Jom buat surat sedih

Assalamualaikum

Sebelum kau teruskan membaca, seperti biasa, aku sarankan kau tarik nafas panjang-panjang dan standby sekotak tisu kat sebelah. Mana lah tahu, di pagi Ahad yang mendung dan sejuk ni, apa yang aku nak tulis ni memang akan tepat membelah hati kau yang memang dah rapuh tu. Jangan lupa secawan milo panas dan beberapa keping biskut kering.


******************


Jujur aku cakap, rasa macam baru semalam baru nak masuk tahun 2014. Hari ni dah menghitung hari nak meninggalkan bulan April. Banyak juga yang dirasa, lelah jugak berlari pecut dengan hati yang diragut, itu belum campur dengan luka pedih dahulu yang belum sembuh. Susah rupanya hidup ni. Susah rupanya jadi manusia yang ada hati.

Tapi tahun ini berbeza sedikit. Tahun ini rasa rabak dia lain macam. Kalau dulu bila rabak, rasa sedih. Kalau dulu rasa rabak, mesti rasa nak meroyan, rasa macam luka kena hiris berkali-kali dengan pisau dan dilumur dengan garam. Tapi itu dulu. Sebelum saya jumpa kamu.

Kamu,

Mungkin agak inappropriate bila saya mula berbicara satu warkah yang bagi saya terlalu cliche untuk dikhabarkan kepada makhluk manusia. Terlalu sukar untuk ditafsirkan apa sebenarnya yang terjadi. Bagiku semuanya boleh digarap sedikit demi sedikit.

Kamu,

Bila saya selak balik diari perkenalan kita yang tak disengajakan tu,saya sering tertanya-tanya,"Why Allah Almighty sent you?" . So bila diselidik secara falsafah Islam dan Barat,ini mungkin tarbiah daripada-Nya. Lantas,saya cuba untuk mencari lagi sebab-sebab yang lagi spesifik tapi yang saya jumpa hanyalah jalan mati yang diseliputi lumpur khayalan. 

Kamu,

Saya cuba merungkai persoalan dingin ini dengan bermuzakarah dengan manusia. Saya membiarkan hati ini berbicara seiring dengan nada jiwa yang penuh dengan sejuta persoalan. Persoalan tentang mengapa dan kenapa. Mungkin agak tragik bila seorang lelaki yang macho macam saya terpaksa membuang ego jauh ke Lautan Hindi demi untuk mencari sebuah jawapan yang hidup tanpa klu. Setiap hari saya bermain dengan ego. Ego saya semakin matang tatkala awak mentalkinkan Surah Al-Mulk di telinga saya. Tapi,sekarang tiada lagi semua tu.

Kamu,

Kita banyak berbicara tentang soal hijrah yang awak selalu persoalkan. Tentang soal hijab yang tak pernah layu awak perjuangkan. Soal pendidikan kanak-kanak yang selalu awak debatkan dengan mengambil contoh-contoh yang masuk akal. Tapi yang paling saya kagum adalah saya saya lihat awak grow up. Daripada fasa awak mula kenal erti cinta dan hidup hinggalah segmen kegagalan dan kewarasan awak yang pantas dalam menyedari hakikat yang sebenarnya. Hakikat yang lebih Hakiki. Hakikat yang lebih dekat dengan Tuhan.

Kamu,

Kamu mula berhijrah secara fizikal dan rohani. Itu satu kejayaan lahiriah yang perlu dibukukan oleh Raqib. Kamu mula menuturkan soal pegangan agama dan saya mula jatuh cinta dengan perjuangan itu. Kamu menitiskan titisan keringat pengorbanan yang kuat untuk menyatukan Ummah seantero dunia. Kamu dididik dengan betul,agaknya.

Kamu,

Terlalu banyak yang saya ingin nukilkan di sini tatkala saya mula mahu mendekati walimu,dan tatkala itu juga kamu sudah punya pegangan hati yang tak mampu saya tolak. Kamu dah punya plan ikhtilat yang hampir pasti. Lebih baik berdoa yang terbaik daripada kecewa tak berlapik. Takpa,bab-bab sedap hati ini memang bidang kepakaran saya dari zaman dinosaur lagi.  

Kamu,

Mohon jangan salah faham, you're one of the best things that had happened to me. Saya juga sudah maklum, jodoh itu semua ketentuan Tuhan. Dan salah saya juga, saya jauh. Agak sukar untuk berjumpa, apatah lagi bermesra. Eh? Saya pula memang jenis yang lambat pick-up, memang loading untuk faham. Maafkan saya.

Jadi, bila saya tahu tentang si dia yang lagi satu, yang mungkin boleh memanggil awak sayang selalu, seolah-olahnya saya rasa dunia saya menjadi keras seperti batu. Saya diam. Saya pendamkan kesemua. Saya senyum melihat tangan awak tak lepas memegang fon. Saya perhati kan aja kesemuanya. Sebab seperti biasa, saya harus menjadi macho. 

Bila dah jadi begini, saya bersyukur sebab ada jarak antara kita, biar susah hendak berjumpa. Biar susah saya saksikan semua.. Jadi saya gunakan segala ruang dan masa untuk menjadi sibuk. Tapi betul ni, itu semua bukan tanda saya tak kisah. Teeheee.

Kamu,

Ini semua bukan makian, tapi sebagai ucapan terima kasih. Terima dan kasih untuk semuanya. Yang manis itu harapnya akan kekal manis, dan yang pahit itu mohon agar diletak tepi dihujung kaki. Terima dan kasih juga kerana bersabar, kadang-kadang lelaki yang macho ini juga adalah lelaki paling manja di dunia. Tapi tak mengapa, manja saya, awak seorang aja yang rasa, perempuan yang lain saya hulurkan bisa. 

Dan Disember ini memang bulan pengakhiran, saya harap apa yang terjadi antara kita, dilipat kemas jadikan bekalan. Kalau rindu, boleh la sekali-sekala diselak dengan senyuman. Kita bermula dengan kawan, diharap walau apa pun yang terjadi esok, masih boleh kekal sebagai kawan.

Okay kamu?


* * * * * * * * * * * * * *

Engkorang semua mesti tengah tersenyum. Mesti ingat aku nak tulis kisah rabak lagi kan pagi Ahad ni? Dah, pergi letak tisu tu jauh jauh. Aku cuma nak pesan, dunia ni masih panjang. Jangan nak give-up cepat sangat. Have a nice day, everyone :)

0 comments:

Post a Comment