Baby or wife?

Assalamualaikum,






Hello gadis baik dan jejaka pemurah sekalian. Korang sihat? Aku tahu korang mesti sihat punya lah. Lebih-lebih lagi gadis-gadis yang mendominasi blog ini kan? Alahai, sejuk perut aku tengok korang-korang semua sihat sejahtera segala.

Well, mungkin korang berasa sedikit pelik kenapa di entry ini, aku menjadi agak baik serta sopan santun. Bukan sahaja baik dan sopan santun, malah setia serta berbudi bahasa kan? Ya, pelik kan? Apa hal tetiba En. Hakeemi jadi baik pulak? But, jangan risau. Aku tetiba jadi baik ni tak bermaksud ada udang di sebalik batu. Tak tipu.

Di entry yang mulia ini, aku dengan rendah dirinya ingin share something yang agak sedih dan mengelirukan. Ehem.



Aku ada baca satu kisah and persoalan kat Internet. Here it goes.



******************************************************************************
Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Imagine lah yang you ni dah kahwin. Nak-nak pulak, you kahwin dengan bini yang cun melecun. Dah la cun melecun, solehah, comel pulak tu. Comel siap boleh kalahkan Lisa Surihani. Kira memang perfect full package ah. So, memang you sayang gila-gila lah kat wife you tu. But then, even dah lama kahwin, you guys still tak dikurniakan cahaya mata (Anak). Korang pun sedeyy. Isk. Isk.


And then pada suatu hari, setelah melayar bahtera ke pulau impian nan indah untuk beberapa ketika, you both dikhabarkan dengan satu berita gembira which is you both bakal dikurniakan anak. Which means lagi you akan jadi daddy. Yey,akan jadi daddy! Dah la lama gila tunggu dapat anak. So, sekali dah dapat anak, mesti happy gila kan? Kan?

But, on the day hari kelahiran baby, korang dapat tahu dari the doktor yang mengatakan bahawasanya ada sedikit complication kat rahim your wife ketika proses melahirkan anak tu. Macam-macam dah doctor tu buat. Check sini, check sana, suntik sini, suntik sana. Tapi still tak boleh overcome masalah tu.

Okay, here's the thing. At the end on that time, doktor tu suruh kau buat satu pilihan yang besar wahai Mr. Hubby. Doktor tu suruh kau pilih



"Encik nak pihak kami bagi keutamaan pada siapa? Isteri encik, atau bayi yang bakal di lahirkan?"

And then, selepas berfikir beberapa ketika, you dapati yang you ada dua pilihan.
PILIHAN PERTAMA: Your wife yang dah tak boleh mengandung dah then just ada 0.0001% kemungkinan untuk boleh mengandung.
PILIHAN KEDUA: Your baby yang tak dapat kasih sayang daripada seorang ibu. Your wife then akan cakap,"At least, ada gak tanda cinta antara kita dalam muka bumi ni. Kan? :)" Katanya. Sebak.
****************************************************************
As for girl yang baca, aku bet yang surely ramai akan kata yang korang sanggup mati for the baby. Tapi persoalannya, if aku pick the baby instead of my wife boleh ke aku besarkan baby tu tanpa kasih sayang seorang ibu? Sedangkan aku yang besar ni pun perlukan kasih sayang seorang gadis, apatah lagi my baby?

If you pick your wife, then tak boleh hasilkan anak. Then what? Your wife mesti akan rasa bersalah gila sebab tak dapat bagi anak kepada hubby kesayangan. Then dia sure akan kasi green light supaya husband yang dia cintai dapat kahwin lagi satu semata-mata untuk dapatkan anak sendiri. Untuk zaman sekarang, tak adalah isteri yang sanggup kasi suami dia kahwin lain. So, even dia kasi green light pun, sure dia suffer gila inside. Sanggupkan anda let your wife buat macam ni demi kebahagiaan korang? Not me. Aku tak sanggup kasi wife aku bekorban sorang-sorang demi aku.

Dan aku tak pasti samaada ambil anak angkat merupakan satu good idea. Boleh ke you and your life partner kasi full love to your anak angkat?  


Pada masa ni, sure ah jantung kau akan terhenti beberapa saat. Dan diikuti dengan linangan air mata. Air mata kasih dan sayang seorang suami kepada isterinya. Kepada anak yang bakal melihat dunia yang fana ini.
 
So again. Kalau korang berada dalam situasi di atas. Siapa yang you akan pick. Your wife (yourself) or the baby?


p/s:Andai kata aku terpaksa membuat pilihan ni suatu hari nanti, then ianya akan menjadi pilihan yang paling susah bagi aku. Aku harap none of us akan terima ujian yang seberat tu. May God bless us.

1 comments:

Kilah Pooggy said...

hehe...kalu i mr hubby ! i rela plh my wife ! ohh yes ! sbb daa byr berjuta *konon la* time bagi mas kawen ! kan ? x pew..kalu rezeki allah kasii jugak ! dont worry ~

Post a Comment