamualaikum.

Aku ada satu cerita, dan aku tak tahu siapa punya idea, dan rasanya terbaca dalam bentuk komik di satu blog.., tapi bila cari tak jumpa pulak, salahkan internet yang slow, senang cerita, aku terjemahkan komik itu dalam bentuk karangan..

Bayangkan pada suatu hari, anda yang forever alone, yang tidak pernah ada teman lelaki sebagai kekasih, telah pergi makan di sebuah restoran dan sudah tentu anda duduk seorang diri di meja makan, tiba tiba, masuk seorang lelaki yang jugak kelihatan sendirian, mukanya tidaklah kacak tapi matanya bersinar dengan penuh harapan sedang ekor matanya mencari cari sesuatu di dalam kedai, lalu apabila melihat anda duduk seorang diri, si diapun tersenyum.

Matanya tanpa berkerdip terus menuju ke arah anda, setibanya di meja anda, si dia bertanya dengan penuh harapan dan lemah lembut:

“ adakah kerusi di depan ini kosong tiada orang?”

Lalu anda dengan penuh harapan menjawab:

“ya!..”

Si diapun tersenyum lalu berkata:

“kalau begitu baguslah, sebab saya nak guna kerusi ini.”

Woha!

akhirnya tinggalah anda seorang diri.. forever alone.. melihat si dia menarik kerusi ke meja lain yang di penuhi orang perempuan yang cantik dan jelita.

******

Ps: jangan makan seorang diri di kedai makan, hendaklah rasa malu seperti seorang lelaki beriman yang malu solat fardhu seorang diri, solat mesti bejemaah, yay!

Ps2: Dik, orang tak ada ugama sahaja yang forever alone, kerana mereka tidak percaya pada tuhan dan tidak pernah berpeluang menyintai tuhan, maka, bercintalah dengan Tuhan semampu mungkin, enjoy the silence, dan kelak, terpulanglah pada Allah, untuk kahwinkan kamu di dunia (jika umur panjang dan ada jodoh) atau di akhirat(jika umur pendek dan beramal soleh)..

Ps3: Wahai perempuan forever alone, ketahuilah di dunia ini juga ada lelaki forever alone, pandai pandailah korang berusaha dan berdoa, kerana blog aku bukan blog Cari Jodoh, maaf sangat sangat, kata aku sambil mengambil kerusi kosong di meja kamu...woha!

Bila aku melawan arus

Assalamualaikum

Hello peserta Kilauan Emas,nak gigi palsu?

Nice day kan. Duh. Tapi aku end up dengan duduk rumah, membaca, kacau adik tengok tv dan tulis blog je. Amat tak productive sangat-sangat tapi tak bermakna aku dok makan ja. Aku still jalani hidup yang sehat. Makan pun ikut timing hostel,even mandi. Pelajar yang baik kan? Aku tau.

Well, based dari entri-entri lepas, aku perasan yang ramai rasa down tapi get motivated bila baca blog aku. And and then aku pun macam what the heckkk baca blog aku boleh kasi korang motivasi untuk hidup. Padahal, kebanyakkan benda aku main cakap je. HAHA.

Ehem.

Actually, im not that good on motivational-thinggy. Aku pun tak pandai dalam pelajaran so jangan harap ah aku nak kasi korang cara untuk maju dalam hidup sebab aku tak ada satu pun tips. Tapi, aku suka baca benda-benda yang berkatian dengan motivasi. Aku suka baca buku motivasi atau cerpen motivasi atau novel motivasi. Tapi, last-last, aku perasan yang semua buku ilmiah motivasi yang di tulis oleh Dr bla bla bla tu semua hampir sama je isi. Kalau ada beza pun, tak jauh. Balik-balik, sentuh bab law of attraction, chaos theory bla bla bla.

Perasan tak dua,tiga post aku sebelum ni agak tearful. Tak boleh belahkan? Langsung tak bagi manfaat kepada blogwalker yang comel cute lawa handsome macam awak,awak dan awak. Kan? 

Sepatutnya aku kisarkan maklumat-maklumat yang berilmiah kat korang tapi aku buat sedeh instead. Sebenarnya bila aku go through soal cinta,aku akan jadi macam pokok semalu yang sensitive malah lagi sensitive daripada anak teruna yang kena tolak pinangan gadis yang telah lama menjadi crush. Eh?. Tapi mungkin juga aku buang ego semasa meluahkan nilai al-Hubb dalam diri. Haha. Tapi aku serius.

Aku ada merujuk insan dalam post-post yang lepaih tu sebagai SAUDARI. Special and loveable kan? Of course. Aku suka buat orang hargai. *sila kagum dari jauh*

Aku belajar sesuatu and ada benda yang aku nak sangat-sangat bagitau kat saudari tu.

*****************

"Nothing great comes easy""Easy come, easy go""What worth, fight"

Pernah ke anda nampak businessman yang betul-betul kaya naik dengan mudahnya? No, most of them adalah dari keluarga yang miskin. Kalau tak miskin pun, dia mesti pernah jatuh bankrupt. Bankrupt pula dua tiga kali. Tapi at the end of the day, dia jadi jutawan. Why? Sebab dia usaha.

Macam tu la juga dengan relationship. Tak akan la sebab ada beberapa halangan, anda (Mostly boys) dah start fikir  untuk give up. Sikit-sikit give up. Sikit-sikit give up. Kalau dalam kehidupan biasa, kita nampak halangan dan kepayahan sebagai satu ujian untuk tengok kita punya kekuatan. Tapi kenapa bila it comes into relationship, halangan dikata sebagai tak ada jodoh?

Tak mustahil halangan yang berlaku hanyalah sebagai cara untuk kuatkan balik hubungan korang. Contohnya, sebelum ni hubungan korang hambar je. And then, masa pergi masjid sesama,cewaah, korang accident. And sejak accident tu, dia jadi lebih caring. Hari-hari ulang alik ke hospital. Siap bawa masakan lagi dari rumah. Pastu makan sambil gegurau sesama. Kan sweet tu. Maybe, ada hikmah disebalik accident tu. Ianya satu halangan. Dan ianya juga satu ujian. Tapi tak bermaksud untuk memutuskan hubungan anda. Kan?

But the most important part is, bila dalam masalah, jangan sekali-kalai lari atau menyerah kalah. Sebab, once dua-dua pihak menyerah kalah pada sesuatu masalah, then hubungan anda akan berakhir, soon. Hebat kan penulisan aku? Aku tau.

**************************************

Tapi Mr. Keemi,camana nak berusaha tu?

Haaa,pernah tak dengar orang cakap harapan tu sentiasa ada walaupun 0.001%. Memang sentiasa ada and akan sentiasa ada lah. So,no turning back angkat bendera putih. So,berbalik kepada soalan,bagi aku,lepas-lepas berilmiah dengan Al-Quran dan Sirah Nabi,berdoa adalah cara yang terbaik. Kita berkomunikasi terus dengan Pencipta Rasa Cinta tu. 

Tapi tapi tapi kan,tu macam pasrah je? Macam more to redha la,apa nak jadi-jadi lah? Tak ke gitu Abam Keemi?

Ni mesti sebab kau tak nampak aku take action lepas berdoa,kan? So kau expect aku untuk gi ngurat phewitt macam tikus mondok kat tepi kedai mamak tu. No. No. No. Aku baru jea sambut birthday aku. So aku sedikit matang. Kita guna cara dekati wali. Cuma masalahnya,camna aku nak contact wali? Haha.

Tak pe,Mr. Keemi. Papehal gua follow lu dari belakang.

Ewah ewah. Dia pulak yang melebih. Dok lu gua lu gua pulak. Aku kenal kau ker? Haha. Tapi kan aku macam kalau betul dia tak akan terikat apa-apa dalam masa terdekat ni,memang jiwa aku akan bersemadi untuk terus beristiqimah berdoa untuk jodoh dengan SAUDARI yang aku cuba maksudkan tu. Nampak extreme kan? Aku tau. And mungkin reader-reader sekalian mesti ada yang sokong and tak berapa sokong. Bab-bab munakahat ni memang macam ni. 

Wait wait wait. Ni last ni last. Kau tak takut ker kalau si Saudari tu terbaca post ni?

Ermm ermm. Tak pa kot. Aku lagi suka kalau dia tau hal yang sebenar. Hal yang aku tak give up on her. *non-verbal talk,tu yang berani*. Jom berdoa sat.

"Rabbana hablana minazwajina wazurriyatina qurratu a'yyun,waj alna lil muttaqi naimama"
Amin. Konsep mudah,kalau dia bukan jodoh Abang Keemi a.k.a Admin blog ni,moga Allah kurniakan jodoh yang lebih baik. Rabbi yasir,wala tuassir. Disarankan tengok 7 Petala Cinta sambil baca post ni.

So blogwalker yang disayangi ganda 100 sekalian,semoga post ini memberikan anda semangat and motivasi. Papehal pun rujuk Al-Quran and hadith dulu. Be the one before get the one. Eh?








p/s: Moga lagi bersemangat untuk berniqab. *trying to mendidik*

Jom buat surat sedih

Assalamualaikum

Sebelum kau teruskan membaca, seperti biasa, aku sarankan kau tarik nafas panjang-panjang dan standby sekotak tisu kat sebelah. Mana lah tahu, di pagi Ahad yang mendung dan sejuk ni, apa yang aku nak tulis ni memang akan tepat membelah hati kau yang memang dah rapuh tu. Jangan lupa secawan milo panas dan beberapa keping biskut kering.


******************


Jujur aku cakap, rasa macam baru semalam baru nak masuk tahun 2014. Hari ni dah menghitung hari nak meninggalkan bulan April. Banyak juga yang dirasa, lelah jugak berlari pecut dengan hati yang diragut, itu belum campur dengan luka pedih dahulu yang belum sembuh. Susah rupanya hidup ni. Susah rupanya jadi manusia yang ada hati.

Tapi tahun ini berbeza sedikit. Tahun ini rasa rabak dia lain macam. Kalau dulu bila rabak, rasa sedih. Kalau dulu rasa rabak, mesti rasa nak meroyan, rasa macam luka kena hiris berkali-kali dengan pisau dan dilumur dengan garam. Tapi itu dulu. Sebelum saya jumpa kamu.

Kamu,

Mungkin agak inappropriate bila saya mula berbicara satu warkah yang bagi saya terlalu cliche untuk dikhabarkan kepada makhluk manusia. Terlalu sukar untuk ditafsirkan apa sebenarnya yang terjadi. Bagiku semuanya boleh digarap sedikit demi sedikit.

Kamu,

Bila saya selak balik diari perkenalan kita yang tak disengajakan tu,saya sering tertanya-tanya,"Why Allah Almighty sent you?" . So bila diselidik secara falsafah Islam dan Barat,ini mungkin tarbiah daripada-Nya. Lantas,saya cuba untuk mencari lagi sebab-sebab yang lagi spesifik tapi yang saya jumpa hanyalah jalan mati yang diseliputi lumpur khayalan. 

Kamu,

Saya cuba merungkai persoalan dingin ini dengan bermuzakarah dengan manusia. Saya membiarkan hati ini berbicara seiring dengan nada jiwa yang penuh dengan sejuta persoalan. Persoalan tentang mengapa dan kenapa. Mungkin agak tragik bila seorang lelaki yang macho macam saya terpaksa membuang ego jauh ke Lautan Hindi demi untuk mencari sebuah jawapan yang hidup tanpa klu. Setiap hari saya bermain dengan ego. Ego saya semakin matang tatkala awak mentalkinkan Surah Al-Mulk di telinga saya. Tapi,sekarang tiada lagi semua tu.

Kamu,

Kita banyak berbicara tentang soal hijrah yang awak selalu persoalkan. Tentang soal hijab yang tak pernah layu awak perjuangkan. Soal pendidikan kanak-kanak yang selalu awak debatkan dengan mengambil contoh-contoh yang masuk akal. Tapi yang paling saya kagum adalah saya saya lihat awak grow up. Daripada fasa awak mula kenal erti cinta dan hidup hinggalah segmen kegagalan dan kewarasan awak yang pantas dalam menyedari hakikat yang sebenarnya. Hakikat yang lebih Hakiki. Hakikat yang lebih dekat dengan Tuhan.

Kamu,

Kamu mula berhijrah secara fizikal dan rohani. Itu satu kejayaan lahiriah yang perlu dibukukan oleh Raqib. Kamu mula menuturkan soal pegangan agama dan saya mula jatuh cinta dengan perjuangan itu. Kamu menitiskan titisan keringat pengorbanan yang kuat untuk menyatukan Ummah seantero dunia. Kamu dididik dengan betul,agaknya.

Kamu,

Terlalu banyak yang saya ingin nukilkan di sini tatkala saya mula mahu mendekati walimu,dan tatkala itu juga kamu sudah punya pegangan hati yang tak mampu saya tolak. Kamu dah punya plan ikhtilat yang hampir pasti. Lebih baik berdoa yang terbaik daripada kecewa tak berlapik. Takpa,bab-bab sedap hati ini memang bidang kepakaran saya dari zaman dinosaur lagi.  

Kamu,

Mohon jangan salah faham, you're one of the best things that had happened to me. Saya juga sudah maklum, jodoh itu semua ketentuan Tuhan. Dan salah saya juga, saya jauh. Agak sukar untuk berjumpa, apatah lagi bermesra. Eh? Saya pula memang jenis yang lambat pick-up, memang loading untuk faham. Maafkan saya.

Jadi, bila saya tahu tentang si dia yang lagi satu, yang mungkin boleh memanggil awak sayang selalu, seolah-olahnya saya rasa dunia saya menjadi keras seperti batu. Saya diam. Saya pendamkan kesemua. Saya senyum melihat tangan awak tak lepas memegang fon. Saya perhati kan aja kesemuanya. Sebab seperti biasa, saya harus menjadi macho. 

Bila dah jadi begini, saya bersyukur sebab ada jarak antara kita, biar susah hendak berjumpa. Biar susah saya saksikan semua.. Jadi saya gunakan segala ruang dan masa untuk menjadi sibuk. Tapi betul ni, itu semua bukan tanda saya tak kisah. Teeheee.

Kamu,

Ini semua bukan makian, tapi sebagai ucapan terima kasih. Terima dan kasih untuk semuanya. Yang manis itu harapnya akan kekal manis, dan yang pahit itu mohon agar diletak tepi dihujung kaki. Terima dan kasih juga kerana bersabar, kadang-kadang lelaki yang macho ini juga adalah lelaki paling manja di dunia. Tapi tak mengapa, manja saya, awak seorang aja yang rasa, perempuan yang lain saya hulurkan bisa. 

Dan Disember ini memang bulan pengakhiran, saya harap apa yang terjadi antara kita, dilipat kemas jadikan bekalan. Kalau rindu, boleh la sekali-sekala diselak dengan senyuman. Kita bermula dengan kawan, diharap walau apa pun yang terjadi esok, masih boleh kekal sebagai kawan.

Okay kamu?


* * * * * * * * * * * * * *

Engkorang semua mesti tengah tersenyum. Mesti ingat aku nak tulis kisah rabak lagi kan pagi Ahad ni? Dah, pergi letak tisu tu jauh jauh. Aku cuma nak pesan, dunia ni masih panjang. Jangan nak give-up cepat sangat. Have a nice day, everyone :)

Ini warkah sedih.

Assalamualaikum


Kepada jemaah cinta yang sedang bertasbih memuja Tuhan Ya Rabb,jangan lupa selak-selak Al-Kahfi. 9 helai ja. 

Hai dan hai awak yang mengaku sayang kat ibu awak tu.

Saya tahu awak sibuk bekerja, sibuk belajar dan menyiapkan assignment. Sibuk pergi ke hulur hilir berjumpa orang sebab business, sebab nak kumpul duit nak kahwin mungkin, ataupun awak tu sibuk belajar dan menghadap buku sebab nak graduate awal, sebab nak kahwin ke kot kan lepas belajar. Ye, saya tahu perancangan awak, saya tahu niat awak memang bagus, memang nak fokus, dan saya pun tahu awak ni penat. 

Tapi saya nak tanya, awak dah tanya khabar belum kat ibu awak hari ni? Atleast ucapan selamat pagi ke? Ataupun bertanya ibu awak how was her day? Belum? Oh yelah, saya lupa, awak ni memang busy orangnya, dan awak memang memerlukan rehat. Takpe, saya faham, sebab saya pun tahu, nak hantar text kat ibu ni memang memerlukan kudrat yang sangat banyak, nak hantar satu ayat pun memang berat, banyak tenaga diperlukan, sampai sejam nak menaip. 



Ye, saya faham, takpe, awak berehatlah.

Dan sementara awak tengah berehat tu, awak boleh la bayangkan dalam mimpi yang ibu awak tu tengah struggle sakit orang tua atas bawah kiri kanan. Ye, saya tahu awak konfiden ayah awak boleh handle. Level konfiden awak tu mungkin sebab awak dah kenal dia lama, jadi tak apalah, mungkin tak apa kot kalau tak ambil tau. Tapi konfiden ke awak kat ayah awak kat rumah tu yang dia boleh jaga sepenuhnya sebab ayah awak pun bukanlah sesehat dulu.

Tapi tulah, ye saya faham,awak penat, busy, maka berehatlah.

Awak, sementara awak tengah bancuh Nescafe panas awak tu sambil makan sentap dengan post saya tengah-tengah yang tenang begini, saya nak tanya, awak dah call ibu kesayangan awak tu ke belum hari ni? Oh belum? Takpe, saya faham, ibu awak pun tentu faham, yang awak ni memang tak suka buang masa, dan awak pun nak topup balik energy awak yang hilang sebab busy tu so awak kena duduk, chill chill dulu, esok lusa pun boleh call kan? Tapi esok lusa awak tu kadang-kadang boleh jadi seminggu. Awak tak takut ke dalam masa seminggu tu kot ada pencuri or perompak masuk rumah ibu awak malam-malam camni? Yela, saya tahu impossible, jadi awak rasa takde pape. Awak tak risau ker kot tetiba ibu awak emergency sakit then ayah awak tak da kat rumah then dia pun tak tau nak mintak tolong sapa? 

Jadi sementara awak ni busy, busy dengan hal sendiri, busy dengan dunia, busy dengan pengumpulan duit, awak rasa takpelah kot letak ibu awak tu di bawah jagaan " jiran-jiran " dia, sebab yelah, penat kan nak dengar ibu awak meroyan hari-hari. Penat tau nak kena dengar ibu membebel sedih sebab tengok anak kucing tepi jalan takde mak, nak dengar dia merungut tak jumpa telekung lah, makan tak selera lah, migrain lah. Penat, ye saya tahu penat. So takpelah, kalau awak rasa awak nak keep calm dan hadap TV sambil minum Nescafe awak tu, saya no hal. Saya faham.

Tapi awak lupa, syurga di tapak kaki ibu.

Mungkin awak juga lupa, ibu awak tu kadang-kadang susah nak tidur malam fikir awak ni dah makan ke belum, dah bangun ke belum karang lambat pergi kelas, ada ke tak orang nak tolong awak kalau kereta rosak tepi jalan ke apa ke. Ibu awak tu kadang-kadang ada bad day. Dia cuba jugak nak jadi busy, bila awak sibuk dengan business, dia pergi cari kerja, sebab nak tolong cari duit jugak. Taknak la beban guna duit ayah awak je kan. Dia harap jugak ada la awak text dia bertanya khabar ke, nak ajak borak ke, tapi tak ada pun kan? Yelah, sebab sebagai ibu, dia kena faham. Awak penat. Awak busy. Semua awak awak awak awak awak awak.

Nanti setahun dua akan datang ke kan, bila awak dah finally graduate, bila akhirnya business awak dah maju, dah sukses, dah dapat duit banyak nak mampus, cukup nak kahwin kat PWTC ke kan, awak ajak la saya lepak mamak, sebab saya nak tanya, Ibu awak tu wujud lagi ke tak? Atau dah finally realize yang awak tu bukan takde time sangat pun. 

You just don't have time for her.




p/s: Yang dah kahwin tu,moga dapat anak yang soleh lagi mensolehahkan. Eh?

Surat untuk jiwa tanpa lara

Sepanjang malam saya merenung skrin laptop dan saya membuat keputusan untuk menulis surat maya secara ringkas buat saudari yang selalu lekat di hati sekurang kurangnya untuk hari ini. Ketika saya menulis surat ini, dinding sedang berbunyi dan tivi kehilangan fungsi. Tapi jiwa saya sentiasa terisi untuk berpuisi dalam sepi tanpa kopi.

Saudari,

Bagaimana angin 17 April bertiup? Saya pasti ia memberi kesan yang menyelesakan dan juga membahagiakan. Bagaimana awan 17 April berarak? Saya yakin ia masih menjadi hari yang cerah walau hujan turun sekalipun. Dan bagaimana senyuman 17 April? Saya tahu ia merupakan senyuman paling berseri dalam hari seorang wanita.

Saudari,

Seperti mana tingginya langit,tetap burung terbang semampu yang boleh. Tapi tak selamanya burung mampu bertahan di udara kerana kudrat tak tertanggung jiwa nan lara. Sepertimana kita yang pernah bercita-cita membina istana pasir di langit ke tujuh,sekadar meludah ke langit cita-ita itu pergi. Kita terlalu muda untuk bertasbih cinta aku suka kau. Malah terlalu muda untuk menolak doktrin kasih rindu petaka sayang julie dan romie. Kita terbuang jauh dalam ludahan benci tapi rindu yang kembali terpalit. Kita lupa sekejap luka torehan di penjuru jantung kerana hati telah lama nyah disfungsi. Lantas kita bermonolog sendirian dengan ilusi halus refleksi cahaya sang marikh semalam. Kita berilusi dalam sedar. Yea,dalam sedar. Kita belum gila.

Seperti hari semalam kita ketawa riang. Lupa fungsi hidup. Lupa caturan akhirat. Lupa ikhtilat yang dimeterai dulu dulu kala. Bunyik musik reggae sedang berkumandang di tepi aku. Oh,tersalah background music.

Setelah banyak episod hidup yang telah kita jamah,akhirnya kita terjunam dalam gaung yang terlau dalam,gelap zulmat. Hakikatnya kita baru sahaja nak bermula tetapi kita lupa membaca prosedur asas aturan kehidupan lantas kita dijerat syaitan yang gila. Kita sendiri mencipta syaitan tapi kita berdalih,lalu menolak agenda pegangan hati. Tempias nafsu menolak muhasabah diri lalu kita janji untuk berpisah tiada.

Saudari

Hari ini saya baru sedar hakikat yang awak telah pun dimiliki oleh seorang lelaki budiman yang kalau boleh saya tak nak tau sapa. Hee. Saya cuba menelan hakikat pilu itu. Pilu yang melulu. 

Maaf saya ucapkan kerana tidak dapat berasional. Kadang kala saya fikirkan yang saya sudah cukup bersedia tapi seperti yang orang lain mengenali saya, saya seorang yang cukup sukar diduga. Boleh jadi saya hadir dengan karekter lelaki paling riang atau boleh jadi saya datang dengan watak yang paling garang. Lebih bagus tidak mengambil sebarang risiko dalam situasi seperti ini. Jika ini satu perang, saya sedang kalah teruk. Dan saya tidak fikir seorang lelaki yang kalah dalam peperangan tak layak makan nasi minyak dengan bahagianya. Hahaha.

Saudari,

Ajal, rezeki dan jodoh ialah kerja Tuhan. Dan betapa kita fikir kita mampu mengawalnya, kita akan sedar yang kita hanyalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa(atau sedikit terer) saya terima apa jua adanya. Tuhan arif dengan kerjaNya. Saya tidak akan pernah menghalang jodoh.

Semoga berbahagia, semoga sentiasa susah senang bersama, semoga selalu ketawa walau apa jua musibah melanda, semoga sentiasa dalam lindungan Tuhan. Saya di sini akan okay okay sahaja. Dan percaya atau tidak, saya sedang menulis surat ini sambil ketawa. Tambahan pula, saya seorang penyokong Liverpool yang terkenal dengan ketabahan mereka yang luar biasa.

Saudari,

Ini permulaan yang baru dalam hidup saudari. Maka hadapinya dengan tenang. 
Selamat pengantin baru.








p/s: Buka lagu Nomad sambil tulis post ni. Menitis sedas dua air mata.